15 September 2009

Dodol Oh Dodol

Tahun ini, adalah tahun ketiga kami berbisnes dodol... Alhamdulillah... setakat ini, sambutan menggalakkan... walaupun proses menghasilkan dodol tu agak lama... tapi amat berbaloi. Sorilaa takde gamba untuk ditunjukkan...

Tapi kesian laa kat Abang Sayang aku tuh... tak tido satu malam sebab nak siapkan dodol. Malam tadi pulak, dia ke rumah makciknya untuk mengacau dodol sebab makcik dia pon ada customer sendiri.

Aku pulak ditugaskan untuk membungkus dodol. Satu paket, sekilo. Harga yang dijual tak laa mahal sangat, sekilo cuma RM14.00 jer.... tapi kalau nak jadi supplier. kitorang bagi harga lain... tapi setakat ni, tak la berhajat nak berjual secara online lagi.... mungkin tahun depan, kami ubahsuai sikit packaging kami... supaya lebih menarik.

Keuntungan??? Boleh laaa balik modal laa jugak.... untung sikit-sikit jer... lepas duit minyak jalan-jalan hari raya nanti jadilah.. bagi kami asalkan dapat pelanggan untuk tahun depan.. sambil jual, sambil promosi..

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...