29 Januari 2009
Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.Harus seseorang itu memotong kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali sebagai alat pemotong kuku.Setelah selesai memotong kuku, harus segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan