25 Februari 2011

Update Hobi Baru...

As Salam... Dan salam satu Malaysia...


Hari ni baru berkesempatan update entry nih.. alhamdulillah.. dah berjaya jahit manik kat baju .. tapi tak la berapa kemas.. first attemp nih.

Baju Sebelum di modified...



Bahagian Lengan yang modified... 


buat bahagian lengan jer.....ucapan terima kasih kepada empunye blog senijahitan.com, imass kerana dengan tunjuk ajar dan panduannya..siaplaa lengan baju nih.. sebarang komen dialu-alukan.. 
Salam ceria dan kasih sayang... ;)

16 Februari 2011

PENGKISAHAN BUDAYA KELUARGA KIYAI HAJI ANDUL JABBAR NERKAITAN HANTARAN BOTOK2 DAN NASI GOLONG DENGAN BAKUL CETING...






Oleh : HAJI ABDUL SALAM BIN HAJI AHMAD SHAH (G2)





Pengkesahan urutan Sejarah :





1) Mengikut cerita yang di kisahkan daripada arwah bapak saya Haji Ahmad Shah da juga daripada arwah ibu saya Hajah Khadijah dan juga di perkukuhkan oleh abang saya arwah Haji Abdul Mokti, bahawa kita semua ini adalah keturunan daripada orang hebat2 belaka. Mereka terdiri daripada pahlawan2 besar dan juga ahli2 sufi yang ternama. Kebanyakan mereka memang ahli sufi ternama, pendakwah hebat, dan juga pahlawan yang handal.









2) Tempat : Di Tanah Jawa.

Kita semua daripada Tanah Jawa. Kita anak Jawa. Pada zaman Belanda, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, di mana orang2 Jawa sudah mula berani mengangkat senjata menentang habis-habisan tentera Belanda dengan semangat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajah, penindasan dan penaklukan tanah air mereka, Indonesia. Telah muncul di kalangan ulama’2 sufi unggul di pulau Jawa mengetuai pahlawan2 watan melawan, menyerang, berperang dengan Belanda. Salah seorang daripada ulama’2 sufiyang menjadi ketua , atau general dalam bahasa moden sekarang adalah datuk moyang kita yang bernama “AL-FATRUNA”. (Al Fatruna adalah berketurunan ARAB).





3) Dalam satu pertempuran dengan askar2 Belanda, kumpulan berkuda yang dia mengepalai tidak ramai tetapi yang berjalan kaki pula ramai. Pada ketika itu, pahlawan2 peribumi anak2 watan yang berjalan kaki yang hanya bersenjatakan panah, parang panjang, tombak, keris dan lain2 senjata traditional yang mereka dapat adakan telah menunjukkkan tanda2 hendak kalah. Mereka kene mengundur dahulu untuk berkumpul semula dan menyusun strategi baru untuk menyerang kembali. Kalau tidak mereka berbuat demikian, mungkin lebih ramai lagi akan mati dan mereka akan kalah teruk. Al Fatruna telah mengarahkan pejuang2nya berundur. Mereka menyeberang satu jambatan kayu merentasi sungai yang agak lebar juga dimana kuda2 mereka tidak boleh melompatnya sekiranya tidak ada jambatan. Sedang pahlawan2 berjalan kakinya menyeberang dengan berlari laju, Al Fatruna ternampak jambatan kayu itu hendak patah dua di bahagian tengah. Dia terjun daripada kudanya dan terjun ke dalam sungai dan menahan jambatan itu sehingga semua pahlawan2nya selamat menyeberang jambatan itu. Askar2 Belanda yang mengejar telah terhenti di tebing sungai sebelah sana tidak dan dapat menyeberang sungai itu kerana jambatan itu sudah roboh. Pahlawan2 peribumi sudah selamat pergi jauh daripada tebing sungai itu kerana askar2 Belanda lengkap dengan bersenjata api seperti senapang dan sebagainya boleh menembak mereka kiranya mereka dekat. Askar2 Belanda menunggu di tebing sungai itu buat beberapa ketika sehingga mereka pun balik ke markas. Bagi pahlawan2 peribumi, mereka telah balik ke tempat mereka dan menyangka bahawa Al Fatruna telah mati di timpa jambatan ke dalam sungai. Lagi pun mereka takut hendak ke sungai kerana ada askar Belanda.





4) Beberapa minggu sesudah kejadian itu, seorang perempuan penjual makanan tempatan telah sampai ke tempat itu. Dia hendak menyeberang tetapi tidak boleh melintas kerana jambatan sudah roboh. Dia pun duduk di tebing sungai itu buat seketika untuk berehat. Dia letakkan gendongannya ke tanah, sebuah bakul ceting yang di dalamnya terdapat beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, sebilah keris ( ada yang mengatakan pisau panjang) sebagai senjatanya untuk mempertahankan dirinya daripada diganggu oleh orang2 jahat (dan pisau itu juga boleh digunakan untuk memotong sesuatu). Sambil ia duduk mengesat peluhnya dengan kain selendang pelanginya ( kain ini dugunakan untuk mengendong bakul ceting tadi), pandangannya terhala ke dalam sungai yang berlumpur itu. Macam tidak percaya, dia melihat jari tangan terkeluar daripada permukaan air. Mungkin pada ketika itu air kering sedikit. Dia bergegas turun ke bawah dan dengan begitu susahnya telah dapat mengeluarkan Al Fatruna daripada terbenam dalam sungai buat beberapa minggu lamanya. Dia membersihkan muka Al Fatruna dan mendapati Al Fatruna masih bernyawa, bernafas, masih hidup. Al Fatruna sedar kembali. Perempuan itu telah merawatnya dengan memberi dia makan nasi golong yang berlaukkan botok2.





5) Al Fatruna kembali sihat dan segar. Dia bersumpah, kiranya anak2 perempuannya dari keturunan lelakinya apabila anak2 perempuannya akan dikahwinkan, maka hantaran pihak lelaki selain barang2 yang lain mestilah disertai dengan bakul ceting yang di gendong dengan kain pelangi yang mana di dalam bakul ceting itu ada beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, satu senjata, seperti keris , pisau, dan sebagainya.





6) INGATAN : Coretan di atas adalah sekadar cerita orang tua2 sahaja. Ia bukan syariat islam. Sesiapa di kalangan anak cucu lelaki keturunan Al Fatruna, termasuk Kiyai Haji Abdul Jabbar dan juga Kiyai Haji Ahmad Shah yang rasa seronok meneruskan tradisi keluarga yang unik ini, sila teruskan. Sesiapa yang tidak mahu meneruskan tradisi ini, itu adalah pilihan mereka sendiri.





7) Sekian. Wassalam.











[01/02/2011 bersamaan 27 safar 1432 H (Selasa Keliwon)]









Wokeh...da siap da salah satu hal yang diperbincangkan semasa majlis Hari Keluarga KHAJ nie...pada saya tradisi nie unik sangat..n my cousin ada yang da wat pon...n kalo nak tahu BOTOK2 tue sedap yer!!!!!! Hehehehehe...

















Nie KAIN PELANGI













BOTOK2...ulam-ulaman + ikan + sambal special








NASI GOLONG







Nie la name nyer BAKUL CETING
CARA MENGGENDONG BAKUL CETING







Nie salah satu pasangan family KHAJ

08 Februari 2011

Hobi Baru.. Jahit Manik..

Salam Satu Malaysia...




Gambar ehsan En. Gugel

Erm.. ari ni nak share laa hobi aku yang baru.. jahit manik.. tengah mencoba-coba jahit manik... masih diperingkat permulaan... baru cuba jahit kat kain perca.. belum brani nak jahit baju.. apa2 pon.. at least aku mencuba.. nti kalau dah siap satu baju.. aku upkan gambonye k....

Menghimpun Kasih Keluarga Kiyai Haji Abdul Jabbar (KHAJ)


Salam Satu Malaysia...
 
Hari ni aku nak share Program Menghimpun Kasih Keluarga Kiyai Haji Abdul Jabbar yang berlangsung pada 4 dan 5 Februari yang lepas.. memang seronok.. jumpa sedara mara... yang tak kenal pon jadi kenal... memang itu la tujuan program ni diadakan.. dianggarkan dalam 200 hingga 300 orang yang hadir ke Program ni.. setiap keluarga anak2 KHAJ ni di sediakan satu booth.. so sekarang ada tiga belas orang anak, so ada tiga belas booth laa.. n setiap booth dikehendaki menyediakan door gift untuk orang dewasa dan jajan untuk anak2 kecil.. selain dari itu juga sarapan pagi juga disediakan di setiap booth.. ikut kemampuan keluarga masing2...


Kak Com, Ari n Kak Minah
Yang kanan sekali tu Bapak

Ni sepupu aku ngan famili dia
Masing-masing nak makan belebat ubi ngan lempeng santan




 Di booth kami.. ada belebat ubi atau lepat ubi, ubi rebus ngan sambal tumis, lempeng santan dan karipap.. gula-gula untuk bebudak.. ngan towel untuk orang dewasa...tapi yang paling istimewa.. ada air zam-zam....



Ini kuih gandus..  dari keluarga Nyai Wasilah
hmm.. tak padan dah rongak.. makan jugak gula-gula tuh..

Tami n Wak Minah..
Antara aktiviti .. Pertandingan mewarna, melukis dan menyiapkan Jigsaw Puzzle...
 Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Program Menghimpun Kasih Keluarga Kiyai Haji Abdul Jabbar ni.. semoga dapat berhimpun sekali lagi dimasa yang akan datang.. sehingga ketemu lagi..

salam kasih sayang...;)

Ummi dan Abah..

Daisypath

Syahid Ilham

Lilypie Kids Birthday tickers

Syahmi Isyraf

div style="margin-auto;text-align:center">Daisypath Happy Birthday tickers

Syamil Irsyad

Lilypie Kids Birthday tickers