07 Disember 2020

Resepi Kacang Kuda Masak Kari - Versi Che Mah

 Assalammualaikum..


Hari ni nak share sikit resepi Kacang Kuda Masak Kari, tapi versi aku laa.. okey first off all bahan-bahannya..

100 gm kacang kuda (rendam semalaman) dan rebus sampai empuk

2 ulas bawang putih - dicincang halus

sedikit halia -dicincang halus

sebiji bawang besar - cincang kasar

200 gm ayam cincang (terpulang tak nak ayam pun boleh)

2-3 sudu besar serbuk kari 

1 sudu teh biji sawi

2 tangkai daun kari

sebiji tomato

garam secukup rasa

sedikit minyak masak untuk menumis


Okey.. bahan dah set, sekarang cara membuatnya pulak..

Mula-mula tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar, daun kari dan biji sawi. tumiskan lagi sehingga wangi.

Bila dah naik bau wangi tu, masukkan kari yang dah dibancuh dengan air.  Kacau selalu untuk elakkan kari tu hangus sehingga naik minyak 

Kemudian, masukkan ayam, lepas tu masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato tadi lembut. 

Akhir sekali, masukkan kacang kuda. Tambahkan air dalam 1 cawan,  jangan lupa tambahkan garam secukup rasa...Tutup dan biarkan mereneh sehingga kering sedikit. sambil-sambil tu.. lenyek-lenyekkan kacang tadi supaya kuah pekat, terpulang laa.. kalau suka sebiji-sebiji.. takyah laa nak lenyek sangat. 

Dah siap.. boleh makan mcam tu aje atau pun boleh je makan dengan roti atau pun wrap.. 


Sekian, untuk kali ini, salam kasih sayang...

04 Disember 2020

Projek Mengait terbaru - Mini Dress Crochet




Ni projek terbaru aku... comey tak? walaupun tak berapa nak kemas.. tapi boleh laa untuk hasil tangan pertama kali.. rasa-rasa ada ke yang berminat?


Jenuh juga nak membuatnya.. sebab bendanye kecik beno.. huhuhui.. anyway.. really proud of my handwork..


 

03 Disember 2020

CARA MOHON RENTAS NEGERI DALAM TEMPOH PKPB (Pasangan berjauhan)

Assalammualaikum semua..

Hari ni  aku nak share sikit pasal Rentas Negeri Semasa PKPB. Nape tiba-tiba jer aku nak share pasal perkara ni?  Firstly sebab aku ada pengalaman mohon rentas negeri sepanjang tempoh PKPB ni.. Maklum laa aku kerja kat Selangor, suami dan anak-anak aku kat Penghujung Benua Asia, memang laa kena mohon kebenaran untuk rentas negeri. Alhamdulillah.. setakat ni tiada sebarang masalah. dan sebab yang kedua.. ada ramai kawan-kawan yang tanya kat aku macam mana nak rentas negeri.. 

Kebenaran rentas negeri ni hanya untuk mereka yang ada urusan kesihatan, urusan pekerjaan, kes kecemasan dan juga untuk pasangan suami isteri yang terpisah. Isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni.  Sertakan sekali dokumen sokongan korang.  Boleh juga dapatkan di Balai Polis berhampiran.

Biasanya aku akan hantar borang dua hari atau sehari awal dari tarikh aku bergerak. Jadi pada hari kejadian nanti, aku terus je gerak. Takyah susah-susah nak pegi balai polis lagi. 


Untuk pasangan yang berjauhan macam aku, korang kena sertakan dokumen-dokumen di dalam DUA salinan.

1. Surat Mohon Kebenaran Rentas Negeri (dari aku kepada Ketua Balai)

2. Borang Permit Pergerakan PKPB

3. Surat Pengesahan Majikan ( Surat dari Bos aku yang mengesahkan aku bertugas Jabatan ni)

4. Bukti tempat tinggal (salinan Bil api/air tempat tinggal sekarang dan tempat tinggal suami/ isteri)

5. Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri


Bagi urusan-urusan lain, isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni sertakan sekali dokumen sokongan yang berkaitan. Dokumen ni pun buat DUA salinan siap-siap, mudahkan kerja pegawai polis bertugas. In sya Allah.. Allah mudahkan urusan korang.


Sebarang kemusykilan boleh tanya je pada pegawai polis yang bertugas.. In sya Allah, dorang akan bantu.Ok tu je aku nak share.. apa-apa pun.. bersabar dan bertabahlah dengan ujian ni.. Semoga kita berjaya harungi ujian ni..

#kitajagakita

#stayathomestaysafe

Salam kasih sayang..


Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...