Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

03 Disember 2020

CARA MOHON RENTAS NEGERI DALAM TEMPOH PKPB (Pasangan berjauhan)

Assalammualaikum semua..

Hari ni  aku nak share sikit pasal Rentas Negeri Semasa PKPB. Nape tiba-tiba jer aku nak share pasal perkara ni?  Firstly sebab aku ada pengalaman mohon rentas negeri sepanjang tempoh PKPB ni.. Maklum laa aku kerja kat Selangor, suami dan anak-anak aku kat Penghujung Benua Asia, memang laa kena mohon kebenaran untuk rentas negeri. Alhamdulillah.. setakat ni tiada sebarang masalah. dan sebab yang kedua.. ada ramai kawan-kawan yang tanya kat aku macam mana nak rentas negeri.. 

Kebenaran rentas negeri ni hanya untuk mereka yang ada urusan kesihatan, urusan pekerjaan, kes kecemasan dan juga untuk pasangan suami isteri yang terpisah. Isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni.  Sertakan sekali dokumen sokongan korang.  Boleh juga dapatkan di Balai Polis berhampiran.

Biasanya aku akan hantar borang dua hari atau sehari awal dari tarikh aku bergerak. Jadi pada hari kejadian nanti, aku terus je gerak. Takyah susah-susah nak pegi balai polis lagi. 


Untuk pasangan yang berjauhan macam aku, korang kena sertakan dokumen-dokumen di dalam DUA salinan.

1. Surat Mohon Kebenaran Rentas Negeri (dari aku kepada Ketua Balai)

2. Borang Permit Pergerakan PKPB

3. Surat Pengesahan Majikan ( Surat dari Bos aku yang mengesahkan aku bertugas Jabatan ni)

4. Bukti tempat tinggal (salinan Bil api/air tempat tinggal sekarang dan tempat tinggal suami/ isteri)

5. Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri


Bagi urusan-urusan lain, isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni sertakan sekali dokumen sokongan yang berkaitan. Dokumen ni pun buat DUA salinan siap-siap, mudahkan kerja pegawai polis bertugas. In sya Allah.. Allah mudahkan urusan korang.


Sebarang kemusykilan boleh tanya je pada pegawai polis yang bertugas.. In sya Allah, dorang akan bantu.Ok tu je aku nak share.. apa-apa pun.. bersabar dan bertabahlah dengan ujian ni.. Semoga kita berjaya harungi ujian ni..

#kitajagakita

#stayathomestaysafe

Salam kasih sayang..


12 April 2019

Bila Diri Disayangi..

Assalamualaikum dan salam ceria..

Bersua lagi di ruangan ini.. dah jarang-jarang nak update story kat blog ni.. ada kekangan yang tak dapat dielakkan. 

Alhamdulillah.. still stay strong.. walaupun kadangkala hampir sahaja aku rebah.. tak mampu rasanya meneruskan perjuangan hidup ini.. rasa hampir putus asa.. tapi sentiasa ingatkan diri.. aku masih ada keluarga.. mak.. bapak.. suami dan anak-anak.. berkat doa mereka buat aku bangun semula..  macam bait-bait lirik lagu ni.. 

Lagu: Bila Diri Disayangi
Penyanyi - Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

bila aku rasa down.. rasa sunyi..aku ingat semula lirik lagu ni..  sebab.. kadangkala kita terlupa orang disekeliling kita yang menyayangi kita.. yang paling penting.. Allah sayangkan kita... fahami dan dalami lirik tu.. korang akan faham maksud disebalik lagu tu.. dan korang akan rasa lebih kuat lepas dah faham maksud yang tersembunyi.. in sya Allah.. 

Cukuplah untuk hari ni Che Mah membebel.. jumpa lagi di lain waktu.. in sya Allah.

Salam Ukhuwah penuh kasih sayang..

04 September 2014

Dalam Musibah Ada Rezeki

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... Hari ni macam biasalah.. aku bersiap pergi kerja, lepas hantar Syahid ke sekolah, aku patah balik ke Taman Emas Merah, isi minyak. Kat tangan ada RM20.00, so aku isilah Rm15.00. Dapat baki RM5.00, aku terus berdesup ke tempat kerja. Dah nak sampai Plaza Tol Perling, aku baru teringat, yang baki Touch N Go aku tinggal Rm1.90. Alamak!! camne nih? Aku korek-korek beg tangan aku.. cari duit terselit-selit.. pon tak ada... last-last aku nekad.. redah ajelah..

Kat tol gate aku hulur laa RM5.00 ngan kad Touch N Go aku. budak tol tu bagi tau, "tak boleh top up lima ringgit kak, kena sepuluh ringgit. Aku cakap, akak tak bawak cash ni, macam mana? "akak cuba tanya kereta kancil belakang tu pinjan kad dia, sebab kena selang satu kereta, tak boleh swipe kad dua kali berturut-turut" aku turun kereta cepat-cepat mintak tolong dari budak kereta kancil yang dimaksudkan. Budak kereta kancil tu pun nak top up jugak rupanya.. dalam aku mencari bantuan tu.. tiba-tiba ada sorang abang dari lane sebelah yang naik kereta kancil menghulurkan bantuan dengan selamba dia mengeluarkan RM10.00, "nah ambik ni" aku mengucapkan terima kasih kat Abang tu terus aku ke kereta dan bayar top up.. ingatkan nak mintak nombor telefon ke.. nak bayar laa balik duit yang diberi.. tapi bila tengok -tengok dia dah berlalu.. Semoga Allah memudahkan segala urusan abang dan murahkan rezeki Abang... Amin..

 Alhamdulillah.. satu ujian yang Allah beri, dan Allah juga yang beri penyelesaiannya. Sepanjang jalan, bibir ni tak lekang mengucapkan Alhamdulillah.. dalam musibah, Allah masih selitkan rezeki.

23 Mei 2012

Beli Rumah...... Hikmah Disebalik Ujian

Alhamdulillah.... Inilah hikmah kitorang kena 'halau' dari rumah sewa ari tuh.. walaupun lambat, tapi kami bakal memiliki rumah sendiri tak lama lagi... Insya Allah... doakan semuanya berjalan lancar yer...

Kalau kitorang tak dihalau ari tuh, mungkin sampai sekarang ni pun kami belum buat perancangan untuk membeli rumah. Tapi apabila dapat tahu tuan rumah nak rumah dia balik, kitorang mula plan cari rumah untuk disewa. Tapi memandangkan sewa agak mahal, kitorang buat keputusan cari rumah untuk  di beli. Walau lebih mahal, tapi at least, rumah tu akan jadi milik kami akhirnya. Begitu tersusunnya perancangan Allah untuk kami sekeluarga.

Sekarang ni tengah adjust dengan masa dan jarak perjalanan ke tempat kerja yang agak jauh jika dibandingkan dengan dulu masa duduk kat Pekan Nanas. Tapi ini semua bersifat sementara.... Insya Allah.. kami akan berusaha untuk bertahan dan bersabar dengan ujian ini.

Bukan senang nak senang... dan bukan senang nak dapat benda yang baik.. semua ada ujiannya.. bila dah diuji.. dan akhirnya dapat apa yang dikehendaki.. rasa kepuasan tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Segala kepayahan dan kesukaran rasa terbayar dengan hasil yang diperoleh.

Salam penuh kasih sayang.....

20 Mac 2012

Beshdey....Kursus.....dan Program Outreach...

Assalam... Dah hampir dua minggu tak update... alhamdulillah.. Allah masih panjangkan usia aku.. dah bertambah setahun... lagi.. dan aku bersyukur... kerana walaupun hidup aku tak mewah.. tapi aku bahagia dan Allah beri aku kekuatan dan kesabaran... alhamdulillah...

16 Mac... aku sambut ulangtahun yang ke.. 33 tahun.. maknanya makin pendek usia aku.. so apa yang ko dah achive setakat 33 tahun hidup ni Mah?? hmm.. adalah kereta sebijik, tu pon blom abis bayar... moto satu.. rumah... coming soon.. how soon? ntah laa.. nti lah.. pelan.. pelan.. satu.. satu... maybe abis baya kreta nti kot... tapi tak per laa.. walaupun aku belom ada rumah sendiri... walau kengkadang jeles gak kat kengkawan yang dok asik citer pasal beli-beli rumah nih.. aku control perasaan.. aku tahan nafsu ... aku tahu kemampuan aku ngan Abang... bukan tak nak beli rumah.. tapi belum mampu... anyway... walau aku belum mampu... bukan tak mampu.. belum mampu... aku rasa apa yang ada sekarang nih pon dah ok... boleh laa.. ada rumah.. walaupun sewa... makan kami sekeluarga pon cukup.. anak2 tak pernah berlapar.. beras tak penah putus .. stakat ni laa... alhmdulillah... tapi kalau lain kali Allah nak uji... aku tak tahu... tapi aku harap kami sekeluarga dapat bersabar dan diberi kekuatan...Insya Allah..


17 Mac.. Jabatan aku anjurkan Kursus Pengurusan Pertubuhan... ramai laa jugak pesertanya.. dalam 160 orang.. terdiri dari pelbagai pertubuhan.... ada kebajikan, ada persatuan penduduk... ada persatuan penganut... pendaftaran pukul 8.00 pagi... tetamu kehormat hari tu.. YB Nur Jazlan bin Mohamed.. Ahli Parlimen Pulai.. pum.. pam.. pum.. pam... Majlis abis pukul 1.30 petang... Siap kemas jer.. kitorang bergegas ke Kahang untuk Program Outreach JPPM Negeri Johor. Sampai Kluang, pukul 6.00 petang.. Bermalam di Hotel Anika..
18 Mac... Pagi-pagi lepas sarapan, dalam pukul 7.45 pagi.. kami bertolak ke Kahang coz Program tu bertempat di Dewan Serbaguna Kahang...

Sepanjang Program Outreach...

Sampai di Kahang lebih kurang jam 9.00 pagi...  aku ngan Kak Mas handle Pendaftaran.. yang lain, menyediakan dewan.. dan persiapan pelancaran Rakan ROS dan Program Anak Angkat JPPM Negeri Johor.. program ini berakhir jam 1.30 petang...  kami kemudiaanya diiringi oleh EZ Bikers menuju ke Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Kluang, Johor (PKAYIK) kami dibawa melawat asrama puteri.. bagi pelawat wanita.. dan asrama putera bagi pelawat lelaki.. semasa aku berjumpa dengan anak-anak ini, hati aku diruntun sayu... terharu.. dan aku kagum dengan semangat mereka.. kecil-kecil lagi ditinggal Ibu dan ayah.. cekal sungguh hati mereka... saat ini, air mataku pasti bergenang bila aku ingat lagi detik-detik itu..

Semasa di PKAYIK


Alhamdulillah.. semua urusan selesai... kami bertolak dari Kluang lebih kurang jam 4.30 petang menuju ke Simpang Renggam... ke kampung salah seorang kakitangan JPPM Negeri Johor, Siti Muslimah... Mak si Siti ni buat Kenduri... so kitorang dijemput untuk datang ke Majlis tu.. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5 lebih, kami sampai di rumah Siti dan kami dijamu dengan nasi ambeng... mmmm... sedaap... alhamdulillah.. kenyang.. Terima kasih daun keladi.. makcik, pakcik... Insya Allah.. lain kali kami datang lagi...

Dalam kalut-kalut menguruskan pogram dua hari tu.. tanpa aku sedari, aku kehilangan kamera kesayangan aku... hmm... ujian lagi.. sabar jer laa... nak buat cam ner.. dah ilangkan.. so redho jer laa.. ini sebagai peringatan untuk aku supaya lebih berhati-hati di masa akan datang...

Setakat ini dulu.. jumpa lagi di lain masa... Insya Allah... Salam penuh kasih sayang....

21 Oktober 2011

Kurangkan Bercakap...

Assalammualaikum... dan Salam 1 Malaysia...




Korang suka bercakap? Aku pon suka bercakap.. Percakapan adalah salah satu bentuk komunikasi atau perhubungan. Kenapa laa mak cik nih nak ngomel pasal bercakap ni? Bukannya apa.. sedar tak korang.. sebenarnya makin banyak korang bercakap, tanpa korang  sedar makin banyak laa korang tunjukkan kelemahan diri korang.. ni terutama bagi orang-orang yang nak tunjuk pandai laa.. semakin terlihat kebodohan dan kedunguan korang.. setuju tak?? tapi kalau korang tak setuju pon tak per.. cuma cuba perhatikan kawan-kawan ke sedara mara yang banyak bercakap... ada betulnya apa yang aku cakap nih.

Lagi satu.. bila banyak bercakap, tanpa disedari korang telah melukakan hati orang-orang disekeliling kamu. Ni lagi satu.. cakap.. cakap.. cakap.. alih-alih jer kawan tu blah..or matanya tiba-tiba berair.. laa korang dah tersalah cakap kot.. kan haru tuh.. last sekali minta maaf.. tapi sudi ke orang tu maafkan korang??

 Pasal cakap nih.. aku nak pesan jangan cerita keburukan orang lain atau senang cakap.. jangan mengumpat laa yer... mengata pon jangan.. dosanye besar.. hukumnya macam makan daging  saudara sendiri. Ini sume orang tahukan..  Sebolehnye elakkan memburukkan orang lain.. Bila korang citer keburukan orang.. Insya Allah.. orang jugak akan ceritakan keburukan kita. sebab pada aku.. kalau kita sembunyikan aib orang.. Insya Allah, Allah akan sembunyikan aib kita.. Unless kita yang dok ceritakan aib kita pada orang. Mesti ada buat silap kat mana-mana.. bila dah seronok bercakap.. tanpa di sedari.. kita membuka pekung didada..  So mulai sekarang... kurang-kurangkanlah bercakap.. aku ni pon bukan laa sempurna sangat.. tapi mulai sekarang aku akan kurangkan bercakap.. kerana takut akan menjadi beban di akhirat kelak.. akhir kata.. hayati kata-kata ini...

06 Julai 2009

Ku sangka panas sampai ke petang...

Pagi semalam cuaca redup jer... tapi tak laa mendung... aku ingatkan macam tu laa sampai ke petang....

Tetiba jer... tengah hari tu.. mendung pulak... tak lama lepas tuh... mula turun setitik demi setitik air dari langit.... Alamak.... ujan!!.....

Apa lagi... aku pun angkat laaa kain yang tiga per empat kering di jemuran... hujan pun turun dengan lebatnya... inilah orang cakap.... Kusangka panas sampai ke petang... rupa-rupanya hujan di tengah hari.... so moralnya... tak semua perkara jadi macam yang kita rancang....

Ujan pun ujan laa... nak buat camner... ujan pun rahmat jugak.... alhamdulillah...

26 Jun 2009

Dilema Seorang Ibu...( Aku Laa tuh..)

Bismillah.....

Hampir setiap hari aku di dalam dilema... meninggalkan anak aku atau keluar bekerja....

Bukan apa... sejak berpindah rumah... Syahid seolah-olah tak mahu berpisah dengan aku. Bila dia jaga je dari tido.. perkara pertama yang dia buat ialah... menangis... merayu agar aku tidak bekerja... "Ummi.... Jangan kerja... Abah je kerja... kita jalan-jalan umah Tok Moh je..." masa mula-mula tu aku pujuk-pujuk jugak laa... cakap aku kerja sebab nak tolong Abah dia.. nak tolong Abah beli diapers dia, susu dia... dengan harapan dia akan faham...

Tapi lama- kelamaan... aku buat tak tau jer.. dah lali.. Alhamdulillah... sekarang ni dah kurang tangisnya... kalau nangis pun, sekejap jer... cuma sayu hati ni bila dia cakap "nak salam... nak cium..." dalam tangisan...

Memang laa kalau boleh aku nak duduk kat umah jer... tak yah nak antar ke nurseri setiap hari...

Pagi-pagi, abah dia akan hantar, bila balik pulak, aku yang akan ambik... biasanya dia akan mintak pegi kedai... ada masa aku layan... itu pun kalau aku ada nak beli barang... tapi most of the time.. aku tak layan sangat.. aku akan ubah topik...

03 Februari 2009

Kereta Oh Kereta

Bismillah.....
Ari nih aku gi kerja bawak kreta. walaupun dah masuk kali kedua.. gabra tak tetap ada... siap panik masa nak bayar tol tadi... kreta yang aku bawak mengundur, rupa-rupanya lupa nak tarik hand brake , ntah apa yang aku pikir ntah... nasib baik ada kengkawan... pa tu memang laa kena sentiasa alert, sbb bila dah masuk area Bandar.. memang banyak kenderaan.... lotih kaki eden menokan clutch (betul ke ejaan nih... bantai jer laaa)
Kawan kat sebelah siap sound... kita yang bawak dia, belasah jer laaa..... agaknya tergelak diorang tengok aku tadi.. nasiblaaa, dah tu tanye boleh tak bawak... kalau tak buleh.. mintak kawan lagi sorang bawak... (macam tak kofiden jer diorang aku bawak kreta nih...)
Anyway... pengalaman nih memang agak payau laa nak ditelan.. tapi dah namanya hidup... kena laa sahut cabaran... baru buleh berjaya... cheewaah.....

28 Januari 2009

Naik Bas Turun Bas...

Hari ni aku kerja naik bas... bukan tak biasa naik bas gi kerja dah dekat dua tahun kerja.. Berulang dari Pontian ke JB... lagi pun bukan selalu naik bas nih...kengkadang jer.. bila dah tak kawan nak ditumpang.. barulah naik bas.
Tapi tulah.. kalau naik bas.. mesti lambat sampai ofis... Punchkad pun merah laa.. nak buat camne.. dah tempat tinggal jauh... bukan tak cuba gerak awal... tapi sampai pon lebih kurang jer... Punchkad pun merah jugak.. merah pun merah laaa... janji aku sampai.

Nak citer laa pengalaman naik bas, masa mula-mula kerja dulu... gelabah semacam... tapi kata orangkan.. malu bertanya, sesat jalan.. jadi moralnya.. jangan malu untuk bertanya... sekarang nih alhamdulillah.. dah ok laaa... Dah konfiden nak naik bas ke tempat kerja. Siap tido kat dalam bas lagi.... (kalau naik bas dari Pontian ke JB sahaja... sebab tempoh perjalanan yang lama... hampir satu jam)

Kampungku

Kampungku....
Kalau nak cite pasal kampung, rasa-rasanya.. sume orang ada kampung, walaupun dia tinggal kat bandar, itu tetap kampung dia... sebab bila dia nak balik, dia akan cakap balik kampung... bukan balik bandar..

Nak citer pasal kampung aku kat Daerah Pontian, Johor. Kampung Parit Rambai namanya... bermulalah alkisah.. pada masa pembukaan kampung ini, terdapat sepohon pokok rambai.. yang amat besar. Maka sempena pokok Rambai itulah... kampungku ini mendapat nama.. Tapi sekarang pokok rambai tu dah tak wujud lagi.. terpaksa ditebang untuk pembinaan parit..

Kalau dulu masa aku kecik-kecik, cuma jalan tanah merah... sekarang ni alhamdulillah.. dah berturap tar. Kalau dulu aku dan kengkawan laa yang selalu ada kat tepi jalan.. bermain kejar-kejar, pondok-pondok.. mandi parit pun ada.. tapi sekarang nih... anak-anak kitorang yang buat sume tuh.. tapi anak aku belum pandai keluar rumah.. tapi tunggulah tiga atau empat tahun lagi... masa tu mungkin dia jadi ketua kot... ahaks... berangan jer aku nih...

Tak banyak perubahan.. kalau adapun, rumah-rumah bertambah, kedai runcit, tambah lagi satu atau dua, owh.. Sekolah yang dulu cuma sederet.. sekarang dah jadik tiga tingkat.. Alhamdulillah... semoga ramai anak-anak kampung ni berjaya.. Insya Allah..

Masjid kat kampung ni pun dah diubahsuai... ditambah bahagian belakangnya... Kaki lima kanan dan kiri ditambah lagi...semakin luas dan besar..

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...