31 Julai 2009

Blaja Buat Signature

Alhamdulillah...

Senang jer rupanya nak buat signature inilah hasilnya...

30 Julai 2009

Mabuk-Mabuk... Lagi....


Haaa.... kalau tengok tajuk kat atas mesti anda semua dapat agak.. kalau dah mabuk-mabuk tu... mesti ada lagi....

Alhamdulillah..... dalam keadaan ekonomi yang agak gawat ni (bagi keluarga kami yang baru belajar hidup berdikari nih..) ... kami diberi rezeki lagi....

Kalau dulu aku makan asam dan epal hijau untuk hilangkan rasa loya dan mual..... sekarang aku ganti dengan kismis..... alhamdulillah... berkesan juga... lagi pun kalau aku makan asam-asam.. perut aku ni meragam... gastrik aku datang laaa pulak...

Masa masak mesti aku bermasalah.... tak boleh bau bawang yang ditumis.... bau nasi ditanak pun dah cukup untuk buat aku ke bilik air berulang kali- muntah laa tuh.. tapi kene laa tahan-tahankan.. kena kuatkan diri ni.. kalau tak... kesian Syahid.. tak makan laa dia...

Alhamdulillah.. Syahid sudah pandai menunjukkan sifat 'caring'nya... "Ummi kenapa? Ummi muntah ye??" dan semalam... dia suruh aku makan.. "Mi, makan... nanti angin kat perut ilang" sambil dia ambilkan lauk ke pinggan ku....

Itulah kisah aku dan anakku.... Semoga Syahid jadi anak dan abang yang penyayang... Amin....

27 Julai 2009

Ujian ISAC (IT Skill Assessment and Certification)

Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan Pembantu Tadbir )Kesetiausahaan) N17. Ia mengandungi dua bahagian, iaitu, Bahagian Pertama - Pengetahuan (40 Soalan Objektif) , Bahagian Kedua - Kemahiran (3 soalan)

Bagi Bahagian Pertama - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :
i) Koridor Raya Multimedia
ii) Kerajaan Elektronik
iii) Pengetahuan asas komputer dan perkembangan ICT
iv) Pakej/alat produktiviti umum
v) Internet dan email


Bagi Bahagian Kedua - Menilai kemahiran dalam :
i) Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
ii)
Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
iii) Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.


PERSIJILAN

Calon akan diberi sijil pengiktirafan sekiranya lulus kedua-dua bahagian dalam satu ujian yang sama


Untuk maklumat lanjut, sila layari link ini. http://www.intanbk.intan.my/cda/m_services/ser_isac.php

Keputusan hanya akan diketahui sebulan dari tarikh ujian diambil.

07 Julai 2009

PICASA 3



MAWAR BERDURI....

Inilah hasil eksperimen aku terhadap perisian yang aku baru download semalam.....
Posted by Picasa

06 Julai 2009

Ku sangka panas sampai ke petang...

Pagi semalam cuaca redup jer... tapi tak laa mendung... aku ingatkan macam tu laa sampai ke petang....

Tetiba jer... tengah hari tu.. mendung pulak... tak lama lepas tuh... mula turun setitik demi setitik air dari langit.... Alamak.... ujan!!.....

Apa lagi... aku pun angkat laaa kain yang tiga per empat kering di jemuran... hujan pun turun dengan lebatnya... inilah orang cakap.... Kusangka panas sampai ke petang... rupa-rupanya hujan di tengah hari.... so moralnya... tak semua perkara jadi macam yang kita rancang....

Ujan pun ujan laa... nak buat camner... ujan pun rahmat jugak.... alhamdulillah...

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...