13 November 2009

Lelaki ke Pompuan...

"Dah scan?" itulah antara soalan dari kengkawan bila diorang tahu aku mengandung lagi...

"Tak yah laa scan-scan. Lelaki ke, pompuan ke, tak kisah... asalkan sihat, sempurna anggota badannya, akal fikirannya.. itu dah cukup..." jawabku mudah.

Ntah laa aku ni simple minded orangnya.. tak nak amik pusing sangat hal-hal yang macam tuh.. anak lelaki ke anak perempuan ke... pada aku sama sahaja... semua ada kelebihan dan kekurangannya...

Bukannya apa, zaman sekarang nih... bukan tak boleh anak lelaki ke dapur... so aku akan didik anak lelaki aku buat kerja-kerja rumah, biar abah dia ajarkan buat kerja-kerja lelaki... macam... bertukang ke, berkebun ke... Kalau anak perempuan pulak, hal yang sama akan diturunkan kepada mereka.. Aku nak anak-anak aku serba boleh...tak kira lelaki atau perempuan.. yang penting pandai berdikari dan tak bergantung pada orang lain.

Hai... tingginya cita-cita Mak si Syahid nih.. mampu ke??
Insya Allah.. kita doa sama-sama ye.. semoga anak-anak kita jadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin.....

06 November 2009

Allah Sayang Ayed ??

Bismillah....

Hari ni aku tiba-tiba teringat kat anak bujang aku tuh...

Satu hari ketika memandu pulang dari nurseri.. tiba-tiba Syahid bersuara "Mi... Allah sayang Ayed??"
"Mestilah Allah sayang.... kalau Ayed dengar cakap Ummi, cakap Abah..." balasku..
"Allah sayang Ummi yea?"
"Sayang..."
"Allah sayang Abah yea?" soalnya lagi...
"Sayang..." balasku sambil mengangguk...
"Abis tu.. Syahid sayang Ummi tak?" soalku pula...
"Sayang..." kali ini dia pula menjawab soalanku..
"Kalau Syahid sayang... dengar cakap Ummi tau.. jangan nakal-nakal.... nanti Allah Marah...." ujarku pula.
"Boleh?"
Aku lihat dia mengangguk-anggukkan kepalanya... Aku hanya mampu tersenyum melihat keletahnya.. sambil menyanyi lagu dari kumpulan Adikku Sayang berduet dengan Nazrey dari kumpulan Raihan...

Satu-satu saya sayang Allah...
Dua-dua ayed sayang abah ayed
Tiga-tiga ayed sayang ummi syed....

Dah diubah pulak lirik lagunye..
Tak pe laa nak.. moga itu jadi ingatan sampai bila-bila... Amin.....

Ummi dan Abah..

Daisypath

Syahid Ilham

Lilypie Kids Birthday tickers

Syahmi Isyraf

div style="margin-auto;text-align:center">Daisypath Happy Birthday tickers

Syamil Irsyad

Lilypie Kids Birthday tickers