27 Mei 2010
Pemakanan semasa Laktasi
so... layan jer laa apa yang aku copy n paste nih...
Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?
Ini adalah kerana :
- Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
- Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
- Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi
Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :
- Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
- Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur ? sayuran, buah ? buahan dan bijirin penuh.
- Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
- Aktiviti - Mengseiimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.
Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?
Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan
Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
Satu hidangan Bijirin :
½ cawan nasi
½ cawan mi/mihun/pasta
½ tosai
⅓ capati
1 keping roti (putih/gandum)
1 cawan bubur nasi kosong
3 biskut tawar
3 sudu makan oat (tidak dimasak)
Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
Satu hidangan Sayur :
(3 - 4 hidangan) /sehari
½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah :
(3 - 4 hidangan) /sehari
1/2 biji jambu, mangga
1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
1 potong betik, nenas, tembikai
3 biji kurma
4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur
Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
1 biji telur
Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari
Satu hidangan Susu dan Produk Susu
1 gelas susu (250 ml)
4 sudu makan susu tepung
1 cawan dadih
1 keping keju
Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan
Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren
Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi
Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi. Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap. Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.
Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
87 % daripada susu ibu adalah air .Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.
Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
Makanan 'tajam' - nanas
Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.
07 Mei 2010
Ahli Keluarga Baru 2
Sebenornya... pada hari Jumaat tu waktu siangnye aku ke Putrajaya sebab nak tandatangan Opsyen Tukar Skim Perkhidmatan...perjalanan masa yang panjang diantara 4 hingga 5 jam perjalanan membuatkan aku kepenatan, sehingga hilang selera makan... menyebabkan aku kurang tenaga semasa melahirkan Syahmi.. hampir saja dia kelemasan... dan akibatnya.. Syahmi ditahan di wad kanak-kanak pada hari berikutnya... dan aku bermalam lagi di hospital...
Petang itu, setelah aku check out dari wad bersalin, aku ke wad kanak-kanak pula untuk menjaga Syahmi untuk satu malam lagi... dan ia adalah satu malam yang panjang.... dengan tidak berbengkung dan berurut... badanku mula sakit-sakit. Aku makan laa pil tahan sakit yang dibekalkan bagi mengurangkan kesan sakit...
Keesokan harinya... setelah doktor melihat keadaan Syahmi dan berpuashati.. kami akhirnya dibenarkan balik... Alhamdulillah.....
Sampai sahaja dirumah... berseri-seri mak aku menyambut kepulangan kami... tapi Abang Sayang aku bagi tau yang bapak mertuaku juga mahu menjagaku.. alamak.... camno nih... hmmh merajuk laa orang tua tu kat aku... so aku suggest laa kat abang sayang... nti dah duploh ari.. kita balik sana plak.... Diorang nih... buat aku dalam dilema... itu laa yang aku rasa sepanjang aku berpantang. bukan senang nak jaga ati orang kan.
Pejam celik, pejam celik, dah duploh hari aku kat umah mak aku.. sampai masa aku ke rumah mertua pulak.. dah kuat laa jugak badan nih..... kalau sempat, aku tolong masak... kalau tak.. aku tolong laa buat keje lain plak... kemas umah ke, basuh pinggan ker.. dah menompang... pandai-pandai la jaga diri.... cover line beb.. :) baju aku ngan baju baby aku basoh sendri... takde laa nak kasi Abang Sayang basoh sume aku buat sendiri.. kan aku ni independence..(betul ke ejaan tu.. hamtam saja laaa )
Tak sabar rasanya nak balik rumah sendiri.Aku menghitung hari... bila boleh balik umah kat Pekan Nanas. Si Syahid pon dah sibuk ajak balik umah Pekan akhirnya setelah lebih tiga minggu aku kat umah mertua aku.... masa yang dinanti pon sampai.. hari aku balik ke rumah sendiri... Yes!!! kata orang tuh.. kalau senyum.. dah sampai ke telinga... :)
06 Mei 2010
Ahli Keluarga Baru....
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...