30 Jun 2011

Majlis Penyampaian Sijil JPPM Negeri Johor

As salam... dan Salam Satu Malaysia....

Kabare? Waras? Yo... Alhamdulillah. Tapi aku yang kurang sihat.. kena demam selsema laa pulok.. nak buek camno... terima je laa.. ini pun nikmat.. ye tak??

Kat bawah ni adalah antara gamba yang dapat aku snap semasa Majlis Penyampaian Sijil JPPM Negeri Johor...

Kak Mas, En. Mus, Hana & Kak Bie


Apalah yang dibincangkan.. serius nampaknya.. En. Enal bercerita...





Ini En. Steward.. officer yang dipinjamkan oleh SP Setia untuk memantau bangunan KDN..
hmm. OK la.. setakat ini dulu.. salam ceria..

15 Jun 2011

Kereta Dah Baik...

Assalam dan salam Satu Malaysia ...

Kereta dah OK.. hari Isnin lepas aku amik dengan bayaran RM935.00 tunai.... Naper kena bayar yer? Kan kitorang claim insuran... tak dapat nak cover dik... nilai pasaran kereta kitorang tuh 16000.00. Tapi kitorang cuma buat RM 10000 sahaja, aku pun tak berapa nak paham term insuran nih... tu yang kena bayar sendiri.. tak pe laa buat pengajaran.. lepas ni jangan asik nak mintak tolong orang jer, blaja uruskan sendiri..

Alhamdulillah.. walaupun masih trauma, aku dapat drive dengan selamat semalam.. masa lalu kat tempat kejadian tuh.. hati ni berdebar-debar.. dan secara automatik teringat kejadian tuh.. seriau jugak laa.. tapi dah terpaksakan.. redah je laa.. baca selawat banyak-banyak dalam hati nih..

So.. Layan la gambo-gambo nih...



 

 


Dah OK kan??

Lepas amik kereta, jom mandikan dia.....


 Kerja-kerja membersih kereta sedang dijalankan

Semoga sentiasa ceria dan berbahagia selalu....

12 Jun 2011

Annversary... Yang ke-6

Assalam...

Ehsan En. Gugel

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang keenam.. diam tak diam dah enam tahun kami bersama... banyak suka dan duka ditempuh bersama.. susah dan senang juga bersama.. alhamdulillah.. setakat ini kami masih mamppu bertahan... kerana ada pengikat kasih kami.. Syahid Ilham dan Syahmi Isyraf... merekalah pendorong kami supaya menjadi kuat dan tabah.. mereka juga menjadikan kami lebih bertanggungjawab.

Sebagai ibu dan bapa, kami berharap dan berdoa agar mereka menjadi insan berguna dan berilmu...sedikit sebanyak ilmu dunia dan akhirat diberi sedikit demi sedikit.. nilai-nilai murni diterapkan dalam kehidupan seharian...

Kepada Cik Abang Sayang... enam tahun perkahwinan kita ni, banyak ilmu yang saya dapat.. terutama untuk mejadi seorang yang lebih bersabardan tabah.. namun dalam mengharungi onak dan ranjau perkahwinan ini.. kadangkala ada ujian yang terlalu berat untuk diharungi.. sehingga terasa seolah-olah saya seorang yang menghadapinya.. saya terlupa yang awak juga mengalami masalah itu bersama-sama saya.. maafkan kekhilafan diri saya ye... semoga pengalaman ini menjadikan kita manusia yang lebih matang dan semoga kita berjaya mendidik anak-anak kita....

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Keenam... semoga jodoh kita berpanjangan... Amin....

Ummi dan Abah..

Daisypath

Syahid Ilham

Lilypie Kids Birthday tickers

Syahmi Isyraf

div style="margin-auto;text-align:center">Daisypath Happy Birthday tickers

Syamil Irsyad

Lilypie Kids Birthday tickers