28 Januari 2009

Naik Bas Turun Bas...

Hari ni aku kerja naik bas... bukan tak biasa naik bas gi kerja dah dekat dua tahun kerja.. Berulang dari Pontian ke JB... lagi pun bukan selalu naik bas nih...kengkadang jer.. bila dah tak kawan nak ditumpang.. barulah naik bas.
Tapi tulah.. kalau naik bas.. mesti lambat sampai ofis... Punchkad pun merah laa.. nak buat camne.. dah tempat tinggal jauh... bukan tak cuba gerak awal... tapi sampai pon lebih kurang jer... Punchkad pun merah jugak.. merah pun merah laaa... janji aku sampai.

Nak citer laa pengalaman naik bas, masa mula-mula kerja dulu... gelabah semacam... tapi kata orangkan.. malu bertanya, sesat jalan.. jadi moralnya.. jangan malu untuk bertanya... sekarang nih alhamdulillah.. dah ok laaa... Dah konfiden nak naik bas ke tempat kerja. Siap tido kat dalam bas lagi.... (kalau naik bas dari Pontian ke JB sahaja... sebab tempoh perjalanan yang lama... hampir satu jam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...