15 Januari 2014

Rumah Baru, Orang Baru

Assalammualaikum...
 
Setelah sekian lama tak bersua, agak kekok untuk aku memulakan kisah ini. Akhir sekali kita bertemu hampir setahun yang lalu.. ketika mendaftarkan Syahid Ilham ke Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Batu 24 Pekan Nanas.
 
Iya, masa itu aku sudah berulang-alik dari Ayer Baloi ke Kempas. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam. Kenapa aku memilih untuk hantar anakku ke Sekolah di Pekan Nanas, sedangkan aku boleh saja menghantar dia di Sekolah Ayer Baloi atau di Kempas. tapi memandangkan aku tidak mahu menyusahkan sesiapa, langkah terbaik adalah menghantar anakku ke Pekan Nanas yang berada di tengah-tengah antara Kempas dan Ayer Baloi. Walaupun Syahid sering kali lewat sampai ke sekolah, namun ia tidak menghalang dari Syahid mendapat keputusan yang memberangsangkan semasa penilaian dibuat. Walaupun Syahid selalu di denda, sehingga kadangkala dia enggan untuk ke sekolah, namun ku tak pedulikan itu semua, aku hantar Syahid hingga ke pintu kelasnya di tingkat tiga hampir setiap pagi. Biar lambat, dari tidak hadir langsung, itu yang aku pegang. Aku tidak mahu Syahid ambil ringan tentang kehadirannya ke sekolah.  Keadaan kami telah ku maklumkan kepada guru kelasnya dan juga kepada guru penolong kanan.  Terima kasih cikgu kerana memahami keadaan kami sekeluarga.
 
Dalam tempoh aku berulang-alik dari Kempas ke Ayar Baloi, aku disahkan mengandung awal tahun lalu. Alhamdulillah.. aku dapat harungi ujian dengan baik dan aku amat berterima kasih kepada Cik Abang Sayangku kerana memahami keadaanku yang sering kepenatan apabila sampai dirumah. Menangis? bukan akulah kalau tak menangis.. aku pun tak mengira berapa kali aku menangis bila mengenangkan keadaan aku, anak-anak, suami aku.. tapi, setiap kali aku selepas aku menangis, aku seolah-olah dapat satu kekuatan. Tapi aku nangis kat kereta, masa on the way pegi kerja ke balik kerja ke.. Sekarang baru aku tahu, susah senang hidup bersama ipar duai. Aku tahan-tahankan hati.. kuatkan semangat demi anak-anak.
 
Dalam bulan tiga, Pinjaman Perumahan aku lulus. alhamdulillah.. terus aku hubungi Tuan Rumah, mintak dia keluar secepat mungkin. Tapi dia mintak tempoh sebulan dua untuk mencari rumah yang lain. aku beri tempoh hingga bulan lima, bukan apa, setidak-tidaknya aku bolehlah masuk rmah tu sebelum bulan puasa. Tapi Allah belum izinkan kami berpindah sebelum puasa.. Last-last lepas raya haji baru aku dapat masuk rumah baru. Selepas aku bersalin dan berpantang di rumah mak.
 
Ini semua bukan mudah. Pada malam sebelum aku bersalin, dengan kaki yang cramp, aku singgah bandar Pontian, beli susu anak, singgah farmasi, beli ubat Cik Abang Sayang. Dalam jam tiga pagi, aku dah tak senang tido.. siap mimpi kat spital lagi. Pukul lima pagi, keluar tanda, aku minta Cik Abang Sayang hantar aku ke Hospital. GL aku dah buat siap-siap. Keperluan asas bayi, dan sedikit keperluan aku memang dah aku sediakan. Setiap hari, aku bawa di dalam kereta, manalah tahu, aku nak bersalin semasa dalam perjalanan ke.. atau kat tempat kerja ke.. Jam 6.30 pagi, 22 Ogos 2013 lahirlah seorang lagi Muhammad. Kenapa aku panggil Muhammad, sebab semua nama anak-anak aku ada Muhammad pada pangkal nama mereka. Kali ini Muhammad Syamil Irsyad nama diberi. Sepanjang dalam hari, tak meragam, tak kena kuning.. tapi asyik tidur aje. Rupa-rupanya aku makan paracetamol.. nak buat camner.. dah kena sakit gigi, tak tahan sangat terpaksalah makan obat.

Habis saja pantang, Cik Abang Sayang bawak aku ke rumah baru. Alhamdulillah... saya suka, saya suka... budak-budak pun suka. sampai sekarang si Cami panggil rumah kami rumah baghu... huhuhu.... sikit-sikit nak balik rumah baghu.. Syahid Ilham pun dah tak lewat lagi ke sekolah. Senyum lebar dia. Aku amik cuti bersalin tiga bulan. Dua bulan kat rumah mak, sebulan lagi aku kat rumah. Sambil kemas-kemas apa yang patut. Baju-baju aku dah angkut, tinggal perabutnya masih kat kampung.. takde lori nak angkut barang-barang kami tu.

Sekarang dah empat bulan dah aku kat rumah baru. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.. tersangkut sikit-sikit tu biasalah.. yang pasti aku dan anak-anak gembira di rumah baru kami.

setakat ini dulu kisahku.. Salam ukhuwah penuh kasih sayang.... peace.

 

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...