Memaparkan catatan dengan label Syahid Ilham. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syahid Ilham. Papar semua catatan

01 Februari 2013

Orientasi Syahid lham

Assalammualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. dah sebulan Syahid dalam darjah satu... gambar ni masa Program Orientasi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu 24.. hmm..segaknya anak bujang Ummi ni..





Yang ini pula... semasa Program Minggu Ukhuwah  Tahun 1, Sekolah Agam Batu 24. Pada 2 Januari 2013.
masa ni sessi perkenalan antara guru kelas, pelajar dan ibu bapa..





Ok.. sekian dulu... Salam penuh kasih sayang....

21 Jun 2012

Sebulan hidup di Kampung...

Assalam.. dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... diam tak diam hampir dua bulan aku tinggal di kampung.. that means kos minyak keta meningkat dua kali ganda... keletihan dan kepenatan juga bertambah dua kali ganda.. masa yang dikorbankan juga bertambah dua kali ganda... ini bermakna masa aku bersama anak-anak juga semakin sedikit.. kesian si kecik Cami... hanya ada beberapa jam saja untuk bersama aku... kalau Si Abang Syahid Ilham bersama aku jam dari 6 petang, Syahmi Isyraf pula akan bersama aku pada jam 7 malam.. kerana pada jam 7 malam aku baru sampai rumah. Itu pun kalau dia tak tidur... kalau dia tidur, alamat tak jumpa laa dengan aku..

Hmm.. kengkadang hampir terlepas waktu maghrib aku sebab melayan anak2 dulu... lepas tu baru boleh mandi.. then baru boleh solat maghrib.. itu pun terkejar-kejar dan sembunyi-sembunyi.. bukan apa, anak-anak ni kalau aku balik kerja, masing-masing tak boleh hilang kelibat aku.Terutama si Syahmi ni.. mula la dia melalak ,kesian kat bapak mertua aku yang tengah berwirid. So aku kena tangguhkan dulu niat aku nak mandi, pujuk dia atau tak pun aku kena tunggu Suami aku siap solat Maghrib, bagi Syahmi kat dia, baru aku pegi mandi..

Sungguhpun aku penat, letih dan kadangkala 'termengamuk' kat diorang berdua nih.. aku rasa bahagia... kesusahan dan kepenatan aku tanggung hilang... terhibur dengan keletah diorang... anak... anak... kau lah racun.. kaulah penawar.. aku cuba untuk tidak marah-marah... namun begitu, kadangkala aku kalah mengawal emosi bila berdepan dengan anak2 nih.. kesabaran aku boleh goyah bila masing-masing buat perangai.. rasa aku dah jadi 'green monster with red eyes'.. itu yang aku gelar diri aku bila dah mengamuk... tapi tahap maksimum aku marah.. bila aku dah tak bercakap langsung dengan orang yang aku marah. Pada tahap ini.. buatlah apa saja.. aku tak akan layan, tak akan beri respon atau apa saja... 'simply ignore'.. maka tahulah orang yang dimarah.. biasanya Syahid Ilham yang kena silent treatment ni..dan dia dah faham bila aku tak bercakap dengan dia, bila dah berkali-kali aku mintak dia buat sesuatu atau tegah dia buat perkara tak elok, ini sajalah caranya.. dan akhirnya dia akan minta maaf. Masa tu aku terangkan kenapa Ummi dia ni suruh kemas barang-barang dia, atau kenapa Ummi dia ni tak kasi dia pukul adik atau bergurau kasar dengan adik.

Ni satu lagi hal dengan Syahid  Ilham, dia ni kalau bergurau dengan Syahmi, memang laa tak beringat.. kengkadang tu..  main langgar jer adik dia.. dah jatuh la si adik, melalak laa si adik. Bila Syahmi tak puas hati, dia cubit abang dia.. mula laa balas membalas. Memang riuh laa rumah... tapi apa-apa pun.. aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ujian ini.. kerana ujian ini aku sekeluarga lebih rapat dan lebih menghargai masa bersama.

Akhir kata, salam penuh kasih sayang....

01 Jun 2012

Buku Baru Untuk Syahid Ilham

Assalam dan Salam Sejahtera...


Buku Matematik

 Inilah buku baru tu... Syahid Ilham suka buat latihan matematik nih... tapi tak berapa minat membaca.. so aku belikanlah dia buku latihan matematik nih. Sebagai galakan untuk dia belajar. Maklumlah sekarang ni kan cuti sekolah.. daripada dia bermain dari siang sampai ke petang, at least dia ada buat latihan kat rumah.. 

Ok, sekarang aku nak citer sket pasal buku nih.. Perbit buku nie Cerdik Publication. Sedikit mengenai penulis, Dr. Saayah Abu, bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Bidang pengkhususan beliau adalah Pendidikan Awal kanak-kanak.

Ini adalah antara kandungan yang terdapat dalam buku nih..







Dalam dia banyak gambar berwarna warni.. aku yang tengok pon rasa seronok.. harap-harap Syahid pon seronok nak buat latihan nih..

Setakat ini dulu... Salam penuh kasih sayang...

30 Disember 2011

Orientasi Pra Sekolah - Syahid

Assalammualaikum..

Alhamdulillah... semalam dengan rasminya Syahid Ilham menjadi sebahagian dari warga Sekolah Kebangsaan Batu 24, Pekan Nanas bila telah didaftarkan di Pra Sekolah.. pagi semalam setelah membayar yuran.. ada program orentasi dan taklimat untuk ibu bapa... belum apa-apa Syahid dah ujan bila aku tinggalkan dia sekejap.. pas tu kitorang masuk balik ke dalam bilik Pra Sekolah tu. dan dia masih lagi ujan.. sampai kena tegur ngan guru besar... aku perati jer... saja tak nak dia nampak aku..


Masa ni Syahidtak prasan aku lagi.. dok melayan air mata...

Antara ibu bapa yang hadir.. Khusyuk mendengar taklimat Guru Besar

Then, budak-budak di panggil ke belakang kelas, diberi permainan. Ibu bapa bermesyuarat untuk melantik AJK Badan Permuafakatan Pra Sekolah.. ni macam PIBG laa, tapi hanya peringkat  Pra Sekolah sahaja. Namun demikian menurut Cikgu Rahimah, guru Pra Sekolah, jika ada mesyuarat semua ibu dan bapa pelajar akan dipanggil agar keputusan dapat diterima sebulat suara.

 
hmm.. adik pon nak join.. huhuhu..
Selain dari itu, kami juga dimaklumkan sekiranya ada ibu bapa yang berhajat untuk menyambut ulangtahun anak2 di Sekolah, hendaklah memaklumkan kepada pihak Pra Sekolah melalui Cikgu Rahimah, ini kerana beliau yang akan mengaturkan program-program tersebut.

Program Oreintasi ni berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi.. hmm.. setakat ini dulu... 

Salam kasih sayang...

04 Ogos 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..

Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. sudah empat hari kita menjalani badah puasa... rasa agak letih memandangkan badan ni kurang sihat.. dah hampir dua minggu kena selsema dan batuk-batuk nih... tapi inikan ujian.. sabar je laa ye..

Syahid hari pertama jer puasanyer.. pas tu tak kejut sahur dah.. bukan tak nak ajar dia berpuasa.. nantilah.. lagi pon ini first time dia blaj puasa. bukan aku tak jeles nengok anak orang lain umo 4 tahun dah biajar berpuasa.. ini pulak syahid.. yang lima tahun... pelan2la aku pujuk dia

Hmm.. setakat ini dulu.. salam Ramadhan Kareem... Selamat berpuasa semua....

23 Julai 2011

Hari Potensi TBK KEMAS Parlimen Pontian

Assalammualaikum.... Salam Satu Malaysia...


Pada hari Sabtu yang lalu.. Syahid Ilham dan teman-temannya telah mewakili Sekolahnye.. TBK KEMAS Kilang Nanas.. Pekan Nanas dalam acara futsal...manakala Kimi (Anak Ibu) dalam acara Silat...

Ni tengah tunggu Cikgu..


Cikgu bertungkus lumus mengenakan kostum silat pelajar2


 Kimi tengah tunggu giliran untuk didandan...

Haa.. tiba jugak giliran..

Pasukan Futsal... (Gamba blur coz tangan jurufoto ketaq..)

Ni gambo kat luar dewan..
Syahid ngan Rizki...


Tunggu giliran untuk beraksi..

Nebes laa..



Kejo.....

Memang laa bangga bila tengok anak beraksi.. tapi most of the time dia cuma tengok bola jer..  agak keciwa.. namun demikian.. harus diingat.. dia hanya berusia 5 tahun.. so just let him have fun...
ok laa walau tak menang.. Ummi tetap bangga dengan Ayed...
Ni masa tunggu keputusan diumumkan

Pasukan silat dapat tempat ke-3.. Alhamdulillah..

hmm.. ok laa setakat ini dulu..

05 Julai 2011

Update Syahid & Syahmi

Assalam.. dan Salam Satu Malaysia...

Saja nak update kisah anak-anak aku.. Alhamdulillah.. Syahid dah pandai menulis, membaca perkataan dua suku kata dan mengira.. tapi nak buat kerja sekolah mesti ada aku kat sebelah.. kalau tak, dia akan mogok.. selagi aku tak duduk sebelah, selagi itu lah dia tak start buat kerja sekolah.. layan jer laa... nak but camno.... nti laa aku selitkan gambo dia buat kerja sekolah.. setakat nih aku tengok dia lebih suka buat kerja kira-kira..banyak-banyak buku latihan yang aku belikan.. dia akan cari yang ada kira-kira dulu.. abiskan satu buku, baru dia akan ambil buku yang lain...

Aku cuma dapat ajar dia ngaji IQRA' 1 jer, masuk IQRA' 2, dah mula banyak songehnya.. Ayed penat laa..  alaa nanti la.. siap nangis-nangis lagi kalau aku yang suruh mengaji.. memang laa Drama King.. siap pujuk  kalau Syahid ngaji.. Ummi bawak gi KFC.. tapi tak jalan gak.. nak buat camno nih.. last-last mintak tolong Ibu (babysitter) ajar dia.. alhamdulillah.. boleh laa jugak.. biar dia biasa dengan rutin mengaji nih dulu.. pas tu aku mungkin akan ambil alih mengajarnya..


Isi masa lapang dengan mewarna buku kegemaran..


puting tak boleh dicabut secara paksa.. mau dia mengamuk...

Kisah Si Syahmi pulak, gigi depan dah besa2. Gigi geraham atas dah tumbuh kanan kiri, yang bawah baru sebelah kiri. Sekarang nih asik nak gigit orang jer.. tu yang seriau tuh.. jalan masih lagi tekedek-kedek.. macam orang mabuk pon ada..bila nak barang dia akan cakap Naaaak!!!! sambil tunjuk barang yang dia nak.. kalau kita tanya.. Ami baikkan? kan? kan? sambil anggukkan kepala kita.. dia pun ikut angguk kepala.. hm... memang geram.. macam nak cubit-cubit jer.. Oh ye.. dah tau bila kena marah... dan tau pulak dia merajuk.. bila dah merajuk. memang la  susah nak pujuk.. siap guling-guling lagi.. ni Drama King kedua.. berlakon lebih.. huhuhu..

Ok la semua.. semoga Allah merahmati dan berbahagia selalu.... Amin...

28 April 2011

Besdei Syahid Ilham..

Salam sejahtera... dan salam satu Malaysia...

Ari ni genap laa umor anak bujang aku 5 tahun.. dah besha anak Umi.. tadi pagi uruskan goodies untuk kengkawan kat sekolah.. pas tuh baru laa aku gi kerja.. kalau ikutkan aku memang laa nak cuti... tapi apakan daya.. cuti dibekukan..

Setakat ini dulu.. salam sayang dan ceria...;)

05 Januari 2011

Syahid Ilham...Hari Pertama Ke Sekolah..

Hari Isnin yang lepas adalah hari pertama Syahid ke Sekolah.. Tadika Kemas PCM, Pekan Nanas. Alhamdulillah pagi tu tak lah meragam sangat nak gi sekolah.. Pagi tu aku amik Hakimi dulu sebab Ibu mintak tolong aku uruskan pembayaran yuran dia sekali. Sukalah Si Syahid ada kawan. Sampai sana aku pulak yang nebes, kalut semacam.. sampai tak sempat amik gambar.. bukannya apa tengok ramai anak-anak yang nangis.. akau naik risau pulak.. menangis ke tak Si Syahid nih nanti..

Jumpa Cikgu dia, bayo yuran dan duit baju, settlekan bayaran si Hakimi, aku pon terus angkat kaki. Aku nengok Syahid ok jer..Alhamdulillah.. tak nangis pon... So aku tinggalkan dia. Bukan apa, tak nak dia nangis bila aku stay lama-lama.

Then aku gi Opis jap.. settlekan hrmis.. tengah hari tu aku call dia.. tanye nangis tak kat sekolah? dia cakap tak.. cuma nangis bila Kimi muntah kat buku dia..
Aku: Tadi nangis tak kat sekolah?
Syahid: Tak.. Nangis .. Kimi tu muntah kat buku ayed kan...
Aku: Abis balik tadi nak apa? Van ke bas?
Syahid: Naik bas.. Best.. geduk.. geduk..
Aku: Esok nak naik bas lagi tak..
Syahid: Nak...

Itu antara perbualan yang aku dapat ingat laa kan..

31 Disember 2010

Syahid Cuti Mengaji...

Tengok tajuk lat atas tu pon mesti ada sebab kan kenape Syahid cuti ari nih??

Sebenornya anak bujang aku tu demam ari nih.. wong jowo ngomong meriang.. ora kepenak awa'e.. Belom sempat aku suruh amik buku Iqra tu.. dia dah tido...!!? Cian anak Ummi.. demam yer... nasib baik Ibu (Pengasuh dia) dah beri obat tadi.
Si Cami pulak dah ok.. Ubat demam dah takyah beri.. cuma kene standby obat batuk jer. Maghrib tadi dia batuk-batuk jugak laa tapi aku bagi air jarang jer...

Alhamdulillah.. tak batuk lagi dah lepas tuh..

Ni nak citer sket lagi.. minggu depan ni Syahid dah masuk sekolah... Tadika jer.. dah lima tahun umo dia.. macam sekejap je dah lima tahun anak aku.. Boleh ke idak ditinggal kat sekolah tu. Bukan apa.. aku takut dia nangis jer.. dia ni gembeng lain macam sket..

28 Disember 2010

Syahid Belajar IQRA'

Hari ni hari kedua Syahid belajar Iqra'.. Alhamdulillah..dia dapat ingat semula apa yang diajar semalm.. cuma kengkadang tu macam tak kompiden sangat sebut ba.. tadi belajar sebutan ta.

Mula-mula dia kompius gak nengok huruf ta..tapi bila ditunjukkan perbezaan dengan huruf ba dan ta.. dia mula paham.

Baru dua kali ulang... dia dah bosan.. "Mi.. Ayed penat laa..." Aku paham siang tadi dia tak tido laa tuh. So aku suruh dia berenti je..tak per baru pengenalan.. esok cuba lagi..hmmh.. nampaknye kena stop stakat ni dulu.. Si Cilik dah start mengganas.....See yaaa...

14 Disember 2009

Syahid dengan Telefon Mayanya


Bismillah........

Malam tadi ketika aku dan Syahid baring-baring melayan televisyen... tiba-tiba.. dia letak tangan dia kat telinga
"elo..elo.."
"Ada apa?"
"takde apa-apa?"
"oo engko malu ye.."

Aku pun tanyer anak bujang aku....

"Sapa yang call... Kila ke Amim??"

Kila dan Amim nih kawan dia kat nurseri.. yang baya-baya dia gak..

"Kila Mi.." jawabnya selamba...

"Kila cakap apa?" soalku lagi...

"Kila cakap, esok sekolah.. tau.. tau..." jawabnya petah...

Untuk pengetahuan korang.... sebenornya anak bujang aku nih berangan cakap kat tepon.. Ummi dia jer yang layan imaginasi lebih-lebih... Kwang.. kwang... kwang....


Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...