Memaparkan catatan dengan label Cami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cami. Papar semua catatan

20 September 2012

Hobi baru.... Kumpul Novel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hmm. menarik tak hobi saya kali ini? Gara-gara membaca novel online, terjebak pula membeli novel secara online.... most of it adalah novel Chenta... best laa jugak.. antara penulisnya Maria Kajiwa, Hanina Abdullah, Julai Esqa. Antara penerbitnya pula Fajar Pakeer, Kaki Novel, Penulisan2U.

Setakat ni aku cuma provide RM50 je untuk membeli novel-novel ni.. since aku masih duduk menumpang kat rumah mertua aku, jadi aku takde tempat yang proper untuk simpan novel-novel ni. aku cuma letak atas almari baju anak aku jer... nanti bila dah pindah rumah sendiri, aku belikan rak khas untuk koleksi novel aku nih.

Rumah yang bakal kami duduk ni ada tiga bilik, so bilik pertama, bilik aku, bilik kedua, bilik Cahed dan Cami.. bilik ketiga aku nak buat bilik belajar & mini library.. hope this dream will realize soon... dah tak larat nak ulang alik Kempas - Ayer Baloi sebenarnya..

Sampai rumah dah malam, masa pun kurang bila dengan Cami.. kesian dia... Aku sampai jer, dialah yang menyambut... Umi...!!!! Okong!! (Ummi.. dukung) kengkadang siap nangis-nangis lagi.. mintak aku dukung.. memang laa anak aku nih drama lebih dan bila dah dukung tuh, tangan dia kat pipi.. diramas pipi aku.. eyam.. eyam... (Geram.. geram.. ) sambil ngetap-ngetap bibir.. konon geram sangat laa tuh. aduuh.. sakit tau.

Hmmh.. melalut laa pulak aku.. tak selari dengan tajuk.. ok laa.. setakat ini dulu, lain kali kita cerita lagi..

Salam Ukhuwah....

21 Jun 2012

Sebulan hidup di Kampung...

Assalam.. dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... diam tak diam hampir dua bulan aku tinggal di kampung.. that means kos minyak keta meningkat dua kali ganda... keletihan dan kepenatan juga bertambah dua kali ganda.. masa yang dikorbankan juga bertambah dua kali ganda... ini bermakna masa aku bersama anak-anak juga semakin sedikit.. kesian si kecik Cami... hanya ada beberapa jam saja untuk bersama aku... kalau Si Abang Syahid Ilham bersama aku jam dari 6 petang, Syahmi Isyraf pula akan bersama aku pada jam 7 malam.. kerana pada jam 7 malam aku baru sampai rumah. Itu pun kalau dia tak tidur... kalau dia tidur, alamat tak jumpa laa dengan aku..

Hmm.. kengkadang hampir terlepas waktu maghrib aku sebab melayan anak2 dulu... lepas tu baru boleh mandi.. then baru boleh solat maghrib.. itu pun terkejar-kejar dan sembunyi-sembunyi.. bukan apa, anak-anak ni kalau aku balik kerja, masing-masing tak boleh hilang kelibat aku.Terutama si Syahmi ni.. mula la dia melalak ,kesian kat bapak mertua aku yang tengah berwirid. So aku kena tangguhkan dulu niat aku nak mandi, pujuk dia atau tak pun aku kena tunggu Suami aku siap solat Maghrib, bagi Syahmi kat dia, baru aku pegi mandi..

Sungguhpun aku penat, letih dan kadangkala 'termengamuk' kat diorang berdua nih.. aku rasa bahagia... kesusahan dan kepenatan aku tanggung hilang... terhibur dengan keletah diorang... anak... anak... kau lah racun.. kaulah penawar.. aku cuba untuk tidak marah-marah... namun begitu, kadangkala aku kalah mengawal emosi bila berdepan dengan anak2 nih.. kesabaran aku boleh goyah bila masing-masing buat perangai.. rasa aku dah jadi 'green monster with red eyes'.. itu yang aku gelar diri aku bila dah mengamuk... tapi tahap maksimum aku marah.. bila aku dah tak bercakap langsung dengan orang yang aku marah. Pada tahap ini.. buatlah apa saja.. aku tak akan layan, tak akan beri respon atau apa saja... 'simply ignore'.. maka tahulah orang yang dimarah.. biasanya Syahid Ilham yang kena silent treatment ni..dan dia dah faham bila aku tak bercakap dengan dia, bila dah berkali-kali aku mintak dia buat sesuatu atau tegah dia buat perkara tak elok, ini sajalah caranya.. dan akhirnya dia akan minta maaf. Masa tu aku terangkan kenapa Ummi dia ni suruh kemas barang-barang dia, atau kenapa Ummi dia ni tak kasi dia pukul adik atau bergurau kasar dengan adik.

Ni satu lagi hal dengan Syahid  Ilham, dia ni kalau bergurau dengan Syahmi, memang laa tak beringat.. kengkadang tu..  main langgar jer adik dia.. dah jatuh la si adik, melalak laa si adik. Bila Syahmi tak puas hati, dia cubit abang dia.. mula laa balas membalas. Memang riuh laa rumah... tapi apa-apa pun.. aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ujian ini.. kerana ujian ini aku sekeluarga lebih rapat dan lebih menghargai masa bersama.

Akhir kata, salam penuh kasih sayang....

05 Julai 2011

Update Syahid & Syahmi

Assalam.. dan Salam Satu Malaysia...

Saja nak update kisah anak-anak aku.. Alhamdulillah.. Syahid dah pandai menulis, membaca perkataan dua suku kata dan mengira.. tapi nak buat kerja sekolah mesti ada aku kat sebelah.. kalau tak, dia akan mogok.. selagi aku tak duduk sebelah, selagi itu lah dia tak start buat kerja sekolah.. layan jer laa... nak but camno.... nti laa aku selitkan gambo dia buat kerja sekolah.. setakat nih aku tengok dia lebih suka buat kerja kira-kira..banyak-banyak buku latihan yang aku belikan.. dia akan cari yang ada kira-kira dulu.. abiskan satu buku, baru dia akan ambil buku yang lain...

Aku cuma dapat ajar dia ngaji IQRA' 1 jer, masuk IQRA' 2, dah mula banyak songehnya.. Ayed penat laa..  alaa nanti la.. siap nangis-nangis lagi kalau aku yang suruh mengaji.. memang laa Drama King.. siap pujuk  kalau Syahid ngaji.. Ummi bawak gi KFC.. tapi tak jalan gak.. nak buat camno nih.. last-last mintak tolong Ibu (babysitter) ajar dia.. alhamdulillah.. boleh laa jugak.. biar dia biasa dengan rutin mengaji nih dulu.. pas tu aku mungkin akan ambil alih mengajarnya..


Isi masa lapang dengan mewarna buku kegemaran..


puting tak boleh dicabut secara paksa.. mau dia mengamuk...

Kisah Si Syahmi pulak, gigi depan dah besa2. Gigi geraham atas dah tumbuh kanan kiri, yang bawah baru sebelah kiri. Sekarang nih asik nak gigit orang jer.. tu yang seriau tuh.. jalan masih lagi tekedek-kedek.. macam orang mabuk pon ada..bila nak barang dia akan cakap Naaaak!!!! sambil tunjuk barang yang dia nak.. kalau kita tanya.. Ami baikkan? kan? kan? sambil anggukkan kepala kita.. dia pun ikut angguk kepala.. hm... memang geram.. macam nak cubit-cubit jer.. Oh ye.. dah tau bila kena marah... dan tau pulak dia merajuk.. bila dah merajuk. memang la  susah nak pujuk.. siap guling-guling lagi.. ni Drama King kedua.. berlakon lebih.. huhuhu..

Ok la semua.. semoga Allah merahmati dan berbahagia selalu.... Amin...

31 Disember 2010

Syahid Cuti Mengaji...

Tengok tajuk lat atas tu pon mesti ada sebab kan kenape Syahid cuti ari nih??

Sebenornya anak bujang aku tu demam ari nih.. wong jowo ngomong meriang.. ora kepenak awa'e.. Belom sempat aku suruh amik buku Iqra tu.. dia dah tido...!!? Cian anak Ummi.. demam yer... nasib baik Ibu (Pengasuh dia) dah beri obat tadi.
Si Cami pulak dah ok.. Ubat demam dah takyah beri.. cuma kene standby obat batuk jer. Maghrib tadi dia batuk-batuk jugak laa tapi aku bagi air jarang jer...

Alhamdulillah.. tak batuk lagi dah lepas tuh..

Ni nak citer sket lagi.. minggu depan ni Syahid dah masuk sekolah... Tadika jer.. dah lima tahun umo dia.. macam sekejap je dah lima tahun anak aku.. Boleh ke idak ditinggal kat sekolah tu. Bukan apa.. aku takut dia nangis jer.. dia ni gembeng lain macam sket..

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...