Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah benar. Papar semua catatan

21 Jun 2012

Sebulan hidup di Kampung...

Assalam.. dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah... diam tak diam hampir dua bulan aku tinggal di kampung.. that means kos minyak keta meningkat dua kali ganda... keletihan dan kepenatan juga bertambah dua kali ganda.. masa yang dikorbankan juga bertambah dua kali ganda... ini bermakna masa aku bersama anak-anak juga semakin sedikit.. kesian si kecik Cami... hanya ada beberapa jam saja untuk bersama aku... kalau Si Abang Syahid Ilham bersama aku jam dari 6 petang, Syahmi Isyraf pula akan bersama aku pada jam 7 malam.. kerana pada jam 7 malam aku baru sampai rumah. Itu pun kalau dia tak tidur... kalau dia tidur, alamat tak jumpa laa dengan aku..

Hmm.. kengkadang hampir terlepas waktu maghrib aku sebab melayan anak2 dulu... lepas tu baru boleh mandi.. then baru boleh solat maghrib.. itu pun terkejar-kejar dan sembunyi-sembunyi.. bukan apa, anak-anak ni kalau aku balik kerja, masing-masing tak boleh hilang kelibat aku.Terutama si Syahmi ni.. mula la dia melalak ,kesian kat bapak mertua aku yang tengah berwirid. So aku kena tangguhkan dulu niat aku nak mandi, pujuk dia atau tak pun aku kena tunggu Suami aku siap solat Maghrib, bagi Syahmi kat dia, baru aku pegi mandi..

Sungguhpun aku penat, letih dan kadangkala 'termengamuk' kat diorang berdua nih.. aku rasa bahagia... kesusahan dan kepenatan aku tanggung hilang... terhibur dengan keletah diorang... anak... anak... kau lah racun.. kaulah penawar.. aku cuba untuk tidak marah-marah... namun begitu, kadangkala aku kalah mengawal emosi bila berdepan dengan anak2 nih.. kesabaran aku boleh goyah bila masing-masing buat perangai.. rasa aku dah jadi 'green monster with red eyes'.. itu yang aku gelar diri aku bila dah mengamuk... tapi tahap maksimum aku marah.. bila aku dah tak bercakap langsung dengan orang yang aku marah. Pada tahap ini.. buatlah apa saja.. aku tak akan layan, tak akan beri respon atau apa saja... 'simply ignore'.. maka tahulah orang yang dimarah.. biasanya Syahid Ilham yang kena silent treatment ni..dan dia dah faham bila aku tak bercakap dengan dia, bila dah berkali-kali aku mintak dia buat sesuatu atau tegah dia buat perkara tak elok, ini sajalah caranya.. dan akhirnya dia akan minta maaf. Masa tu aku terangkan kenapa Ummi dia ni suruh kemas barang-barang dia, atau kenapa Ummi dia ni tak kasi dia pukul adik atau bergurau kasar dengan adik.

Ni satu lagi hal dengan Syahid  Ilham, dia ni kalau bergurau dengan Syahmi, memang laa tak beringat.. kengkadang tu..  main langgar jer adik dia.. dah jatuh la si adik, melalak laa si adik. Bila Syahmi tak puas hati, dia cubit abang dia.. mula laa balas membalas. Memang riuh laa rumah... tapi apa-apa pun.. aku bersyukur kerana Allah memberikan aku ujian ini.. kerana ujian ini aku sekeluarga lebih rapat dan lebih menghargai masa bersama.

Akhir kata, salam penuh kasih sayang....

21 November 2011

Hujung Minggu di Pekan Nanas

Assalam dan Salam 1 Malaysia....

Hmm... camner hujung minggu korang?? Seronok cuti dua hari...? Minggu ni kirorang pakat tak balik mana-mana kampung... so stay jer laa kat Pekan Nanas. Kalau nak diikutkan perancangan, kitorang nak bawak anak-anak ke taman permainan berhampiran semalam, tapi memandangkan hari hujan, terpaksalah tunda sehingga diberitahu kelak.. Semalam anak-anak Ibu datang umah.. petang baru aku buatkan sandwich untuk bebudak tuh.. sandwich simple jer.. tapi belum sempat nak snap, dah licin dah.. nak buat camno.. tak per laa.. nti lain kali aku share ngan korang cerita pasal sandwich nih..

Semalam aku rasa ralat laa jugak bila hempon aku tak berfungsi dengan sempurna, kata makna lain, rosak da.. meragam laa pulak.. kita boleh dengar suara orang yang menalipon kita, tetapi orang yang menalipon tak dapat dengar suara kita.. so berhelo-helo laa aku semalam.. sedih betul laa.. nak buat macam mana nih.. nak hantar gi kedai, poket dah tipis nih.. so aku nekad guna sms jer la... pagi tadi, aku dapat idea, cuba laa offkan dulu hempon nih.. pastu cuba on balik... bila on balik, aku cuba call officemate, alhamdulillah... ok laa pulak. pas tu tak puas hati, aku cuba call Ibu.. berjaya!! maknanya, hempon aku dah ok... mungkin semalam dia pening kot.. bila Syahid dok main game jer.. hampon aku demam laa sekejap. Bila dah direset balik, ok laa jadinya.. So aku rasa kita pon macam tuh.. kengkadang tuh badan ni rasa lemah-lemah jer, demam laa.. Itu tandanya badan kita memberi isyarat untuk kita berehat... rehat sehingga sembuh.. tapi bukan laa bermakna bila kita demam, tak perlu buat sebarang kerja... buat sekadar ikut kemampuan. Kalau tak mampu, rehat laa..

Lagi satu, bila dah tension buat kerja-kerja kat opis, apa kata, berehat seketika... buat benda lain dulu.. Jangan pandang dulu kerja-kerja yang mendatangkan tension... nanti semakin banyak salah atau semakin tak tentu hala jadinya. Take five dulu.. tarik nafas panjang-panjang... lepas tu baru sambung kerja.. Insya Allah... bila dah kurang tension tuh.. barulah boleh selesaikan tugas.

Hmm.. ok laa.. setakat ini dulu. berjumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...

01 November 2011

Novel Janji Julia Dah Sampai..

Assalammualaikum.. dan Salam Satu Malaysia..


Novel Janiji Julia
Penulis: Maria Kajiwa

Alhamdulillah.. novel yang aku order online dah sampai. Kata Ibu, Novel ni sampai ari Sabtu lagi.. tapi memandangkan aku dah balik kampung, so semalam la dia kirim kat Syahid.. Alamat surat-menyurat  memang aku guna alamat Ibu... bukan apa, rumah Ibu sentiasa ada orang.. so bila posmen hantar.. kompem ada yang menerimanya...

Bila nampak Syahid bawak balik bungkusan tu aku memang dah dapat agak.. Syahid n Syahmi pon eksaited sama... sibuk nak tolong bukak. Bila dah bukak bungkusan tu..Syahmi pulak sibuk nak tompang baca.. aku ni bukannya apa, risau buku tu terkoyak ke .. maklumla.. aku belum rasmikan lagi. Terpaksalah aku bagi buku lain kat Syahmi, nasib baik dia terima buku gantian tuh.. kalau tak.. haru woo..

Malam tadi jugak aku abiskan baca.. tapi aku tebuk tengah-tengah laa...sebab aku dah baca sebahagiannya secara online.. huhuhu.. best, jalan cerita yang menarik. hmm.. nti laa bila ada masa lapang, aku cerita sikit pasal novel nih.Oh ye.. kalau korang nak baca kisahnye secara online, boleh klik sini

Ok.. setakat ini dulu.. Salam penuh kasih sayang dan semoga ceria selalu.... ;)

21 September 2011

Apa-apa lah....

Assalam..

Masih ada lagi mood raya.. cuma aku jer yang dah hilang mood.. takde perasaan nak kerja langsung.. ntah laa... nape laa ujian kali nih macam berat sangat dan susah aku nak terima...memang kena lawan nafsu marah ni abis2.. tapi aku masih tak dapat nak maafkan orang tuh.. walaupun aku dah berbual macam biasa.. tapi hati ku nih masih berat nak terima atas apa yang dia dah buat kat aku..masih dangkal nak maafkan dia.. ntah laa.. biar laa masa yang menentukan.. sakit hati nih hanya TUHAN yang tahu..

Adakah cemburu dah menguasai akal yang waras.. sehingga tak mampu buat keputusan yang dan tindakan yang tepat?? Ntah laa.. aku sebenarnya bukanlah cemburu sangat.. cuma aku marah.. dalam keadaan sekarang nih..dengan ekonomi keluarga yang tunggang langgang... dia sengaja mencari kemarahanku.. aku tak paham dan tak tahu apa tujuan dia buat macam tuh.. sengaja mengundang cemburu dan fitnah dari hati aku nih.. GERAM!!! macam nak pijak-pijak jer... alasan yang diberikan langsung tak dapat aku terima.. maaf laa aku bukan budak sekolah yang senang dipujuk dengan kata-kata yang manis.. aku perlukan rasional dan sebab yang munasabah dan wajar.. sebab tu laa sampai sekarang aku masih berdendam.. pada siapa harus aku luahkan isi hati ini?? Walau aku luahkan sebahagian perasaan nih.. tapi itu tidak cukup untuk menggambarkan apa yang aku rasa sekarang...

Hmmh...... Ya Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran.. dan bukakanlah hati ini untuk memaafkan dia...

15 Jun 2011

Kereta Dah Baik...

Assalam dan salam Satu Malaysia ...

Kereta dah OK.. hari Isnin lepas aku amik dengan bayaran RM935.00 tunai.... Naper kena bayar yer? Kan kitorang claim insuran... tak dapat nak cover dik... nilai pasaran kereta kitorang tuh 16000.00. Tapi kitorang cuma buat RM 10000 sahaja, aku pun tak berapa nak paham term insuran nih... tu yang kena bayar sendiri.. tak pe laa buat pengajaran.. lepas ni jangan asik nak mintak tolong orang jer, blaja uruskan sendiri..

Alhamdulillah.. walaupun masih trauma, aku dapat drive dengan selamat semalam.. masa lalu kat tempat kejadian tuh.. hati ni berdebar-debar.. dan secara automatik teringat kejadian tuh.. seriau jugak laa.. tapi dah terpaksakan.. redah je laa.. baca selawat banyak-banyak dalam hati nih..

So.. Layan la gambo-gambo nih...



 

 


Dah OK kan??

Lepas amik kereta, jom mandikan dia.....


 Kerja-kerja membersih kereta sedang dijalankan

Semoga sentiasa ceria dan berbahagia selalu....

25 Mei 2011

Perasaan Ini...

Assalam dan Salam 1 Malaysia..

Hari ni nak layan perasaan yang ntah apa-apa  jer.. mungkin tak cukup rehat.. atau mungkin angin taufan nak melanda.. aku nih.. sebulan sekali mesti nak kena ada angin atau gelombang perasaan.. ayat skema kan...

Hm... tak pe laa.. semalam tetiba je aku rasa sedih.. menangis tak tentu pasal.. tapi tak kuat la.. mungkin kerana tekanan yang sedia ada, dengan keadaan kewangan keluarga aku yang tak stabil, kerja di pejabat berlonggok-longgok yang tak tau bila nak surutnya... ntah laa.. tapi aku bersyukur.. Allah masih memberi aku kekuatan, ketenangan.. walau kadang-kadang aku hampir berputus harap... memang Allah sayangkan aku,

Alhamdulillah.. semua musibah yang aku terima aku terima dengan hati yang terbuka dan redha, kata-kata semangat dari teman-teman menjadi pendorong dan sumber kekuatan aku.. walaupun ada segelintir dari mereka tidak memberi jalan penyelesaian, atau kata semangat, hanya menambah masalah yang ada.. tak mengapa.. aku faham.. mereka tidak pernah berada ditempatku.. mereka hanya tahu bercakap.. dan cakap-cakap mereka itu hanya omong kosong.. tiada nilai untuk diterima...

Suami dan anak-anakku merupakan sumber kekuatan.. tanpa mereka disisi.. aku mungkin tidak setabah ini atau sekuat ini..  dan semasa aku menaip entry ni pun... air mataku mula menitis mencari kekuatan untuk terus meluahkan apa yang terpendam..

Abah.. biar susah mana pun kita.. kita tetap akan bersama, biarlah kita diuji dengan apa pun bentuk ujian, selagi kita bersama... Insya Allah.. kita kan berjaya mengharunginya..

Kepada rakan-rakan.. doakan kami sekeluarga agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini....

08 Februari 2011

Hobi Baru.. Jahit Manik..

Salam Satu Malaysia...




Gambar ehsan En. Gugel

Erm.. ari ni nak share laa hobi aku yang baru.. jahit manik.. tengah mencoba-coba jahit manik... masih diperingkat permulaan... baru cuba jahit kat kain perca.. belum brani nak jahit baju.. apa2 pon.. at least aku mencuba.. nti kalau dah siap satu baju.. aku upkan gambonye k....

19 Februari 2009

Paderi peluk Islam di Rusia

ISLAM di benua sebesar Rusia masih diselubungi misteri bak kabus yang sangat tebal. Ini apabila jumlah sebenar mereka yang menganut Islam di benua itu tidak ada dalam data yang tepat dan terkini.

Pakar mengenai agama itu, The Russian Islamogist, Roman Silantvev berkata, terdapat khabar angin yang tersebar luas mengatakan sehingga kini terdapat hampir 20 juta penduduk Rusia merupakan penganut Islam.

"Ternyata khabar angin itu tidak realistik," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Rusia, Interfax dua tahun lalu.

Menurutnya, jumlah penduduk Islam mengikut etnik-etnik yang ada di benua itu dikatakan seramai 14.5 juta sahaja. Namun jumlah sebenar dikatakan kurang iaitu terdapat 7 hingga 9 juta orang sahaja yang beragama Islam.

"Satu lagi khabar angin popular yang juga tidak benar, yang mengatakan etnik Rusia terutamanya yang menganut Yahudi dan Kristian semakin ramai yang memeluk Islam pada hari ini.
"Sedangkan yang berlaku sejak 15 tahun lalu sehingga kini, dilaporkan hanya seramai 3,000 orang sahaja yang memeluk Islam, iaitu satu jumlah tidak memberikan makna dan signifikan yang besar," jelasnya.

Namun selepas dirujuk pada lama web ensiklopedia percuma di Internet Wikipedia, Islam dikatakan agama kedua yang paling ramai dianuti di Persekutuan Rusia. Dianggarkan kini terdapat seramai 20 juta penduduknya merupakan penganut Islam. Ia adalah pertambahan hampir 40 peratus sejak 15 tahun lalu dengan 6 juta dari mereka terdiri daripada penduduk asal yang beragama Islam.

Namun Silantvev perlu menerima hakikat sekalipun jumlah tidak menjanjikan signifikan tetapi bagaimana seorang yang bertaraf paderi besar dari gereja utama di negara itu akhirnya memeluk Islam?

Pada tahun 1999, berita pengislaman bekas Paderi Gereja Ortodoks Rusia, Viacheslav Sergeevich Polosin, 53, yang juga pengerusi jawatankuasa Committee of the Supreme Soviet on Freedom of Conscience bagaikan satu sinar yang memecahkan kabus itu.

Namun Polosin dituduh mengalami masalah psikologi akibat tekanan politik apabila dikatakan meninggalkan agama Kristian itu.

Jika Polosin menukar mazhab dari Ortodoks kepada Prostestan, mungkin masih boleh dimaafkan tetapi kini dengan nama baru iaitu Ali, bagaimana ini dapat diterima oleh masyarakat Kristian?
"Sedari kecil saya percaya mengenai kewujudan tuhan sehinggalah melanjutkan pelajaran ke universiti. Barulah saya mengenali mengenai agama iaitu Kristian diikuti mengunjungi gereja bagi saya mengenali lebih lanjut mengenai Kristian, sesuatu yang tidak saya temui ketika menghadiri kelas pengajian falsafah di universiti," katanya.

Perkara ini bukan sesuatu yang pelik apabila Rusia berkiblatkan komunisme sebagai dasar pemerintahan dan peraturan kehidupan. Perkara mengenai agama tentunya sesuatu yang sangat asing.

Walaupun segala ajaran mengenai Kristian boleh dipetik bagaikan di hujung jarinya, namun bekas paderi itu mengakui Islam merupakan jalan yang paling lurus (the straight path) menuju kebenaran.
"Dalam Kristian 'jalan lurus' itu juga disebut beberapa kali dalam Kitab Perjanjian Lama.
"Dalam kitab itu diceritakan apabila Raja (King David) yang melalui jalan yang permukaannya berbatu-batu di daerah berbukit Palestin, maka pembantu baginda bertindak membersihkan jalan itu dan turut memastikan bahawa 'jalan itu lurus'.

"Ini diikuti nabi John the Forerunner yang mengajak semua supaya mengakui ketuhanan Jesus sebagai 'jalan yang lurus' dengan meninggalkan kepercayaan karut yang dianuti sebelum ini," katanya.

'Jalan lurus'
Namun kata Polosin, 'jalan lurus' menurut al-Quran adalah yang paling benar. Kehidupan manusia merupakan satu perjalanan lurus menuju kepada Allah tanpa perlu melalui mana-mana orang tengah atau wakil mahupun sebarang objek penyembahan.

"Nabi Isa sendiri dalam ajaran baginda yang sebenar mahukan manusia memalingkan muka mereka kepada satu-satunya Tuhan (to 'thou', 'Abba, Father') bukannya diri baginda sebagai tuhan seperti mana yang berlaku dalam ajaran itu kini," katanya.

Polosin mengakui bahawa memeluk Islam di sebuah negara seperti Rusia tidak dilihat sebagai satu perbuatan yang dapat diterima.

"Tetapi isunya kini, bukan sangat kerana memeluk satu ajaran baru tetapi satu pengakuan kepada satu ajaran kepada percaya tuhan yang satu secara lebih tegas. Kepercayaan saya kepada Tuhan tidak pernah berubah cuma menjadi lebih kuat, itu sahaja," ujarnya.

Untuk Polosin mengakui keesaan Allah merupakan hasil dari satu perjalanan yang cukup panjang beliau berusaha sedapat boleh untuk mengenali Islam dari apa juga aspek. Sedari soal ketuhanan sehinggalah kepada sosial, politik dan hari pembalasan.

"Saya mengkaji hampir kesemua penulisan buku terutama sejarah Kristian dan Islam dari ramai penulis termasuk ahli falsafah terkenal Perancis, Rene Genon yang turut memeluk Islam.
"Prosesnya cukup panjang kerana Islam bagi saya merupakan satu transisi atau peningkatan kepercayaan yang lebih berkualiti dan menjadi satu peringkat baru yang perlu saya lalui," kata Polosin yang turut menganggap perbincangan bersama seorang tokoh Islam Rusia, Murad Zargishiev memberikan pengaruh besar dalam hidupnya.

Ditanya sama ada bekas paderi itu kini sudah tidak mempercayai Nabi Isa sebagai Al Masih (penyelamat), Polosin menjelaskan bahawa beliau tetap mempercayai baginda.
"Nabi Isa sebagaimana yang dikisahkan dalam Perjanjian Lama (Injil) diterima sebagaimana diceritakan sedangkan ketepatan atau kebenaran mengenai teks Kitab itu sendiri tidak dapat ditentukan kesahihannya.

"Berbanding dengan al-Quran disebutkan baginda merupakan seorang nabi. Seorang yang benar dengan dikurniakan Allah dengan kebolehan yang ajaib dan adalah benar baginda seorang Penyelamat kerana itu baginda digelar Al Masih (Messiah)," katanya.

Nabi Isa
Polosin menjelaskan doktrin mengenai ketuhanan Nabi Isa hanya muncul pada abad ke-4 selepas Masihi (kelahiran Nabi Isa) dan dijadikan satu dogma agama yang rasmi pada abad ke 5 (SM). Namun, untuk beberapa abad sebelum itu penganut Kristian tidak pula mengakui bahawa Nabi Isa itu tuhan.

Hasil kajian mendalam, Polosin menyedari Islam bukanlah tunas baru yang lahir dari Kristian tetapi satu reformasi kedua yang paling hebat berlaku selepas agama nabi Ibrahim, Hanif.
"Nabi Isa pula membawa misi kebenaran bagi membersihkan amalan-amalan pagan yang dilakukan oleh kaumnya. Namun sesetengah pengikut tidak mahu mengikut baginda malah merancang untuk membunuhnya pula.

"Mereka ini yang kemudiannya melahirkan agama Yahudi menyebabkan Islam lahir bagi membawa seluruh manusia ke jalan yang benar dengan cara hidup berlandaskan al-Quran dan Sunnah Nabi," katanya.

Mengenai peralihan dari kepercayaan Trinity yang menjadi asas kuat kepada dogma ajaran Kristian Ortodoks, Polosin berkata, pengikut ajaran itu sebenarnya tidak mengetahui hakikat kewujudan Allah yang mereka sangkakan mesti dalam 'bentuk' sesuatu.
"Mereka tidak mengetahui mengenai bentuk tuhan itu tetapi pengikut Kristian tanpa dapat membezakan antara yang benar dan salah, lalu mengambil seseorang sebagai bukti bahawa tuhan itu benar-benar 'wujud.'

"Sedangkan manusia tidak akan mampu menerima 'penjelmaan' itu menyebabkan tuhan tidak lagi satu malah dua atau lebih yang tentunya bukan satu lambang kekuasaan dan keesaan-Nya," ujarnya yang mengkaji dari zaman Greek Lama mengenai penciptaan Kitab Perjanjian Lama dan langsung dibandingkan dengan isi kandungan al-Quran.

Beliau tidak menafikan sewaktu bergelar paderi besar itu berlaku pembersihan rohani yang menimbulkan terlalu banyak keraguan di dalam hati sehingga menyebabkan beliau memikirkan semula apa yang telah beliau ketahui dan lalui.

Pengakuan keislaman beliau diakui tidak dapat diterima oleh pelbagai pihak malah sebagai yang begitu 'alim' dalam ajaran Kristian. Mungkinkah terdapat motif lain yang terselindung?


dipetik dari Utusan Malaysia, 19 Februari 2009

29 Januari 2009

Hati-hati makan organ dalaman haiwan dan makanan ringan

Kisah benar dari seorang guru.....

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS.

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya. Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.
Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung 7.
Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan 9.

etc. Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam.. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Univer siti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun.

Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya.. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan univer siti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama .

Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya.

Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja .

Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi, sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kepada ibu bapa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah .

ADAKAH ANDA PENGGEMAR KANGKUNG?

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman.

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea .

Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun. Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia.
Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan 'lintah' yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...