31 Disember 2010

Syahid Cuti Mengaji...

Tengok tajuk lat atas tu pon mesti ada sebab kan kenape Syahid cuti ari nih??

Sebenornya anak bujang aku tu demam ari nih.. wong jowo ngomong meriang.. ora kepenak awa'e.. Belom sempat aku suruh amik buku Iqra tu.. dia dah tido...!!? Cian anak Ummi.. demam yer... nasib baik Ibu (Pengasuh dia) dah beri obat tadi.
Si Cami pulak dah ok.. Ubat demam dah takyah beri.. cuma kene standby obat batuk jer. Maghrib tadi dia batuk-batuk jugak laa tapi aku bagi air jarang jer...

Alhamdulillah.. tak batuk lagi dah lepas tuh..

Ni nak citer sket lagi.. minggu depan ni Syahid dah masuk sekolah... Tadika jer.. dah lima tahun umo dia.. macam sekejap je dah lima tahun anak aku.. Boleh ke idak ditinggal kat sekolah tu. Bukan apa.. aku takut dia nangis jer.. dia ni gembeng lain macam sket..

28 Disember 2010

Syahid Belajar IQRA'

Hari ni hari kedua Syahid belajar Iqra'.. Alhamdulillah..dia dapat ingat semula apa yang diajar semalm.. cuma kengkadang tu macam tak kompiden sangat sebut ba.. tadi belajar sebutan ta.

Mula-mula dia kompius gak nengok huruf ta..tapi bila ditunjukkan perbezaan dengan huruf ba dan ta.. dia mula paham.

Baru dua kali ulang... dia dah bosan.. "Mi.. Ayed penat laa..." Aku paham siang tadi dia tak tido laa tuh. So aku suruh dia berenti je..tak per baru pengenalan.. esok cuba lagi..hmmh.. nampaknye kena stop stakat ni dulu.. Si Cilik dah start mengganas.....See yaaa...

Dah Dapat Laptop dan Broadband

Salam 1 Malaysia.....

Alhamdulillah... lepas nih boleh laa updatekan blog ni lebih kerap memandangkan dah boleh ber'online' dari rumah.. tapi ini semua bergantung pada keadaan. Kalau anak-anak dah tido dan tak terlalu penat, maka boleh la meneruskan aktiviti ini..

Sebenornya.. laptop tu dah dapat hampir tiga minggu.. tapi broadband tu baru minggu lepas. Itu pun ehsan Abang Adir.. sebab dia nak guna streamix kat kampung memandangkan line tak ada coverage kat kampung. Mula-mula aku nak amik bawah dia, last-last dia kasi aku guna pas tuh.. bayar je kat dia. Ni masih dalam percubaan. Dia kata cuba dulu.. kalau ok boleh teruskan. So setakat nih macam ok jer. Agak slow sebab kuota dah penuh. Tapi apa-apapun aku excited laaa..

Gambar laptop aku tu, ntilah aku upkan.. Ok... Senyum sokmo... tapi jangan senyum sorang-sorang lama-lama k.

27 Disember 2010

Tombo Ati

Hayati video ini...



Aku suka lirik lagu ni yang menggunakan bahasa Jawa.. selain dari itu.. ia juga mengingatkan kita bahawa dengan mengingati Allah.. Hati akan menjadi tenang..

22 Disember 2010

Majlis di Rumah Mak Long Abang Sayang

Salam Satu Malaysia...

Pada 12 Disember 2010 yang lalu.. Pak Long Cik Abang Sayang telah mengadakan Majlis Kenduri Walimatul Urus anak lelakinya.. Latip.. Itu nama gelarannya.. nama sebenornya Fadli.. ni ada beberapa keping gambo sekitar majlis hari tu untuk tatapan...



Semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke Syurga... Amin...


Ni sume orang kuat majlis... tak ada orang-orang nih.. tak masak laa nasik kenduri.. ni Kak Nor a.k.a Mak Nyok and The Crew...(Dari kiri: Kak Nor, Abang Sayang, Abang Jemi, Abang Hamid dan yang berbaju purple tu Kak gimah)



Cami and cousins...


Ni apa hal pulak.. masuk kotak ni.. nak dieksport ke mana pulak budak ni Bang oi..


Ni anak bujang aku... amacam.. ada gaya orang rewang tak??

Aku balik awal sket ari tu coz nak anta anak sedara Abang, Sapik ke J.B..

On the way ke J.B.


Alaaa.. Cian anak Ummi.. penat rewang ke penat main nih???
Kitorang sampai umah dalam pukul 8.30 malam... Letih Mak Cik..

26 November 2010

Burung Puyuh Goreng Berempah



Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan korang.. ni untuk 10 ekor burung puyuh k..




Bahan-bahannya...

10 ekor burung puyuh

4 biji bawang merah

3 ulas bawang putih,

2 sudu makan ketumbar

1 sudu makan jintan

1 inci halia

1 inci kunyit hidup (boleh tambah kunyit serbuk jika warnanya kurang kuning)

1 batang serai

garam secukup rasa

tepung gandum secukupnya - untuk disalut dengan burung puyuh.



Cara membuatnye..



1. Tumbuk atau kisar bahan -bahan di atas.. gaulkan dengan burung puyuh tadi, perapkan dalam 15 minit hingga setengah jam.

2. Untuk menggoreng, salutkan dahulu dengan tepung gandum tadi, kemudian gorengkan dengan minyak yang penuh.

Senangkan...

25 November 2010

Hari Keluarga JPPM Negeri Johor 2010 -2

Makan time...

Alaa..la.. cian kat Cami.. demam-demam pon kena join Ummi gak..


Perah jangantak perah..
Bapak-bapak bersedia untuk di beri susu..
Lepas dapat adiah... jom mandi....







19 November 2010

Hari Keluarga JPPM Negeri Johor 2010



Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba... yeh..yeh.. jalan-jalan.. tapi.. sebelum kita bergumbira.. kena laa keja dulu.. hmmh.. kene gi Kahang Timur la plak.. kwang.. kwang..


Kitorang kene setup booth untuk Hari Bertemu Pelanggan KDN.. Jadi.. aku bawak laa ahli keluarga aku termasuk anak-anak aku ke Kahang sebelum kitorang ke Air Papan, Mersing..




Sementara menunggu barang-barang dari HQ, kitorang lepak2 dulu.. posing2.. Anak bujang aku ni memang pantang bergambar..




Kesian.. anak-anak ummi.. penat dah berjalan satu hari.. esok nak bersukaneka pulak.. larat ke nih..??



Ni aktiviti pagi.. berpoco-poco.. tengok Ira tu.. bersungguh-sungguh ikut step..

Dah selesai berpoco-poco... bergambar beramai-ramai laa plak..


masa tak cukup.. nanti lain kali aku sambung citer lagi yer...



















































































11 November 2010

Rezeki... Rezeki..

Salam Satu Malaysia...

Pekabo semua?? Sihat?... Alhamdulillah.. Kalau tengok tajuk pon dah dapat agakkan.. Disebalik ujian, ada hikmahnya.. memang betul... dalam penghujung bulan lepas, KWSP aku dah kuor...tak lah banyak mana tapikan itu hasil titik peluh aku kerja dulu.... tak sangka laa cepat jugak dia proses.. tak sampai sebulan.. dah nak abish pon... hmmm boros jugak aku nih...;)

Adalah aku beli barang sket... Abang Sayang pon dah kerja kat kilang abang dia.. ok laa kot.. bukannya apa, aku ni tak kisah yang penting dia kerja.. dapat kwsp, sakit boleh claim.. untuk kebajikan dia jugak.. kalau keja kebun tu, nak ada inisiatif sendiri.. kalau tak nyimpan.. tak dapat apa-apalah hari tua nantinya..

Insya Allah.. minggu depan aku akan buat korban.. duit pon dah di serah pada bapak mertuaku untuk beli lembu.. sementara ada duit ni.. semoga korban aku diterima-Nya.. Amin...

Hujung minggu ni, aku sekeluarga akan ke Sri Mersing Resort, Air Papan, Mersing untuk hari keluarga Jabatan aku.. nti balik dari sana aku upkan citernya yea...

20 Oktober 2010

Dugaan Datang lagi..

Salam satu Malayisa...

Memang Allah sayangkan aku.. kalau tak takkan la Dia uji aku lagi. Sebenarnya Dia sedang menguji kami sekeluarga. Abang Sayang aku out of job lagi.. ntah laa dah berapa kali tukar kerja tak da satu pun yang kekal.. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah bersabar dan berdoa. Simpanan pun makin tipis nih.. hmmh. Apa nak buat ni??

Hari Isnin lepas dia ada cuba mintak keja kat kilang kotak kat Batu 34, jumpa laa Abang dia, Supervisor kat kilang tuh.. Boleh laa pulak Abang dia cakap " Ko tak yah masuk dulu laa.. ko kerja kan dulu kebun kelapa sawit Yai.. pastuh baru masuk sini k.." Aku macam hangin jer bila dengar citer dia.

Apa lagi.. aku pon teremosi laaa.. tinggi terus suara aku. Aku bebel-bebel..... Lepas tu dia cakap lagi.. Abang dia nak kasi Rm2.00 untuk broning satu pokok kelapa.. Then aku tanya balik.. bila dia nak bayar? Bukannya apa, aku takut Abang dia amik kesempatan jer.. bukan boleh percaya diorang nih (hati dah kena hasut setan).. hai.. ntah laaa

So.. Abang Sayang aku yang innocent tuh pon follow jer laa apa yang Abang dia suruh. Aku dah tak tau nak cakap apa dah... (marah tahap gaban) So aku diam jer(tapi buat keje hempas-hempas barang) bukan apa kalau aku ikutkan rasa marah aku nih.. habis sume barang kat umah.Aku tanya lagi bila ak stat keja kilang tuh? Dia kata bila keja dia kat kebun tu siap, dia baru masuk keja kilang.. Dan semalam dengan rasminya dia bekerja dengan Abang dia dulu. o semalam mood aku down sket.. kerja-kerja jugak.. tapi fikiran aku melayang kat umah. Betapa seriusnya masalah ni sampai terbawa-bawa kat opis pulak..isk..isk..isk..

Hari ni mood aku dah ok sket. Malam tadi pon aku tengok dia bukan main lena tido.. Penat agaknya.. Takpe laa asalkan ada kerja.. Aku nih bukanlah nak berkira sangat.. time aku ada duit aku tak kisah.. tapi yang jadi masalahnya sekarang ni poket pon dah kering.. Cukup-cukup jer sampai 25 ari bulan ni..

Ya Allah.. Berilah aku kekuatan mengharungi ujianmu..

08 Oktober 2010

Jamuan Hari Raya di JKKP Negeri Johor




Assalammualaikum Dan Salam Satu Malaysia....
Hari ni hari Jumaat.. Penghulu segala hari dan juga hari terakhir dalam bulan Syawal, namun demikian ada lagi yang sempat buat rumah terbuka atau jamuan hari raya. Bagus sebenarnya rumh terbuka ni.. dapat mempereratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Aku pun baru lepas menghadiri Jamuan Hari Raya Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) hanya beberapa tingkat dari opis aku jer... manyaknye makanan.. ada nasi jagung, lemang, ketupat, burasak, lepat luwi, sate, kuah kacang, masak lodeh, the list goes on ok.. Tapi memandangkan kapasiti perut ni tak besar.. maka aku amik mana yang berkenan dihati jer..

Sori tiada gambar untuk di'up'kan.. kamera masih kat kedai..

06 Oktober 2010

Laguku untuk mu...

Salam Satu Malaysia..

Hari ni tak nak tulis banyak-banyak... So amati dan hayati lirik lagu ini.

Baik-Baik Sayang - Kumpulan Wali

Aku Tak Ingin
Kau Menangis Bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku Ingin Arti Hadir Diriku
‘kan Menghapus Dukamu Sayang

Karena Bagiku Kau Kehormatanku
Dengarkan Dengarkan Aku

Hanya Satu Pintaku
Untukmu dan Hidupku
Baik Baik Sayang Ada aku Untukmu
Hanya Satu Pintaku Disiang dan Malammu
Baik Baik Sayang Karna aku Untukmu

Semua Keinginan Akan aku Lakukan
Sekuat Semampuku Sayang
Karena Bagiku Kau Kehormatanku
Dengarkan Dengarkan Aku

05 Oktober 2010

Cerita... Ceriti..

Assalammualaikum.... Dan Salam Satu Malaysia,


Dah lama sebenornya nak updatekan blog ni.. tapi tak bersempatan. So terkini, Semalam aku baru balik dari Kursus Pengenalan Asas dan Keselamatan ICT selama seminggu... kesian kat Syahmi, kecik-kecik lagi dah kena tinggal. Tapi nak buat camne.. dah kena pegi jugak dan demi tugas aku terpaksa korbankan masa bersama keluarga.

Dari hari pertama aku berkursus sehingga hari ni, Syahmi tak menyusu badan lagi.. Bapak mertua aku terpaksa 'sapeh' Syahmi sebab mereka sukar untuk 'menghandle' Syahmi yang tidak mahu minum susu tepung dan sukar untuk tido kerana Syahmi mengempeng semasa ketiadaan aku. Aku rasa susu aku semakin susut pengeluarannya. So mungkin setakat ini sahaja la aku BFkan Syahmi.. Dapat juga 6 bulan... kalau nak dibandingkan Syahid dulu, cuma dapat 4 bulan jer... Maybe anak seterusnya nti aku dapat BF sampai umur 2 tahun.. Ini cita-cita aku.. Kalau diizinkan tuhan.. Insya Allah.


Nota:
Sapeh - Buatkan anak tak ingat kat ibu dia, atau merapatkan semula perhubungan ibu dan anak.
Tak ingat ni.. bukan la tak ingat langsung... cuma memudahkan urusan orang yang menjaga anak.. Nanti la kalau ada kesempatan lagi, aku akan buat entry pasal Sapeh ni.. kene tanye expert dulu..

20 Ogos 2010

Zaman Kecik-Kecik...



Salam Satu Malaysia,

Semoga semuanya ceria dan gumbira serta berbahagia disamping keluarga tercinta... Amacam hari ni? Posa ke tak?? Harap-harap korang posa.. kalau tak posa pun mungkin disebabkan keuzuran yang tak dapat dielakkan...

Korang ingat tak zaman korang masa kecik-kecik dulu...masa umo-umo 4, 5 tahun... yang aku ingat masa tu.. aku ikut mak noreh.. Mak gi noreh, aku ngan adik di tinggal kat pondok ( pondok ni dibuat sebagai tempat berteduh dan tido kitorang). Mak bekal sarapan ngan air teh.. so bila lapar, kitorang makan laa sarapan yang dibekal. Kengkadang tuh.. aku ngan adik siap gaduh-gaduh lagi.. maklum la.. bebudak. Tapi aku laa yang selalu kalah ngan adik.. naper? Ntah.. aku pun tak tau.. maybe aku ni gembeng sket kot. Tapi sekarang nih.. aku ngan adik dah ok.. kan masa tu budak-budak lagi..


Lagi satu yang tak dapat aku lupakan.. lumban parit, best wooo..aktiviti ni aku buat ngan abang-abang aku yang bertiga... bila balik kampung mak aku kat Sri Merlong, aku lumban ngan sepupu-sepupu aku.. sampai makcik aku, Bik Mor marah kitorang tak naik-naik.. masing-masing sonyap tak bersuara.. kapok..... masa tu memang innocent jer...

So camne pulak ngan kenangan korang???



Nota:

gembeng - kuat nangis
lumban parit - berkubang dalam parit
kapok - padan muka


17 Ogos 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..



Selamat Berpuasa kepada semua...

Sudah seminggu kita berada di dalan bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan keberkatan... Bagaimana dengan puasa anda semua? Ada perubahan ke arah kebaikan??

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh erti..
agar dapat ku lalui dengan sempurna" pernah dengar lirik ini?? begitulah juga harapan aku...

Diharapkan agar amal ibadat kita semua diterima...Amin..

13 Julai 2010

Gambar Dari Adik

ISLAM AGAMAKU



Gambar ni adik aku yang lukis sempena Hari Ibu.. teringat kat Syahid katanya.. cute kan.. Apa yang korang tengok nih adalah salah satu hasil seninya... dia memang berbakat.. Seorang Ibu sedang mengajar anaknya membaca Al-Quran..Mungkin dia menggambarkan aku mengajar Syahid membaca Al-Quran. Aku juga berharap suatu hari nanti Syahid dan Syahmi dapat membaca Al-Quran dengan baik. Teringin mereka jadi macam adik Muhammad di Akedemi AlQuran.. Amin...

28 Jun 2010

Bebelan Seorang Wanita 3

Pepagi lagi perutku dan meragam.... makan apa laa semalam nih?? Mmm... Mungkin aku makan acar buah semalam.. bukan apa acar buah tu mungkin ditambah dengan cuka.. Itu laa perut ni meragam... bukan setakat buang-buang air... siap muntah-muntah lagi.. Itu laa lain kali masa makan tu kena beringat.. jangan main bantai jer


So disebabkan masalah teknikal di atas, aku pun lambat mula buat kerja, walaupun sampai ke tempat kerja awal pagi. Ari ni aku sampai lebih awal dari biasa kerana aku tumpang kawan lain. Kawan yang selalu aku tumpang tu cuti dua hari.. nak gi klinik katanya.


So pepagi lagi aku dah hantar anak-anak ke rumah babysitter . Sekarang ni aku laa yang hantar, aku laa yang amik diorang berdua.. Bukannya apa, Cik Abang Sayang aku dah tukar kerja.. Jadi kelindan lori menghantar ayam ke Singapura. So masa dia memang tak menentu.. kalau dulu dia yang hantar Syahid ngan Syahmi, sekarang ni aku laa yang amik alih tugas tuh.. mula-mula aku hantar si adik dulu.. Lepas tu baru hantar si Abang.. letih tu.. dua-dua nak berdukung. Lepas tu baru aku pegi kerja.


Sampai kat tempat kerja pagi tadi, aku terus tuju ke tandas.. Bila dah stabil sikit, aku terus menaip surat jemputan Kursus Pengurusan Pertubuhan yang akan berlangsung pada 24 Julai 2010, di Kluang nanti. Banyak nak taip tu.. nak jemput dalam 50 Pertubuhan. sekarang nih baru separuh je yang dah bertaip, pas tu nak rangkum dalam fail lagi... edit aturcara majlis, print map lagi.. memang busy laa kan.


Nti balik nak amik anak, masak makan malam.. kalau aku rasa malas jer.. aku bantai buat nasi goreng.. tak yah masak lauk ke sayur ke.. semua aku lebur dalam nasi goreng.. semua rempah aku tumbuk, ikan bilis kasi extra.. potong kacang panjang sket, pecahkan dua biji telur.. ermm... yummy... walaupun lambat siap, aku memang kena masak nasik. nti kalau tak makan nasi.. kurang laa susu untuk Syahmi..

Ok laa setakat ni jer dulu ye... nak sambung keja laaa

25 Jun 2010

Aku Yang Terkeciwa....

Bunyinya macam sedih jer entry kali nih... sebenornya aku nak buat pada hari isnin lepas, tapi dek sibuk dengan urusan kerja aku terpaksalah simpan dulu... memandangkan hari ni waktu rehatnya agak panjang... so aku pun ambil kesempatan untuk meng'update' kisah yang tak berapa nak sedih nih..
Kan ari minggu yang lepas aku ada ikuti Program Bersama Kementerian Dalam Negeri di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor atau lebih glamor dengan gelaran T- 6. Inilah first time aku join program nih.. Masa nak pegi tu dalam hati ni dah berangan dan.. adala can jumpa Menteri.
Tapi kitakan hanya merancang, tunggu punya tunggu.. mana laa Menteri nih tak siap-siap lagi bermesyuarat...Beliau sepatutnya round booth kitorang dalan pukul 12 tengahari... tup tup kitorang dapat tau wakil menteri jer yang turun... alaaa hai.. melepas laaa nak jumpa Menteri.
Lepas tu, diorang kata Menteri akan turun sekali lagi dalam pukul 3.00 petang... kitorang pon tunggu lagi... namun kiorang cuma dapat melihat lambaian nya sahaja.... alaaa.... tak dapat jumpa lagi...nak buat camno... dah bukan rezeki laa kan.. sabo jer laa.. aku pon tau Menteri sibuk.. tak sempat nak gi round booth kitorang... tapi aku rasa terkilan laa kan.
Tapi lain kali hopefully aku dapat juga bersua dengan Menteri.. bukan senang weh nak jumpa orang besar-besar nih.
Masa kat Kluang ari tu.. banyak laa susu yang kena buang.. walaupun sedih, terpaksa ku buang begitu saja.. kerana tiada peti ais untuk aku simpan susu yang aku perah. Kesian Syahmi.. malam tak dapat nak "ngempeng". Semakin petang.. terasa semakin rindu aku pada Syahmi. Maklum laa sebelum ni mana pernah aku tinggalkan Syahmi pada waktu malam.
Kitorang bergerak dalam pukul 4 petang. Aku sampai rumah hampir jam 7 malam.
setakat ini dulu kengkawan... nti len kali aku sambung lagi.

18 Jun 2010

Wajah Baru dan Berita Terkini

Apa kabar kengkawan sume.... suka tak dengan wajah baru blog ni? kalau korang suka... alhamdulillah... tapi kalau tak suka... terima jer la yer.. memang dah lama tak updatekan blog nih.. bukannya apa aku sibuk siket dengan kerja yang tak sudah nih.. nak buat lagu mana.. dah makan gaji..

Esok aku ngan kengkawan opis kene pegi ke Taman Sri Lambak di Kluang, Johor. Ada Program KDN bersama Rakyat. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein akan turun pada hari Ahad. So kitorang nih kenalah datang mengambil bahagian. Ceddih laa sebab kene tinggalkan Syahmi :(
Macam nak cuti jer ari senin nih...

Nti pada 3 Julai 2010, Jabatan kitorang buat satu Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang baru diluluskan. Majlis nih berlangsung di MPC Wilayah Selatan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. So sekarang nih tengah tunggu jawapan dari peserta yang dijemput, sama ada hadir atau tidak. Sekarang nih aku tengah buat surat Jemputan untuk VIP dan Press.

Next week aku nak buat surat jemputan untuk Kursus Pengurusan Pertubuhan pulak..
memang laa tak sudah-sudah.

Setakat ini dulu kengkawan.. cau cin cau.....

27 Mei 2010

Pemakanan semasa Laktasi

Dapat idea untuk entry ni masa nak perah susu kat opis... bukannya apa susu badan ni tak laa banyak mana... tapi kalau diperah tu dapat la dalam 5 oz... so aku cari laa bahan tentang pemakanan yang perlu oleh ibu yang menyusukan anak... aku petik sumber ni dari Portal Myhealth.Klik disini http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/pemakanan.

so... layan jer laa apa yang aku copy n paste nih...

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :

- Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
- Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
- Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :


- Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
- Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur ? sayuran, buah ? buahan dan bijirin penuh.
- Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
- Aktiviti - Mengseiimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan

Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin :
½ cawan nasi
½ cawan mi/mihun/pasta
½ tosai
⅓ capati
1 keping roti (putih/gandum)
1 cawan bubur nasi kosong
3 biskut tawar
3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur :
(3 - 4 hidangan) /sehari
½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah :
(3 - 4 hidangan) /sehari
1/2 biji jambu, mangga
1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
1 potong betik, nenas, tembikai
3 biji kurma
4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
1 gelas susu (250 ml)
4 sudu makan susu tepung
1 cawan dadih
1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi. Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap. Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.


Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
87 % daripada susu ibu adalah air .Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
Makanan 'tajam' - nanas
Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.


Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

07 Mei 2010

Ahli Keluarga Baru 2

... Sambungan n3 yang lepas...




Sebenornya... pada hari Jumaat tu waktu siangnye aku ke Putrajaya sebab nak tandatangan Opsyen Tukar Skim Perkhidmatan...perjalanan masa yang panjang diantara 4 hingga 5 jam perjalanan membuatkan aku kepenatan, sehingga hilang selera makan... menyebabkan aku kurang tenaga semasa melahirkan Syahmi.. hampir saja dia kelemasan... dan akibatnya.. Syahmi ditahan di wad kanak-kanak pada hari berikutnya... dan aku bermalam lagi di hospital...


Petang itu, setelah aku check out dari wad bersalin, aku ke wad kanak-kanak pula untuk menjaga Syahmi untuk satu malam lagi... dan ia adalah satu malam yang panjang.... dengan tidak berbengkung dan berurut... badanku mula sakit-sakit. Aku makan laa pil tahan sakit yang dibekalkan bagi mengurangkan kesan sakit...


Keesokan harinya... setelah doktor melihat keadaan Syahmi dan berpuashati.. kami akhirnya dibenarkan balik... Alhamdulillah.....

Sampai sahaja dirumah... berseri-seri mak aku menyambut kepulangan kami... tapi Abang Sayang aku bagi tau yang bapak mertuaku juga mahu menjagaku.. alamak.... camno nih... hmmh merajuk laa orang tua tu kat aku... so aku suggest laa kat abang sayang... nti dah duploh ari.. kita balik sana plak.... Diorang nih... buat aku dalam dilema... itu laa yang aku rasa sepanjang aku berpantang. bukan senang nak jaga ati orang kan.

Pejam celik, pejam celik, dah duploh hari aku kat umah mak aku.. sampai masa aku ke rumah mertua pulak.. dah kuat laa jugak badan nih..... kalau sempat, aku tolong masak... kalau tak.. aku tolong laa buat keje lain plak... kemas umah ke, basuh pinggan ker.. dah menompang... pandai-pandai la jaga diri.... cover line beb.. :) baju aku ngan baju baby aku basoh sendri... takde laa nak kasi Abang Sayang basoh sume aku buat sendiri.. kan aku ni independence..(betul ke ejaan tu.. hamtam saja laaa )

Tak sabar rasanya nak balik rumah sendiri.Aku menghitung hari... bila boleh balik umah kat Pekan Nanas. Si Syahid pon dah sibuk ajak balik umah Pekan akhirnya setelah lebih tiga minggu aku kat umah mertua aku.... masa yang dinanti pon sampai.. hari aku balik ke rumah sendiri... Yes!!! kata orang tuh.. kalau senyum.. dah sampai ke telinga... :)





06 Mei 2010

Ahli Keluarga Baru....

Hari ini aku nak kenalkan ahli terbaru dalah keluarga kami....


Muhammad Syahmi Isyraf
Semasa gambar ini diambil, Syahmi baru 14 hari. Dilahirkan pada 5 Mac 2010. Berat semasa dilahirkan 2.8 kg. Sama berat dengan Abangnya masa lahir dulu.
Pengalaman bersalin kali ini agak berbeza dari si Abang. Syahmi hampir lemas kerana aku tak kuat nak teran... nasib baik Abang Sayang datang tepat pada masanya.. memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk aku ... alhamdulillah.. setelah hampir satu jam berjuang... lahirlah seorang Putera ke dunia.


03 Mac 2010

Tukar Skim Perkhidmatan

Baru dapat surat dari Ibu Pejabat tadi, aku diminta hadir ke Taklimat dan Majlis menandatangani Opsyen Pertukaran Pelantikan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/N28, N32 dan N36 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 27 tahun 2009.
Hari Jumaat, pukul 9 pagi.... di Ibu Pejabat.
Memang laa dalam dilemma... dengan due yang dah dekat nih... nak tak nak kena laa hadir..
sebab nak tandatangan Opsyen tu. Nasib laa kalau "terbersalin" kat sana.
Sila klik link ini untuk melihat Pekeliling Perkhidmatan tersebut.
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/27/pp272009(1).pdf

17 Februari 2010

Kelengkapan bersalin


Sekadar Gambar Hiasan

Mulai hari ni, aku dah stat bawak baju baby ke tempat kerja... bukan apa... untuk standby.. maklum la.. antara rumah dan tempat kerja kan jauh.. so kalau rasa nak bersalin tu dah datang, tak laa kalut sangat... ada laa bawak baju baby sepasang, lampin pakai buang 4 keping, , kain bedung sehelai, tuala baby sehelai, kain batik sehelai dan tuala wanita pakai buang untuk bersalin 4 keping... (yang kain batik ngan tuala wanita pakai buang tu aku punya...)

Sebenornya aku buat dua set.. satu set lagi aku letak dalam kereta... takut dan rasa ngeri tu tetap ada... walaupun dah keluar sorang.

10 Februari 2010

Limau, Limau dan Limau lagi



Entry kali nih mesti laa berkaitan dengan Tahun Baru Cina.... tengok Tajuk je korang pon dah dapat agak kan.... bukannya apa... setakat hari nih dah berkotak-kotak limau yang Jabatan aku dapat.

Semuanya dibagi sama rata dikalangan kakitangan Jabatan ni. Kalau sorang dapat dua biji.. semua pon dapat dua biji.. even bos aku pon dapat jumlah yang sama..

Semalam dah bawak 7 biji balik umah.. ari nih dapat lagi 5 bijik.. naik penuh peti ais aku... tu tak termasuk yang bos aku beri satu kotak, sebenornya dia bagi kat semua staff pon sekotak... tak de pilih-pilih kasih... mana nak sumbat weh...Tapi tak per laaa nti aku bagi-bagi kat jiran-jiran yang ramai anak...

Yang satu kotak tu aku bawak laa sikit-sikit. Takkan laa aku nak bawak satu kotak... tak larat laaa weh.... dengan perut aku yang dah ke depan nih... jangan buat hal...

Semalam naik sebu perut kengkawan makan limau mandarin banyak sangat.. kalau tekak nih tak tahan pon tidak digalakkan makan banyak sangat.. boleh kena batuk-batuk....

Abang Sayang aku pulak tahun ni cuma dapat 4 biji jer... tak macam tahun-tahun lepas, kilang dia beri sorang sekotak. Tak pe laa bang... saya punya nih pon tak terabis kita makan anak beranak....

01 Februari 2010

Bebelan seorang Wanita 2

Bismillah...

Ari nih adalah antara hari yang membosankan dan meletihkan aku...

Anak kat dalam perut nih asik mengeras jer... sampai senak perut dibuanya... Sabar ye nak... tak lama lagi bebas laa...

Letihnya tu bila kejap-kejap gi bilik air... kejap-kejap gi bilk air.. letih wooo...
tapi tak per laaa.. sabor je laa kan... dah itu bahagian kita.. nak buat lagu mana...

Ntah ler dah petang-petang gini tetiba jer rasa bosan tahap dewa... nak sambung keja macam dah abis mood.. so nih yang buat entry nih...sambil jengah-jengah blog kengkawan...

Sambil taip, fikiran ni melayang apakah lauk yang nak dimasak untuk makan malam nanti... susah-susah... aku goreng telur jer... pastuh tumiskan bawang ngan lada curah kicap... dah jadi... telur masak kicap.. hmmm.. ok gak.. pastu buat bening kentang jer.. malas laa nak singgah kedai nak bli sayur...

ok laa stakat ni dulu bebelanku...... jumpa dilain masa... Insya Allah...

15 Januari 2010

Bebelan Seorang Wanita


Bismillah....

Hari nih tak de apa-apa sangat nak di share sebenornya... sesajer jer.. nak abiskan masa yang terluang...

So.. ni laa nak share citer aku naik bas dan dah masuk dua ari... Ini bermakna dah dua ari jugaklah Abang Sayang aku tak OT.. letihnya.............. Tuhan jer yang tahu.. Ini adalah disebabkan kawan yang aku tumpang tuh amik cuti dua ari...

Pagi semalam aku naik bas dari pukul 6.40 pagi sampai opis 8.30 pagi, bayangkan... hampir dua jam aku kat perut bas.Kalau nak keta.. tak sampai pon satu jam. Pukul tujuh dari umah, sampai opis pukul 7.40 pagi..

Tapi jangan laa suruh aku drive sendiri.. tak larat rasanya.. dengan jalan yang jammed, duit minyak lagi... dengan ngantuknya lagi.. tak larat laa weh lagi pon kan bahaya bawak keta ngantuk-ngantuk ... lain laa kalau ada kawan.. ngantuk-ngantuk pon ada kawan kat seblah neman.. so better naik bas.. jimat, dan selamat..

Balik pulak.. dari opis pukul 5 petang, sampai umah pukul 7 petang.. sampai umah.. anak dah tunggu depan pintu.. kesian dia... Aku terus jerang air sementara air mendidih... aku sempat tengok citer Cinta Balqis. Bila air dah panas.. aku terus bawak masuk bilik air.. whooa.. syok laa mandi air panas... lega rasa urat-urat yang tegang nih... lapi pon semalam kat bas tu aircon dia sejuk.... So petang ni pon nak mandi air panas lagi laaa....

Tadi Pagi pulak.. aku naik bas pukul 7 lebih.. sampai opis pon lebih kurang jugak... tido... bangun.. tido... bangun.. alamak nape tak sampai lagi nih... jalan jammed gila.. jalan jammed yang gila.. yang hantar n3 ni tak gila lagi yer..

Erm.. nak masak apa yer petang nih.. ikan ada lagi kat fridge, nti boleh goreng.. sayur aku masak bening jer.. kalau sempat, aku tumbukkan sket cili api ngan ikan bilis goreng.. jadi laa sambal ketuk.. cukup laa..

Dah laa dulu aku membebel.. nti lain kali kita cerita lagi...

* Nota:
Masak bening = Masak air

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...