24 Ogos 2009

Pergi Yang Tak Kembali....

Mak pergi meninggalkan kami pada 1 Ramadhan yang lalu... hati ini sedih... namun akan ku kuatkan semangat agar orang-orang disekelilingku yang menyayangi mak juga akan kuat. Walaupun dia hanya mak mertuaku.... namun aku telah menganggap dia sebagai mak ku sendiri....


Hari Jumaat yang lalu, dalam jam sebelas, aku dikejutkan dengan mesej dari adik Iparku... "Mak nazak, balik cepat" aku terus minta izin dari pegawai atasanku untuk pulang awal... dan terus bergerak pulang. Memang mak mertuaku dah lama uzur... semakin hari.. semakin teruk... semakin hari, semakin terbatas pergerakannya. Alhamdulillah.. aku ada seorang kakak yang amat menyayanginya.. yang selama ini menjaga kebajikan mak. Jasa dan baktinya pada mak.. hanya Allah yang membalasnya. sedangkan aku hanya mampu mengirim doa untuk mak...

Sepanjang perjalanan pulang... aku hanya mampu berdoa agar mak diampunkan dosa-dosanya.. dipermudahkan sakaratnya.... sepanjang perjalanan itu jugalah air mataku tak henti mengalir.... aku hanya mahu cepat sampai ke rumah. aku hanya mampu bertasbih dan beristighfar dan memohon agar perjalanan ku diermudahkan. Setelah satu jam lebih perjalanan.. Alhamdulillah... akhirnya sampai juga aku di rumah.

Aku lihat mak tidak sedarkan diri... adik-beradik suamiku yang lain sudah mengelilingi mak... dan membaca surah yaasin... Aku layani kehendak Syahid dahulu... aku suapkan makan... setelah selesai solat Zohor, aku terus menyertai adik beradik yang lain... membacakan yaasin untuk mak, agar dipermudahkan sakaratnya...

Malam itu, suamiku dan adik beradiknya tidak tidur.. mereka bergilir-gilir menemani mak dan mengajarnya menyebut kalimah Allah..Allah....

Pada awal pagi itu... jam 6.10 pagi... mak telah menghembuskan nafasnya ..... aku hanya mampu mengalirkan air mata... selepas solat subuh.. aku menyertai adik-beradik yang lain dan saudara maraku membacakan surah yaasin untuk mak. Dan Syahid ku biarkan dia bermain dengan sepupunya... Ketika jenazahnya dikapankan... aku tidak dapat mengawal emosiku... semakin laju airmata mengalir... Syahid yang ketika itu ada disisiku cuba memujuk ku.... "Ummi nangis ye?" aku hanya anggukkan kepalaku.. "Ummi sedih... sebab lepas ni Ummi tak dapat salam, peluk, cium nenek... nenek dah tak de.. Syahid cuba memujukku.."Dah... Dah... Nanti kita beli mainan ye.. Mi jangan nangis tau..." Subhanallah.... anakku... Alhamdulillah.. anakku yang berumur tiga tahun lebih ini sudah faham yang Umminya kesedihan... Aku juga kuatkan semangat untuk mencium arwah... inilah kali pertama aku mencium jenazah... tapi selepas aku mencium jenazah arwah mak.. aku rasa seluruh anggota tubuhku lemah... lututnya terasa longgar.. Dalam jam 10 lebih.. Jenazah arwah selamat dikebumikan...

Semalam... apabila selesai aku solat maghrib... aku menangis lagi... Syahid yang kebetulan ada di sisiku.. "Ummi nangis ye...??" Ya sayang... Ummi sayang nenek... Nenek dah pergi..". jelasku.. "Nenek pegi mana?" soalnya lagi.. "Nenek pegi alam Barzakh..." jelasku lagi... "Alam barzakh mana?" dia bertanya lagi.. Aku pun jawab.. "Alam Barzakh jauh...." aku tahu dia belum mampu untuk memahami apa dia alam barzakh, tapi aku mahu dia tahu tentang perkara itu...

Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh... Amin....

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...