Memaparkan catatan dengan label Alkisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alkisah. Papar semua catatan

03 Disember 2020

CARA MOHON RENTAS NEGERI DALAM TEMPOH PKPB (Pasangan berjauhan)

Assalammualaikum semua..

Hari ni  aku nak share sikit pasal Rentas Negeri Semasa PKPB. Nape tiba-tiba jer aku nak share pasal perkara ni?  Firstly sebab aku ada pengalaman mohon rentas negeri sepanjang tempoh PKPB ni.. Maklum laa aku kerja kat Selangor, suami dan anak-anak aku kat Penghujung Benua Asia, memang laa kena mohon kebenaran untuk rentas negeri. Alhamdulillah.. setakat ni tiada sebarang masalah. dan sebab yang kedua.. ada ramai kawan-kawan yang tanya kat aku macam mana nak rentas negeri.. 

Kebenaran rentas negeri ni hanya untuk mereka yang ada urusan kesihatan, urusan pekerjaan, kes kecemasan dan juga untuk pasangan suami isteri yang terpisah. Isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni.  Sertakan sekali dokumen sokongan korang.  Boleh juga dapatkan di Balai Polis berhampiran.

Biasanya aku akan hantar borang dua hari atau sehari awal dari tarikh aku bergerak. Jadi pada hari kejadian nanti, aku terus je gerak. Takyah susah-susah nak pegi balai polis lagi. 


Untuk pasangan yang berjauhan macam aku, korang kena sertakan dokumen-dokumen di dalam DUA salinan.

1. Surat Mohon Kebenaran Rentas Negeri (dari aku kepada Ketua Balai)

2. Borang Permit Pergerakan PKPB

3. Surat Pengesahan Majikan ( Surat dari Bos aku yang mengesahkan aku bertugas Jabatan ni)

4. Bukti tempat tinggal (salinan Bil api/air tempat tinggal sekarang dan tempat tinggal suami/ isteri)

5. Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri


Bagi urusan-urusan lain, isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni sertakan sekali dokumen sokongan yang berkaitan. Dokumen ni pun buat DUA salinan siap-siap, mudahkan kerja pegawai polis bertugas. In sya Allah.. Allah mudahkan urusan korang.


Sebarang kemusykilan boleh tanya je pada pegawai polis yang bertugas.. In sya Allah, dorang akan bantu.Ok tu je aku nak share.. apa-apa pun.. bersabar dan bertabahlah dengan ujian ni.. Semoga kita berjaya harungi ujian ni..

#kitajagakita

#stayathomestaysafe

Salam kasih sayang..


27 Ogos 2019

Ber Bullet Journal

Assalammualaikum.. Salam Ukhuwah semua..

Sejak duduk Solo kat Bangi ni.. kita ada sikit free time untuk diri sendiri.. Nak share sikit pasal BUJO, Tangle dan Mandala

Sebelum tu.. Apa BUJO ni.. ia dalah singkatan dari Bullet Journal.. Bullet Journal merupakan satu sistem untuk kita track setiap task yang perlu dilaksanakan... Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai panduan untuk kita bentuk habit baru.. contohnya..  kita  nak baca Quran setiap hari. so.. kita buat satu tracker, di mana kita rekod tarikh, surah apa dan ayat ke berapa.. tapi ini pun bergantung pada diri sendiri.. secara tak langsung ia akan meningkatkan disiplin diri.. mula-mula memang slow laa.. mungkin pada bulan pertama cuma dapat buat 5-10 kali jer baca quran.. tapi.. bila kita keep on tracking dan tanpa kita sedari.. kita akan berazam lebih kuat untuk buat lebih lagi untuk bulan hadapan... takkan laa nak azam tu jadi azam sahaja.. work on it.. and at the end of the day.. lebih istiqamah dan seronok bila kita tengok tracker kita penuh.

    Selain dari itu.. dalam BUJO ni korang boleh je tambah mood tracker.. ini adalah salah satu favourite tracker aku.. dari sini.. aku dapat track mood korang untuk bulan tu.. biasanya aku guna color coding.. macam bawah ni

Image result for mood tracker
contoh mood tracker. Credit to Pinterest

Sebelum aku mulakan BUJO ni.. aku banyak juga check kat Mr GOOGLE, Pinterest. Youtube.. Terima kasih kat Kakyong Habibah Yahaya yang perkenalkan aku kat BUJO ni.. Masa mula-mula tu ada jugak tertinggal.. tapi mood tracker aku update hari-hari.. sebab masa tu aku rasa emosi aku tak ok. Jadi aku dapat track mental health aku.  Gratitude log pun aku update hari-hari.. Jadi walau teruk macam manapun hari tu aku rasa.. aku akan cari sekecil-kecil perkara untuk aku tulis dalam gratitude log ni.. sentiasa bersyukur dengan apa yang diberiNya.. itu yang aku belajar dari BUJO ni.. Dalam kesukaran pasti ada kesenangan... 

Mula-mula tu aku guna buku latihan anak aku.. Tengok kat Youtube.. ada buku grid dot.. aku cari kat shopee n lazada.. dapat jugak.. bila tengok orang punya BUJO cantik-cantik.. teringin jugak nak hias nak kaler-kaler.. beli laa pen kaler-kaler.. mungkin pada orang aku ni membazir masa ngn duit jer.. tapi pada aku.. it makes my life on track.. bukan laa selama ni jauh dari landasan kehidupan sebenar.. tapi ajar aku untuk planning hidup aku n follow apa yang aku dah rancang.. more organize.. lebih tersusun.. walau pun simple je contohnye, esok nak buat apa aje.. esok aku nak update jadual bos aku, nak print dokumen, nak basuh baju, kemas bilik. Bila dah selesaikan task ni.. aku tanda selesai. Mana yang pending, aku akan bawa ke hadapan maksudnya tugasan tu akan dilaksanakan keesokan harinya. Oleh yang demikian, aku akan cuba untuk selesaikan semua tugasan hari ini pada hari yang sama sebab tak nak workload esok bertambah. Jadi secara tak langsung tak adalah kerja-kerja tertinggal. Semua ada catatan.

Even kat opis pun aku guna sistem yang sama. Setiap hari sebelum balik, aku akan catatkan tugasan apa yang tak selesai lagi untuk hari tu. Jadi aku akan masukkan dalam tugasan untuk esok. Mana yang selesai aku tanda tick.. mana yang belum.. aku akan carry forward esoknya. 

Macam tu laa sikit- sikit pasal BUJO yang aku buat.. kalau korang rasa nak info lagi pasal BUJO ni.. boleh jer cari kat Pinterest. google.. keyword Bullet Journal atau BUJO..

ok laa cukup dulu aku membebel pasal BUJO ni.. jumpa lagi di lain kelapangan..

Salam ukhuwah, penuh kasih sayang..




15 April 2019

Dalam Kesukaran, Pasti Ada Kemudahan

Assalammualaikum dan Salam Ceria..


Alhamdulillah.. sudah  empat bulan hidup di perantauan. Iya walaupun balik kampung setiap hujung minggu.. menjalankan amanah sebagai isteri dan ibu hanya pada hujung minggu sahaja. Pengorbanan yang menuntut banyak jiwa yang perlu dikorbankan. Namun, apakan dayaku.. inilah percaturan ujian untukku.

Alhamdulillah..  Aku dipertemukan dengan kawan-kawan yangp positif. Syikin.. tuan rumah yang aku tinggal sekarang ni dan maid dia Seri namanya. Kami dipertemukan dibawah satu bumbung. Syikin ni kawan adik aku, tetapi cara berfikir lebih matang. Mungkin sebab dah berumah tangga dan dah ada anak.Setiap orang berbeza ujiannya. Aku diuji dengan berjauhan dari keluarga, sumber kewangan yang terhad, dia berjauhan dengan suami, menguruskan beberapa perniagaan dan anak2 yang sedang membesar sendiri. Seri pula terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki disini dan bapanya baru meninggal dunia bulan Oktober 2018 yang lalu, anak-anaknya diamanahkan kepada adik dan ibunya di kampung halaman. "Kita jalani sahaja la kak" itulah ungkapannya saat aku bersedih bila berjauhan dengan keluarga. Dalam kesukaran, pasti ada kemudahan yang Allah beri..

Ditempat kerja baru pula, kawan-kawan yang positif.. bukan jenis yang suka mengata dan mengutuk orang lain, jauh sekali memburuk-burukkan staff sendiri. Dapat bos yang penyayang.. menegur staff dengan cara yang terbaik, tidak pernah meninggikan suara..  bukan mudah nak sesuaikan diri ditempat baru.. tapi dengan semua yang bersifat positif, aku rasa tenang bekerja di sini. Rasanya nak kerja lama kat sini tapi keluarga pula jaun nun di Johor. Berapa lama boleh bertahan macam ni.. Hanya Dia yang tahu.. aku serahkan semuanya pada DIA yang Maha Mengetahui.. Perancang sebaik-baik Perancang..

Bukan mudah.. iya ibarat kata Seri, Kita Jalani Aja Kak..

Salam khuwah penuh kasih sayang..

PENGKISAHAN BUDAYA KELUARGA KIYAI HAJI ABDUL JABBAR BERKAITAN HANTARAN BOTOK2 DAN NASI GOLONG DENGAN BAKUL CETING...




Oleh : HAJI ABDUL SALAM BIN HAJI AHMAD SHAH (G2)





Pengkesahan urutan Sejarah :





1) Mengikut cerita yang di kisahkan daripada arwah bapak saya Haji Ahmad Shah da juga daripada arwah ibu saya Hajah Khadijah dan juga di perkukuhkan oleh abang saya arwah Haji Abdul Mokti, bahawa kita semua ini adalah keturunan daripada orang hebat2 belaka. Mereka terdiri daripada pahlawan2 besar dan juga ahli2 sufi yang ternama. Kebanyakan mereka memang ahli sufi ternama, pendakwah hebat, dan juga pahlawan yang handal.









2) Tempat : Di Tanah Jawa.

Kita semua daripada Tanah Jawa. Kita anak Jawa. Pada zaman Belanda, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, di mana orang2 Jawa sudah mula berani mengangkat senjata menentang habis-habisan tentera Belanda dengan semangat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajah, penindasan dan penaklukan tanah air mereka, Indonesia. Telah muncul di kalangan ulama’2 sufi unggul di pulau Jawa mengetuai pahlawan2 watan melawan, menyerang, berperang dengan Belanda. Salah seorang daripada ulama’2 sufi yang menjadi ketua , atau general dalam bahasa moden sekarang adalah datuk moyang kita yang bernama “AL-FATRUNA”. (Al Fatruna adalah berketurunan ARAB).





3) Dalam satu pertempuran dengan askar2 Belanda, kumpulan berkuda yang dia mengepalai tidak ramai tetapi yang berjalan kaki pula ramai. Pada ketika itu, pahlawan2 peribumi anak2 watan yang berjalan kaki yang hanya bersenjatakan panah, parang panjang, tombak, keris dan lain2 senjata traditional yang mereka dapat adakan telah menunjukkkan tanda2 hendak kalah. Mereka kena mengundur dahulu untuk berkumpul semula dan menyusun strategi baru untuk menyerang kembali. Kalau tidak mereka berbuat demikian, mungkin lebih ramai lagi akan mati dan mereka akan kalah teruk. Al Fatruna telah mengarahkan pejuang2nya berundur. Mereka menyeberang satu jambatan kayu merentasi sungai yang agak lebar juga dimana kuda2 mereka tidak boleh melompatnya sekiranya tidak ada jambatan. Sedang pahlawan2 berjalan kakinya menyeberang dengan berlari laju, Al Fatruna ternampak jambatan kayu itu hendak patah dua di bahagian tengah. Dia terjun daripada kudanya dan terjun ke dalam sungai dan menahan jambatan itu sehingga semua pahlawan2nya selamat menyeberang jambatan itu. Askar2 Belanda yang mengejar telah terhenti di tebing sungai sebelah sana tidak dan dapat menyeberang sungai itu kerana jambatan itu sudah roboh. Pahlawan2 peribumi sudah selamat pergi jauh daripada tebing sungai itu kerana askar2 Belanda lengkap dengan bersenjata api seperti senapang dan sebagainya boleh menembak mereka kiranya mereka dekat. Askar2 Belanda menunggu di tebing sungai itu buat beberapa ketika sehingga mereka pun balik ke markas. Bagi pahlawan2 peribumi, mereka telah balik ke tempat mereka dan menyangka bahawa Al Fatruna telah mati di timpa jambatan ke dalam sungai. Lagi pun mereka takut hendak ke sungai kerana ada askar Belanda.





4) Beberapa minggu sesudah kejadian itu, seorang perempuan penjual makanan tempatan telah sampai ke tempat itu. Dia hendak menyeberang tetapi tidak boleh melintas kerana jambatan sudah roboh. Dia pun duduk di tebing sungai itu buat seketika untuk berehat. Dia letakkan gendongannya ke tanah, sebuah bakul ceting yang di dalamnya terdapat beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, sebilah keris ( ada yang mengatakan pisau panjang) sebagai senjatanya untuk mempertahankan dirinya daripada diganggu oleh orang2 jahat (dan pisau itu juga boleh digunakan untuk memotong sesuatu). Sambil ia duduk mengesat peluhnya dengan kain selendang pelanginya ( kain ini dugunakan untuk mengendong bakul ceting tadi), pandangannya terhala ke dalam sungai yang berlumpur itu. Macam tidak percaya, dia melihat jari tangan terkeluar daripada permukaan air. Mungkin pada ketika itu air kering sedikit. Dia bergegas turun ke bawah dan dengan begitu susahnya telah dapat mengeluarkan Al Fatruna daripada terbenam dalam sungai buat beberapa minggu lamanya. Dia membersihkan muka Al Fatruna dan mendapati Al Fatruna masih bernyawa, bernafas, masih hidup. Al Fatruna sedar kembali. Perempuan itu telah merawatnya dengan memberi dia makan nasi golong yang berlaukkan botok2.





5) Al Fatruna kembali sihat dan segar. Dia bersumpah, kiranya anak2 perempuannya dari keturunan lelakinya apabila anak2 perempuannya akan dikahwinkan, maka hantaran pihak lelaki selain barang2 yang lain mestilah disertai dengan bakul ceting yang di gendong dengan kain pelangi yang mana di dalam bakul ceting itu ada beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, satu senjata, seperti keris , pisau, dan sebagainya.





6) INGATAN : Coretan di atas adalah sekadar cerita orang tua2 sahaja. Ia bukan syariat islam. Sesiapa di kalangan anak cucu lelaki keturunan Al Fatruna, termasuk Kiyai Haji Abdul Jabbar dan juga Kiyai Haji Ahmad Shah yang rasa seronok meneruskan tradisi keluarga yang unik ini, sila teruskan. Sesiapa yang tidak mahu meneruskan tradisi ini, itu adalah pilihan mereka sendiri.





7) Sekian. Wassalam.











[01/02/2011 bersamaan 27 safar 1432 H (Selasa Keliwon)]









Wokeh...da siap da salah satu hal yang diperbincangkan semasa majlis Hari Keluarga KHAJ nie...pada saya tradisi nie unik sangat..n my cousin ada yang da wat pon...n kalo nak tahu BOTOK2 tue sedap yer!!!!!! Hehehehehe...

















Nie KAIN PELANGI













BOTOK2...ulam-ulaman + ikan + sambal special








NASI GOLONG







Nie la name nyer BAKUL CETING
CARA MENGGENDONG BAKUL CETING







Nie salah satu pasangan family KHAJ

12 April 2019

Bila Diri Disayangi..

Assalamualaikum dan salam ceria..

Bersua lagi di ruangan ini.. dah jarang-jarang nak update story kat blog ni.. ada kekangan yang tak dapat dielakkan. 

Alhamdulillah.. still stay strong.. walaupun kadangkala hampir sahaja aku rebah.. tak mampu rasanya meneruskan perjuangan hidup ini.. rasa hampir putus asa.. tapi sentiasa ingatkan diri.. aku masih ada keluarga.. mak.. bapak.. suami dan anak-anak.. berkat doa mereka buat aku bangun semula..  macam bait-bait lirik lagu ni.. 

Lagu: Bila Diri Disayangi
Penyanyi - Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

bila aku rasa down.. rasa sunyi..aku ingat semula lirik lagu ni..  sebab.. kadangkala kita terlupa orang disekeliling kita yang menyayangi kita.. yang paling penting.. Allah sayangkan kita... fahami dan dalami lirik tu.. korang akan faham maksud disebalik lagu tu.. dan korang akan rasa lebih kuat lepas dah faham maksud yang tersembunyi.. in sya Allah.. 

Cukuplah untuk hari ni Che Mah membebel.. jumpa lagi di lain waktu.. in sya Allah.

Salam Ukhuwah penuh kasih sayang..

15 September 2014

Dilema.. Dilema..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia

 Orang kata.. sambung la belajar.. kan nanti senang.. terus naik pangkat, ambik biasiswa pun boleh.. bukannya aku tak nak sambung belajar.. tapi sekarang ni, aku selesa dengan suasana yang macam ni.. takde laa nak rush kejar dateline.. kat rumah, boleh lepak-lepak dengan anak-anak, tak stress..

 Sebenarnya, bapak pon ada offer kat aku untuk sambung belajar, bila-bila aje.. dia sanggup support aku. kalau boleh sebelum bapak meninggal.. itu pesan dia. Aku jawab.. kalau bapak meninggal dulu sebelum aku sambung belajar, maknanya itu bukan rezeki aku dan aku terima itu sebagai satu ketentuanNya.

 Entahla.. aku mungkin takut untuk ambil langkah pertama.. aku takut masa aku dengan anak-anak terganggu.. biarlah diorang besar sikit.. nanti bila diorang dah faham dan boleh urus diri.. masa tu mungkin aku akan sambung belajar. tapi boleh ke otak aku yang dah berkarat ni nak belajar semula?? teknik belajar pon dah banyak lupa.. hai.. nanti-nanti lah ye..

 setakat ini dulu.. salam ukhuwah dan kasih sayang...

04 September 2014

Dalam Musibah Ada Rezeki

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... Hari ni macam biasalah.. aku bersiap pergi kerja, lepas hantar Syahid ke sekolah, aku patah balik ke Taman Emas Merah, isi minyak. Kat tangan ada RM20.00, so aku isilah Rm15.00. Dapat baki RM5.00, aku terus berdesup ke tempat kerja. Dah nak sampai Plaza Tol Perling, aku baru teringat, yang baki Touch N Go aku tinggal Rm1.90. Alamak!! camne nih? Aku korek-korek beg tangan aku.. cari duit terselit-selit.. pon tak ada... last-last aku nekad.. redah ajelah..

Kat tol gate aku hulur laa RM5.00 ngan kad Touch N Go aku. budak tol tu bagi tau, "tak boleh top up lima ringgit kak, kena sepuluh ringgit. Aku cakap, akak tak bawak cash ni, macam mana? "akak cuba tanya kereta kancil belakang tu pinjan kad dia, sebab kena selang satu kereta, tak boleh swipe kad dua kali berturut-turut" aku turun kereta cepat-cepat mintak tolong dari budak kereta kancil yang dimaksudkan. Budak kereta kancil tu pun nak top up jugak rupanya.. dalam aku mencari bantuan tu.. tiba-tiba ada sorang abang dari lane sebelah yang naik kereta kancil menghulurkan bantuan dengan selamba dia mengeluarkan RM10.00, "nah ambik ni" aku mengucapkan terima kasih kat Abang tu terus aku ke kereta dan bayar top up.. ingatkan nak mintak nombor telefon ke.. nak bayar laa balik duit yang diberi.. tapi bila tengok -tengok dia dah berlalu.. Semoga Allah memudahkan segala urusan abang dan murahkan rezeki Abang... Amin..

 Alhamdulillah.. satu ujian yang Allah beri, dan Allah juga yang beri penyelesaiannya. Sepanjang jalan, bibir ni tak lekang mengucapkan Alhamdulillah.. dalam musibah, Allah masih selitkan rezeki.

01 Februari 2013

Orientasi Syahid lham

Assalammualaikum.. Salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah.. dah sebulan Syahid dalam darjah satu... gambar ni masa Program Orientasi Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Batu 24.. hmm..segaknya anak bujang Ummi ni..





Yang ini pula... semasa Program Minggu Ukhuwah  Tahun 1, Sekolah Agam Batu 24. Pada 2 Januari 2013.
masa ni sessi perkenalan antara guru kelas, pelajar dan ibu bapa..





Ok.. sekian dulu... Salam penuh kasih sayang....

12 Oktober 2012

Panggilan dari Kawan Lama...

Assalammualaikum, dan Salam 1 Malaysia

Naik bersawang blog nih.. sori ler.. tak berkesempatan untuk update citer... miggu lepas, terima panggilan dari kenalan yang laaaamaaa tak jumpa.. kata nak datang kat tempat kerja...

Memang rindu.. Kisahnye camnih.. pada tahun 2001, aku bekerja dengan bapak dia ni.. masa tuh pun dia masih sekolah lagi.. sekarang ni jumpa-jumpa jer dah kawin dan.. anak pon dah satu.. tapi aku follow jugak kisah dia ni kat FB... orangnya masih sama.. masih modest.. tak berubah dari segi attitude.. tanye pasal adik-adik dia.. aku kenal semua family members dia nih.. even bibik dia pon aku kenal..

Aku ingat lagi, Daniel dan Irfan yang nakal.. akulah yang jemput diorang balik sekolah kalau mak diorang tak sempat ambik.. sekarang nih dah bujang-bujang.. ntah ingat ke tidak diorang kat aku.. si Tewa.. sekarang dah sekolah rendah.. masa aku kerja dulu, belum lahir lagi budak nih..  Si Nazierah dan bertunang.. Alhamdulillah.. aku rindu ka korang semua.. semoga Allah merahmati keluarga ini.. Amin...

20 September 2012

Hobi baru.... Kumpul Novel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hmm. menarik tak hobi saya kali ini? Gara-gara membaca novel online, terjebak pula membeli novel secara online.... most of it adalah novel Chenta... best laa jugak.. antara penulisnya Maria Kajiwa, Hanina Abdullah, Julai Esqa. Antara penerbitnya pula Fajar Pakeer, Kaki Novel, Penulisan2U.

Setakat ni aku cuma provide RM50 je untuk membeli novel-novel ni.. since aku masih duduk menumpang kat rumah mertua aku, jadi aku takde tempat yang proper untuk simpan novel-novel ni. aku cuma letak atas almari baju anak aku jer... nanti bila dah pindah rumah sendiri, aku belikan rak khas untuk koleksi novel aku nih.

Rumah yang bakal kami duduk ni ada tiga bilik, so bilik pertama, bilik aku, bilik kedua, bilik Cahed dan Cami.. bilik ketiga aku nak buat bilik belajar & mini library.. hope this dream will realize soon... dah tak larat nak ulang alik Kempas - Ayer Baloi sebenarnya..

Sampai rumah dah malam, masa pun kurang bila dengan Cami.. kesian dia... Aku sampai jer, dialah yang menyambut... Umi...!!!! Okong!! (Ummi.. dukung) kengkadang siap nangis-nangis lagi.. mintak aku dukung.. memang laa anak aku nih drama lebih dan bila dah dukung tuh, tangan dia kat pipi.. diramas pipi aku.. eyam.. eyam... (Geram.. geram.. ) sambil ngetap-ngetap bibir.. konon geram sangat laa tuh. aduuh.. sakit tau.

Hmmh.. melalut laa pulak aku.. tak selari dengan tajuk.. ok laa.. setakat ini dulu, lain kali kita cerita lagi..

Salam Ukhuwah....

21 Jun 2012

Sebulan hidup di Kampung...

Assalam.. dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... diam tak diam hampir dua bulan aku tinggal di kampung.. that means kos minyak keta meningkat dua kali ganda... keletihan dan kepenatan juga bertambah dua kali ganda.. masa yang dikorbankan juga bertambah dua kali ganda... ini bermakna masa aku bersama anak-anak juga semakin sedikit.. kesian si kecik Cami... hanya ada beberapa jam saja untuk bersama aku... kalau Si Abang Syahid Ilham bersama aku jam dari 6 petang, Syahmi Isyraf pula akan bersama aku pada jam 7 malam.. kerana pada jam 7 malam aku baru sampai rumah. Itu pun kalau dia tak tidur... kalau dia tidur, alamat tak jumpa laa dengan aku..

Hmm.. kengkadang hampir terlepas waktu maghrib aku sebab melayan anak2 dulu... lepas tu baru boleh mandi.. then baru boleh solat maghrib.. itu pun terkejar-kejar dan sembunyi-sembunyi.. bukan apa, anak-anak ni kalau aku balik kerja, masing-masing tak boleh hilang kelibat aku.Terutama si Syahmi ni.. mula la dia melalak ,kesian kat bapak mertua aku yang tengah berwirid. So aku kena tangguhkan dulu niat aku nak mandi, pujuk dia atau tak pun aku kena tunggu Suami aku siap solat Maghrib, bagi Syahmi kat dia, baru aku pegi mandi..

Sungguhpun aku penat, letih dan kadangkala 'termengamuk' kat diorang berdua nih.. aku rasa bahagia... kesusahan dan kepenatan aku tanggung hilang... terhibur dengan keletah diorang... anak... anak... kau lah racun.. kaulah penawar.. aku cuba untuk tidak marah-marah... namun begitu, kadangkala aku kalah mengawal emosi bila berdepan dengan anak2 nih.. kesabaran aku boleh goyah bila masing-masing buat perangai.. rasa aku dah jadi 'green monster with red eyes'.. itu yang aku gelar diri aku bila dah mengamuk... tapi tahap maksimum aku marah.. bila aku dah tak bercakap langsung dengan orang yang aku marah. Pada tahap ini.. buatlah apa saja.. aku tak akan layan, tak akan beri respon atau apa saja... 'simply ignore'.. maka tahulah orang yang dimarah.. biasanya Syahid Ilham yang kena silent treatment ni..dan dia dah faham bila aku tak bercakap dengan dia, bila dah berkali-kali aku mintak dia buat sesuatu atau tegah dia buat perkara tak elok, ini sajalah caranya.. dan akhirnya dia akan minta maaf. Masa tu aku terangkan kenapa Ummi dia ni suruh kemas barang-barang dia, atau kenapa Ummi dia ni tak kasi dia pukul adik atau bergurau kasar dengan adik.

Ni satu lagi hal dengan Syahid  Ilham, dia ni kalau bergurau dengan Syahmi, memang laa tak beringat.. kengkadang tu..  main langgar jer adik dia.. dah jatuh la si adik, melalak laa si adik. Bila Syahmi tak puas hati, dia cubit abang dia.. mula laa balas membalas. Memang riuh laa rumah... tapi apa-apa pun.. aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ujian ini.. kerana ujian ini aku sekeluarga lebih rapat dan lebih menghargai masa bersama.

Akhir kata, salam penuh kasih sayang....

01 Jun 2012

Buku Baru Untuk Syahid Ilham

Assalam dan Salam Sejahtera...


Buku Matematik

 Inilah buku baru tu... Syahid Ilham suka buat latihan matematik nih... tapi tak berapa minat membaca.. so aku belikanlah dia buku latihan matematik nih. Sebagai galakan untuk dia belajar. Maklumlah sekarang ni kan cuti sekolah.. daripada dia bermain dari siang sampai ke petang, at least dia ada buat latihan kat rumah.. 

Ok, sekarang aku nak citer sket pasal buku nih.. Perbit buku nie Cerdik Publication. Sedikit mengenai penulis, Dr. Saayah Abu, bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Bidang pengkhususan beliau adalah Pendidikan Awal kanak-kanak.

Ini adalah antara kandungan yang terdapat dalam buku nih..







Dalam dia banyak gambar berwarna warni.. aku yang tengok pon rasa seronok.. harap-harap Syahid pon seronok nak buat latihan nih..

Setakat ini dulu... Salam penuh kasih sayang...

30 Mei 2012

Novel Sutera Bidadari Dah Sampai...

Assalam dan salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah....  aku dah terima Novel Sutera Bidadari... sesiapa yang mengikuti kisah Laksamana Sunan, ini adalah kesinambungan dari kisah Cinta Sufi karya Ramli Awang Murshid... Mula-mula aku buka novel ni tak perasan ada autograf kat first page tu.. ye laa.. eksaited nak baca kisah.. terus la buka n baca.. tak tengok2 pon first page tu...

Then bila kali kedua aku buka novel ni,  terselak la page pertama... alamak... ada autograf laa... bestnyer... terima kasih laa kepada Encik Ramli Awang Murshid sebab sudi tandatangan novel untuk saya.. terima kasih kepada Encik Feroz, beliaulah  yang memproses pembelian novel ni melalui KELABRAM. Kalau korang nak novel yang berautograf boleh la pesan kat sini. Sekarang ni aku nak menikmati kisah Laksamana Sunan dan sahabat2nya.. Selamat membaca....

Salam kasih sayang..... ^___^ 

29 Mei 2012

Kamera Baru....

Assalam.. nak bagitau aku baru beli kamera baru... sebab dah terhilangkan kamera yang lama..
Brand: Olympus
Model:VG-140
Warna: Biru

Ini hasil percubaan kamera baru....





First gambar diambil waktu malam


Gambar diambil waktu siang...




Amik gambar ni dalam kereta..

Gambar dalam gelap.. guna flash

Ni gambar masa siang...

Gambar waktu pagi.. on the way gi kerja



Gambar yang dua ni masa diambil dalam Dewan

Salam ceria semua..

23 Mei 2012

Beli Rumah...... Hikmah Disebalik Ujian

Alhamdulillah.... Inilah hikmah kitorang kena 'halau' dari rumah sewa ari tuh.. walaupun lambat, tapi kami bakal memiliki rumah sendiri tak lama lagi... Insya Allah... doakan semuanya berjalan lancar yer...

Kalau kitorang tak dihalau ari tuh, mungkin sampai sekarang ni pun kami belum buat perancangan untuk membeli rumah. Tapi apabila dapat tahu tuan rumah nak rumah dia balik, kitorang mula plan cari rumah untuk disewa. Tapi memandangkan sewa agak mahal, kitorang buat keputusan cari rumah untuk  di beli. Walau lebih mahal, tapi at least, rumah tu akan jadi milik kami akhirnya. Begitu tersusunnya perancangan Allah untuk kami sekeluarga.

Sekarang ni tengah adjust dengan masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh jika dibandingkan dengan dulu masa duduk kat Pekan Nanas. Tapi ini semua bersifat sementara.... Insya Allah.. kami akan berusaha untuk bertahan dan bersabar dengan ujian ini.

Bukan senang nak senang... dan bukan senang nak dapat benda yang baik.. semua ada ujiannya.. bila dah diuji.. dan akhirnya dapat apa yang dikehendaki.. rasa kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala kepayahan dan kesukaran rasa terbayar dengan hasil yang diperoleh.

Salam penuh kasih sayang.....

20 Mac 2012

Beshdey....Kursus.....dan Program Outreach...

Assalam... Dah hampir dua minggu tak update... alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia aku.. dah bertambah setahun... lagi.. dan aku bersyukur... kerana walaupun hidup aku tak mewah.. tapi aku bahagia dan Allah beri aku kekuatan dan kesabaran... alhamdulillah...

16 Mac... aku sambut ulangtahun yang ke.. 33 tahun.. maknanya makin pendek usia aku.. so apa yang ko dah achive setakat 33 tahun hidup ni Mah?? hmm.. adalah kereta sebijik, tu pon blom abis bayar... moto satu.. rumah... coming soon.. how soon? ntah laa.. nti lah.. pelan.. pelan.. satu.. satu... maybe abis baya kreta nti kot... tapi tak per laa.. walaupun aku belom ada rumah sendiri... walau kengkadang jeles gak kat kengkawan yang dok asik citer pasal beli-beli rumah nih.. aku control perasaan.. aku tahan nafsu ... aku tahu kemampuan aku ngan Abang... bukan tak nak beli rumah.. tapi belum mampu... anyway... walau aku belum mampu... bukan tak mampu.. belum mampu... aku rasa apa yang ada sekarang nih pon dah ok... boleh laa.. ada rumah.. walaupun sewa... makan kami sekeluarga pon cukup.. anak2 tak pernah berlapar.. beras tak penah putus .. stakat ni laa... alhmdulillah... tapi kalau lain kali Allah nak uji... aku tak tahu... tapi aku harap kami sekeluarga dapat bersabar dan diberi kekuatan...Insya Allah..


17 Mac.. Jabatan aku anjurkan Kursus Pengurusan Pertubuhan... ramai laa jugak pesertanya.. dalam 160 orang.. terdiri dari pelbagai pertubuhan.... ada kebajikan, ada persatuan penduduk... ada persatuan penganut... pendaftaran pukul 8.00 pagi... tetamu kehormat hari tu.. YB Nur Jazlan bin Mohamed.. Ahli Parlimen Pulai.. pum.. pam.. pum.. pam... Majlis abis pukul 1.30 petang... Siap kemas jer.. kitorang bergegas ke Kahang untuk Program Outreach JPPM Negeri Johor. Sampai Kluang, pukul 6.00 petang.. Bermalam di Hotel Anika..
18 Mac... Pagi-pagi lepas sarapan, dalam pukul 7.45 pagi.. kami bertolak ke Kahang coz Program tu bertempat di Dewan Serbaguna Kahang...

Sepanjang Program Outreach...

Sampai di Kahang lebih kurang jam 9.00 pagi...  aku ngan Kak Mas handle Pendaftaran.. yang lain, menyediakan dewan.. dan persiapan pelancaran Rakan ROS dan Program Anak Angkat JPPM Negeri Johor.. program ini berakhir jam 1.30 petang...  kami kemudiaanya diiringi oleh EZ Bikers menuju ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Johor (PKAYIK) kami dibawa melawat asrama puteri.. bagi pelawat wanita.. dan asrama putera bagi pelawat lelaki.. semasa aku berjumpa dengan anak-anak ini, hati aku diruntun sayu... terharu.. dan aku kagum dengan semangat mereka.. kecil-kecil lagi ditinggal Ibu dan ayah.. cekal sungguh hati mereka... saat ini, air mataku pasti bergenang bila aku ingat lagi detik-detik itu..

Semasa di PKAYIK


Alhamdulillah.. semua urusan selesai... kami bertolak dari Kluang lebih kurang jam 4.30 petang menuju ke Simpang Renggam... ke kampung salah seorang kakitangan JPPM Negeri Johor, Siti Muslimah... Mak si Siti ni buat Kenduri... so kitorang dijemput untuk datang ke Majlis tu.. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5 lebih, kami sampai di rumah Siti dan kami dijamu dengan nasi ambeng... mmmm... sedaap... alhamdulillah.. kenyang.. Terima kasih daun keladi.. makcik, pakcik... Insya Allah.. lain kali kami datang lagi...

Dalam kalut-kalut menguruskan pogram dua hari tu.. tanpa aku sedari, aku kehilangan kamera kesayangan aku... hmm... ujian lagi.. sabar jer laa... nak buat cam ner.. dah ilangkan.. so redho jer laa.. ini sebagai peringatan untuk aku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang...

Setakat ini dulu.. jumpa lagi di lain masa... Insya Allah... Salam penuh kasih sayang....

18 Februari 2012

Sandwich Telur Simple

Assalam... dan salam 1 Malaysia...


Ini adalah menu sarapan kami tiga beranak pagi ni... Sandwich telur ngan roti kaya... bersama air teh O...

Bila citer pasal sandwich telur nih..sebenornye inilah sarapan paling mudah di buat dan berkhasiat.. terutama sekali untuk anak-anakyang kurang berat badan ... macam Syahid dan Syahmi....

Ok..

Mula-mula sediakan bahan-bahannya...

2 biji telur
1 sudu besar mentega
3 sudu  mayonis
sos cili (kalau anak-anak nak pedas)
Roti secukupnya
3 helai kobis - untuk dibuat coleslaw

Cara membuatnya pula...

Membuat coleslaw:

Racik halus-halus daun kobis dan ambil 1 sudu mayonis. gaul sehingga rata. (boleh taburkan sedikit garam kalau suka, tapi saya tak tambah sebab mayonis tu dan cukup rasa.)

Membuat sandwich:

1. Mula-mula panaskan kuali... cairkan mentega.. selepas itu,
2. Masukkan telur, masak sambil hancurkan... macam buat scramble egg laaa..
3. Dah masak, angkat, dan campurkan mayonis tadi... gaul sehingga rata. Boleh juga letak lada hitam kalau suka.
4. Ratakan campuran telur dan mayonis tadi ke atas sekeping roti dan tambahkan sos cili. (Sos cili ni terpulang mengikut selera masing-masing.)
5. Kemudian, letak coleslaw atas sos cili tadi dan
6. Tangkupkan dengan sekeping roti yang lain..


hhmm.. boleh paham tak nih? mudah jer... selamat mencuba....  : )

30 Disember 2011

Orientasi Pra Sekolah - Syahid

Assalammualaikum..

Alhamdulillah... semalam dengan rasminya Syahid Ilham menjadi sebahagian dari warga Sekolah Kebangsaan Batu 24, Pekan Nanas bila telah didaftarkan di Pra Sekolah.. pagi semalam setelah membayar yuran.. ada program orentasi dan taklimat untuk ibu bapa... belum apa-apa Syahid dah ujan bila aku tinggalkan dia sekejap.. pas tu kitorang masuk balik ke dalam bilik Pra Sekolah tu. dan dia masih lagi ujan.. sampai kena tegur ngan guru besar... aku perati jer... saja tak nak dia nampak aku..


Masa ni Syahidtak prasan aku lagi.. dok melayan air mata...

Antara ibu bapa yang hadir.. Khusyuk mendengar taklimat Guru Besar

Then, budak-budak di panggil ke belakang kelas, diberi permainan. Ibu bapa bermesyuarat untuk melantik AJK Badan Permuafakatan Pra Sekolah.. ni macam PIBG laa, tapi hanya peringkat  Pra Sekolah sahaja. Namun demikian menurut Cikgu Rahimah, guru Pra Sekolah, jika ada mesyuarat semua ibu dan bapa pelajar akan dipanggil agar keputusan dapat diterima sebulat suara.

 
hmm.. adik pon nak join.. huhuhu..
Selain dari itu, kami juga dimaklumkan sekiranya ada ibu bapa yang berhajat untuk menyambut ulangtahun anak2 di Sekolah, hendaklah memaklumkan kepada pihak Pra Sekolah melalui Cikgu Rahimah, ini kerana beliau yang akan mengaturkan program-program tersebut.

Program Oreintasi ni berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi.. hmm.. setakat ini dulu... 

Salam kasih sayang...

21 November 2011

Hujung Minggu di Pekan Nanas

Assalam dan Salam 1 Malaysia....

Hmm... camner hujung minggu korang?? Seronok cuti dua hari...? Minggu ni kirorang pakat tak balik mana-mana kampung... so stay jer laa kat Pekan Nanas. Kalau nak diikutkan perancangan, kitorang nak bawak anak-anak ke taman permainan berhampiran semalam, tapi memandangkan hari hujan, terpaksalah tunda sehingga diberitahu kelak.. Semalam anak-anak Ibu datang umah.. petang baru aku buatkan sandwich untuk bebudak tuh.. sandwich simple jer.. tapi belum sempat nak snap, dah licin dah.. nak buat camno.. tak per laa.. nti lain kali aku share ngan korang cerita pasal sandwich nih..

Semalam aku rasa ralat laa jugak bila hempon aku tak berfungsi dengan sempurna, kata makna lain, rosak da.. meragam laa pulak.. kita boleh dengar suara orang yang menalipon kita, tetapi orang yang menalipon tak dapat dengar suara kita.. so berhelo-helo laa aku semalam.. sedih betul laa.. nak buat macam mana nih.. nak hantar gi kedai, poket dah tipis nih.. so aku nekad guna sms jer la... pagi tadi, aku dapat idea, cuba laa offkan dulu hempon nih.. pastu cuba on balik... bila on balik, aku cuba call officemate, alhamdulillah... ok laa pulak. pas tu tak puas hati, aku cuba call Ibu.. berjaya!! maknanya, hempon aku dah ok... mungkin semalam dia pening kot.. bila Syahid dok main game jer.. hampon aku demam laa sekejap. Bila dah direset balik, ok laa jadinya.. So aku rasa kita pon macam tuh.. kengkadang tuh badan ni rasa lemah-lemah jer, demam laa.. Itu tandanya badan kita memberi isyarat untuk kita berehat... rehat sehingga sembuh.. tapi bukan laa bermakna bila kita demam, tak perlu buat sebarang kerja... buat sekadar ikut kemampuan. Kalau tak mampu, rehat laa..

Lagi satu, bila dah tension buat kerja-kerja kat opis, apa kata, berehat seketika... buat benda lain dulu.. Jangan pandang dulu kerja-kerja yang mendatangkan tension... nanti semakin banyak salah atau semakin tak tentu hala jadinya. Take five dulu.. tarik nafas panjang-panjang... lepas tu baru sambung kerja.. Insya Allah... bila dah kurang tension tuh.. barulah boleh selesaikan tugas.

Hmm.. ok laa.. setakat ini dulu. berjumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...

26 September 2011

Klik..Klik..Aidilfitri..

Ni Gambar sebelom raye... mata tepejam laa plak....



Tengah pilih baju raye...




Ni antara hasil kerjasama Aku ngan Ibu


Semasa hari Raya....




Di pagi raya..... selepas tahlil anak beranak.. dan bermaaf-maafan





Ni gamba semasa tahlil di sebelah keluarga mertua....

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...