Kampungku....
Kalau nak cite pasal kampung, rasa-rasanya.. sume orang ada kampung, walaupun dia tinggal kat bandar, itu tetap kampung dia... sebab bila dia nak balik, dia akan cakap balik kampung... bukan balik bandar..
Nak citer pasal kampung aku kat Daerah Pontian, Johor. Kampung Parit Rambai namanya... bermulalah alkisah.. pada masa pembukaan kampung ini, terdapat sepohon pokok rambai.. yang amat besar. Maka sempena pokok Rambai itulah... kampungku ini mendapat nama.. Tapi sekarang pokok rambai tu dah tak wujud lagi.. terpaksa ditebang untuk pembinaan parit..
Kalau dulu masa aku kecik-kecik, cuma jalan tanah merah... sekarang ni alhamdulillah.. dah berturap tar. Kalau dulu aku dan kengkawan laa yang selalu ada kat tepi jalan.. bermain kejar-kejar, pondok-pondok.. mandi parit pun ada.. tapi sekarang nih... anak-anak kitorang yang buat sume tuh.. tapi anak aku belum pandai keluar rumah.. tapi tunggulah tiga atau empat tahun lagi... masa tu mungkin dia jadi ketua kot... ahaks... berangan jer aku nih...
Tak banyak perubahan.. kalau adapun, rumah-rumah bertambah, kedai runcit, tambah lagi satu atau dua, owh.. Sekolah yang dulu cuma sederet.. sekarang dah jadik tiga tingkat.. Alhamdulillah... semoga ramai anak-anak kampung ni berjaya.. Insya Allah..
Masjid kat kampung ni pun dah diubahsuai... ditambah bahagian belakangnya... Kaki lima kanan dan kiri ditambah lagi...semakin luas dan besar..
28 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan