28 Januari 2011

Jumaat yang dingin... di Johor Bahru..

Salam Jumaat dan salam satu Malaysia...

Kabare..?? aku harap sihat dan ceria hendaknya.. pagi tadi cuaca ok jer.. tapi bila menjelang tenghari.. cuaca mula bertukar rupa.. kat dalam opis nih mulaa rasa sejuk.. macam dalam peti ais laa plak.. kalau rasa sejuk tahap gaban nih. biasanya kat luar tu ujan.. bila tengok celah tingkap.. sah.. ujan lebat.. sampai tak nampak Singapura.. iye laa kalau setakat TJB ni.. memang dah dekat ngan tambak tu.. dok tingkat 14 memang laa nampak jelas kota singa tu.. tapi memandangkan ujan yang amat lebat.. nakpak putih je lerr ..


 

Gambar Ihsan En. Gugel..

Sape yang pernah sampai ke Wisma Persekutuan Johor Bahru.. mesti laa nampah bangunan nih.. sebab ianya terletak berhadapan dengan Wisma Persekutuan Johor Bahru.. Jabatan aku di tingkat paling atas.. tingkat empat belas.. atau penthouse.. tapi dalam bulan Februari nanti.. jabatan ni akan berpindah ke Kempas.. Taman Setia Tropika to be exact... citernya macam dah lari tajuk jer hmm. k. laa selamat menikmati tengahari anda dan salam ceria  .........


19 Januari 2011

Kotak Simpanan

Salam 1 Malaysia...

Amacam.. ari ni ceria tak?? Maybe ada yang rasa hepi, kurang hepi... tapi camno nak menceriakan atau mendapatkan semula mood ceria tuh? Hmm.. ada yang  suka tengok citer-citer kelako.. ada yang gi shopping.. ada yang menyanyi.. ada yang senyum sorang2 dan sebagainyer laa kan.. mmm apa yang dibebelkan ni Cik Mah oiii.... tapi apa-apa pon aku harap sapa-sapa yang baca n3 ni sentiasa ceria dan bersemangat kan?kan?kan?

Ok laa cukup dulu pasal ceria meria nih.. aku nak share ngan korang citer pasal kotak simpanan atau storage box yang aku bli awal bulan 11 2010..

Taa daa... Inilah kotaknyer..



Memandangkan harganya murah.. 1 sepuluh hengget jer pada aku kira murah laa tu tak tau pulak kat tempat korang .mungkin lebih murah kot..  Aku bli laa 5 kotak skali.. hmm pastu.. muat-muat jer masuk bawah katil. Memang seswai.. selamat tak kena abuk, tikus pon tak masuk.. bukan apa buat simpan baju2 Cami yang dah tak muat.. nti mana tau dapat adik lagi.. hmm dah berangan nak tambah lagi?? bole  laa guna semula baju2 tu.

Most of kotak tu aku dah isi baju2 Cami n Ayed. Sebahagiannya aku guna untuk simpan handbag aku yang aku tak guna tapi sayang nak buang... nti laa.. tengok sampai ujung tahun ni.. kalau tak guna gak.. maka hukumnya kene laa bagi kat orang,  itu pon kalau beg2 tu masih elok dan ada orang yang nak...

Hmm ok laa.. setakat ini dulu..  Salam sayang dan ceria :)




18 Januari 2011

GA Kak Yong - 3rd Blog Besday..
























Salam Satu Malaysia,

Ni adalah kali pertama aku join apa2 contest.. aku amat memerlukan blog make over nih sebab aku belom ada pengetahuan yang cukup  untuk mengubahsuai blog nih...
Apa-apa pon, aku berharap Kak Yong dapat pilih aku sebagai pemenang kategori kedua nih. ;)

Salam sayang dan ceria....


14 Januari 2011

Wajah Terkini..

Salam Satu Malaysia...


Sempena hari Jumaat yang mulia ini.. aku mengambil kesempatan untuk memberi wajah baru pada Blog aku..dengan penampilan yang baru.. amacam.. mengancam tak??


Dengan wajah baru ni.. aku harap dapat terus berblog dan menambah kenalan dari seluruh pelusuk tanah air... Setakat ini dulu...

13 Januari 2011

Menu malam ini...

Selamat malam dan salam satu Malaysia..

malam ni kitorang makan ayam masak ungkep ... ngan sayo campo jer..




Untuk ayam masak ungkep ni.. bahan2 yang diperlukan

Bahan A
Segenggam ketumbar
sedikit jintan
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sedikit halia
sesudu serbuk kunyit/ kunyit hidup
sebatang serai

Bahan B
Ayam (agak2 cukup untuk hidangan 4 orang)
Sebiji kentang - terpulang samada mahu di tambah atau tidak.
Minyak masak- dalam 2 sudu makan
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya pula...

1. Mula -mula tumbukkan bahan- bahan A hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Tumis
hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak. Tambahkan air, garam dan sedikit
gula dan sedikit asam keping dan kentang, kemudian tutup sehingga masak.
4. Hidangkan.




Selamat menjamu selera.....

11 Januari 2011

Bunga Oh Bunga....



Salam Satu Malaysia...
Ha.. ari nih aku nak ajak korang tengok gambo2 bunga yang aku amik kat kampung...
ni bunga labu... gambo ni aku amik kat kampung Parit Rambai
Ni.. gambo bunga bendi... aku amik gambo nih kat Kg. Pt. Maklumi, Ayer Baloi.. Kg. Abang Sayang...

ni bunga kekwa.. ni salah satu gambo favorite aku.. dengan efek air embun tu.. memang bekenan laaa...

So.. setakat ni dulu.. len kali kita jumpa lagi...

05 Januari 2011

Syahid Ilham...Hari Pertama Ke Sekolah..

Hari Isnin yang lepas adalah hari pertama Syahid ke Sekolah.. Tadika Kemas PCM, Pekan Nanas. Alhamdulillah pagi tu tak lah meragam sangat nak gi sekolah.. Pagi tu aku amik Hakimi dulu sebab Ibu mintak tolong aku uruskan pembayaran yuran dia sekali. Sukalah Si Syahid ada kawan. Sampai sana aku pulak yang nebes, kalut semacam.. sampai tak sempat amik gambar.. bukannya apa tengok ramai anak-anak yang nangis.. akau naik risau pulak.. menangis ke tak Si Syahid nih nanti..

Jumpa Cikgu dia, bayo yuran dan duit baju, settlekan bayaran si Hakimi, aku pon terus angkat kaki. Aku nengok Syahid ok jer..Alhamdulillah.. tak nangis pon... So aku tinggalkan dia. Bukan apa, tak nak dia nangis bila aku stay lama-lama.

Then aku gi Opis jap.. settlekan hrmis.. tengah hari tu aku call dia.. tanye nangis tak kat sekolah? dia cakap tak.. cuma nangis bila Kimi muntah kat buku dia..
Aku: Tadi nangis tak kat sekolah?
Syahid: Tak.. Nangis .. Kimi tu muntah kat buku ayed kan...
Aku: Abis balik tadi nak apa? Van ke bas?
Syahid: Naik bas.. Best.. geduk.. geduk..
Aku: Esok nak naik bas lagi tak..
Syahid: Nak...

Itu antara perbualan yang aku dapat ingat laa kan..

Ummi dan Abah..

Daisypath

Syahid Ilham

Lilypie Kids Birthday tickers

Syahmi Isyraf

div style="margin-auto;text-align:center">Daisypath Happy Birthday tickers

Syamil Irsyad

Lilypie Kids Birthday tickers