Memaparkan catatan dengan label Rumah Tangga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Tangga. Papar semua catatan

23 Mei 2012

Beli Rumah...... Hikmah Disebalik Ujian

Alhamdulillah.... Inilah hikmah kitorang kena 'halau' dari rumah sewa ari tuh.. walaupun lambat, tapi kami bakal memiliki rumah sendiri tak lama lagi... Insya Allah... doakan semuanya berjalan lancar yer...

Kalau kitorang tak dihalau ari tuh, mungkin sampai sekarang ni pun kami belum buat perancangan untuk membeli rumah. Tapi apabila dapat tahu tuan rumah nak rumah dia balik, kitorang mula plan cari rumah untuk disewa. Tapi memandangkan sewa agak mahal, kitorang buat keputusan cari rumah untuk  di beli. Walau lebih mahal, tapi at least, rumah tu akan jadi milik kami akhirnya. Begitu tersusunnya perancangan Allah untuk kami sekeluarga.

Sekarang ni tengah adjust dengan masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh jika dibandingkan dengan dulu masa duduk kat Pekan Nanas. Tapi ini semua bersifat sementara.... Insya Allah.. kami akan berusaha untuk bertahan dan bersabar dengan ujian ini.

Bukan senang nak senang... dan bukan senang nak dapat benda yang baik.. semua ada ujiannya.. bila dah diuji.. dan akhirnya dapat apa yang dikehendaki.. rasa kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala kepayahan dan kesukaran rasa terbayar dengan hasil yang diperoleh.

Salam penuh kasih sayang.....

23 September 2011

Apa apa lah 2

Assalam....

Alhamdulillah.. reda sikit rasa marah nih.. dah mula sejuk.. ok laa tak.. tak laa teruk sangat cemburu nih.. bertempat.. tapi apa pon.. aku harap toksah laa nak uji2 lagi.. Aku tahu batasan aku.. so jangan ragu-ragu k..

Hmm.. ari nih kitorang sibuk buat persiapan untuk Program esok.. nti aku updatekan citernye k.. sekarang nih aku nak menikmati rehat... lalalala.....

21 September 2011

Apa-apa lah....

Assalam..

Masih ada lagi mood raya.. cuma aku jer yang dah hilang mood.. takde perasaan nak kerja langsung.. ntah laa... nape laa ujian kali nih macam berat sangat dan susah aku nak terima...memang kena lawan nafsu marah ni abis2.. tapi aku masih tak dapat nak maafkan orang tuh.. walaupun aku dah berbual macam biasa.. tapi hati ku nih masih berat nak terima atas apa yang dia dah buat kat aku..masih dangkal nak maafkan dia.. ntah laa.. biar laa masa yang menentukan.. sakit hati nih hanya TUHAN yang tahu..

Adakah cemburu dah menguasai akal yang waras.. sehingga tak mampu buat keputusan yang dan tindakan yang tepat?? Ntah laa.. aku sebenarnya bukanlah cemburu sangat.. cuma aku marah.. dalam keadaan sekarang nih..dengan ekonomi keluarga yang tunggang langgang... dia sengaja mencari kemarahanku.. aku tak paham dan tak tahu apa tujuan dia buat macam tuh.. sengaja mengundang cemburu dan fitnah dari hati aku nih.. GERAM!!! macam nak pijak-pijak jer... alasan yang diberikan langsung tak dapat aku terima.. maaf laa aku bukan budak sekolah yang senang dipujuk dengan kata-kata yang manis.. aku perlukan rasional dan sebab yang munasabah dan wajar.. sebab tu laa sampai sekarang aku masih berdendam.. pada siapa harus aku luahkan isi hati ini?? Walau aku luahkan sebahagian perasaan nih.. tapi itu tidak cukup untuk menggambarkan apa yang aku rasa sekarang...

Hmmh...... Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran.. dan bukakanlah hati ini untuk memaafkan dia...

13 Januari 2011

Menu malam ini...

Selamat malam dan salam satu Malaysia..

malam ni kitorang makan ayam masak ungkep ... ngan sayo campo jer..




Untuk ayam masak ungkep ni.. bahan2 yang diperlukan

Bahan A
Segenggam ketumbar
sedikit jintan
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sedikit halia
sesudu serbuk kunyit/ kunyit hidup
sebatang serai

Bahan B
Ayam (agak2 cukup untuk hidangan 4 orang)
Sebiji kentang - terpulang samada mahu di tambah atau tidak.
Minyak masak- dalam 2 sudu makan
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya pula...

1. Mula -mula tumbukkan bahan- bahan A hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Tumis
hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak. Tambahkan air, garam dan sedikit
gula dan sedikit asam keping dan kentang, kemudian tutup sehingga masak.
4. Hidangkan.




Selamat menjamu selera.....

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...