07 Disember 2020

Resepi Kacang Kuda Masak Kari - Versi Che Mah

 Assalammualaikum..


Hari ni nak share sikit resepi Kacang Kuda Masak Kari, tapi versi aku laa.. okey first off all bahan-bahannya..

100 gm kacang kuda (rendam semalaman) dan rebus sampai empuk

2 ulas bawang putih - dicincang halus

sedikit halia -dicincang halus

sebiji bawang besar - cincang kasar

200 gm ayam cincang (terpulang tak nak ayam pun boleh)

2-3 sudu besar serbuk kari 

1 sudu teh biji sawi

2 tangkai daun kari

sebiji tomato

garam secukup rasa

sedikit minyak masak untuk menumis


Okey.. bahan dah set, sekarang cara membuatnya pulak..

Mula-mula tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar, daun kari dan biji sawi. tumiskan lagi sehingga wangi.

Bila dah naik bau wangi tu, masukkan kari yang dah dibancuh dengan air.  Kacau selalu untuk elakkan kari tu hangus sehingga naik minyak 

Kemudian, masukkan ayam, lepas tu masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato tadi lembut. 

Akhir sekali, masukkan kacang kuda. Tambahkan air dalam 1 cawan,  jangan lupa tambahkan garam secukup rasa...Tutup dan biarkan mereneh sehingga kering sedikit. sambil-sambil tu.. lenyek-lenyekkan kacang tadi supaya kuah pekat, terpulang laa.. kalau suka sebiji-sebiji.. takyah laa nak lenyek sangat. 

Dah siap.. boleh makan mcam tu aje atau pun boleh je makan dengan roti atau pun wrap.. 


Sekian, untuk kali ini, salam kasih sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...