Bismillah....
Alhamdulillah... Syahid dah ok... tapi semakin nakal.. sikit-sikit merajuk, mengamuk... hai.. pening betul kepala Ummi dibuatnya. Macam kak siti cakap... rasa kalau dah boleh jadi hulk... rasa-rasanya dah lama rumah tu hancur.. tak pun jadi ultraman... fire!fire! huhuhu.... kesitu pulak... macam lari dari tajuk kan??
tak pe laa.. kita tinggalkan cerita Syahid dulu.. ari nih nak cerita asal usul, nenek moyang aku.. kita cerita sebelah bapak aku dulu laa yea...
Arwah Yai (atuk), berasal dari Demak.. which part of Demak tak pasti... merantau ke Tanah Melayu (masa tu Tanah melayu laa sebab belum merdeka) sebab nak menuntut ilmu dari seorang Kiyai... nama Kiyai tu Kiyai Abdul Jabbar (Moyang aku laa tuh..)... kebetulan Kiyai Abdul Jabbar nih ada seorang anak perempuan yang belum berkahwin sebab uzur sikit.. (Abang Adir, kalau salah tolong betulkan yea...) lalu dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Ramlah atau Nyai(Nenek) Ram yang berdarah Bagelan.
Mereka kemudiannya dikurniakan lima cahayamata... yang sulung Wak Zaiton, kedua, Abdul Qahar (Wak Dol), ketiga Mohidin (bapak aku) keempat Md.Yasin dan kelima Latifah (Bik Pah). Wak Zaiton dan Paman Yasin meninggal semasa muda.. Wak Dol pulak meninggal dunia selepas aku abis SPM. Jadi sekarang cuma tinggal Bapak aku dengan adik perempuan dia iaitu Bik Pah.
Kisah asal usul bapak aku dah citer.. sekarang aku nak citer pulak sebelah mak aku...
Mak aku berdarah Ponorogo.. sebab Embah Lanang iaitu Embah Salam (atuk lelaki) dan Embah Wedok (atuk perempuan) Embah Sinok dari Ponorogo Indonesia... mereka datang keTanah Melayu untuk membuka tanah. Mereka juga dikurniakan lima cahayamata.. iaitu.. yang sulung.. Salaton (Wak Salaton), yang kedua Jamal (Wak Jamal), ketiga Jaisnaton (mak aku) keempat Zainuddin (Paman Odin) dan yang akhir sekali.... Murni (Bik Mor)....
Mak bapak aku berkahwin atas pilihan orang tua.. dan alhamdulillah... hubungan mereka kekal sehingga hari ini... walaupun kadangkala ada ribut taufannya.. tapikan itu lumrah berumah tangga...
So begitulah asal usul keturunanku.... semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang telah meninggal dunia dan diangkat darjatnya.. amin....
20 Mac 2009
12 Mac 2009
Syahid Demam....
Bismillah....
Masuk hari ni, dah hampir 4 hari anak bujang aku demam....Keciannya anak Ummi...Semalam pagi aku hantar dia gi klinik... Mula-mula memang laa dia excited nak jumpa doktor... Tapi bila dah sampai.. Tak sampai setengah jam dia dah mula bosan menunggu... Maklum laa Klinik Kesihatan Kerajaan.. Ramai orang yang datang.... Dapat nombor giliran dah banyak pulak...
Hampir dua jam kami menunggu... tak mengapa... setidak-tidaknya aku dapat mengajar Syahid supaya bersabar... Akhirnya nombor kami di panggil...
Dapat masuk dalam bilik rawatan juga.. Alhamdulillah.. Syahid tidak meragam.. Malah memberi kerjasama yang baik kepada MA yang aku panggilkan 'Doktor'. Bila nak keluar, aku ajarkan Syahid untuk mengucapkan terima kasih dan salam MA tu sebagai tanda hormat..
Keluar dari bilik MA, aku terus ambil nombor giliran untuk mengambil ubat di kaunter Farmasi.... Alhamdulillah.. semua selesai dalam pukul 10 pagi... Dalam perjalanan balik, aku singgah dikedai runcit dikampungku untuk melunaskan janji pada Syahid.. iaitu, kalau dia berkelakuan baik, aku akan membelikannya air kotak. Dia memang suka air kotak..
Sampai dirumah... mak aku tengah masak untuk makan tengah hari.... aku amik satu senduk nasi yang dah dimasak, aku masukkan ke dalam periuk lain, aku tambahkan air untuk dijadikan bubur... bila bubur dah siap, aku ajak laa Syahid makan... tak nak pulak. puas aku pujuk... tak jalan Lepas tu neneknya pulak yang pujuk... pun tak jalan.. aku bakarkan roti.. alhamdulillah.. abis juga sekeping.. jadilah buat alas perut.
Petangnya pula.. setelah suamiku pulang dari tempat kerja, dia telah mengajakku kerumah orang tuanya... "nak mintak bapak urut Syahid..'katanya.. aku pun kemaskan apa yang patut, petang tu jugak kami bertolak... sampai dirumah mertuaku lebih kurang jam lapan malam.. kalau diikutkan tak sampai sejam pun perjalanan, tapi kami singgah di pasaraya untuk membeli sedikit keperluan yang habis...
Selesai Solat Maghrib, aku beritahu pada Syahid untuk tanya sendiri pada atuknya... "Syahid nak mintak urut boleh tak?" dia mengikut apa yang aku ucapkan walaupun pelat....
Bila mula-mula kene urut tu, dia masik boleh rileks lagi.. tapi bila kena belikat dia.. menjerit, dah..!!Dah!! Dah!! aku tak sampai hati.... macam nak nangis jugak.. tapi aku kuatkan hati... rupa-rupanya belikat dia terkehel sikit.. tuh yang demam tuh.. bila perut dia kene urut, 'Atuk Nan!! Dah! Dah!..Dah!!Syahid menjerit... maybe dia rasa geli dan sakit.... tapi apa yang boleh aku buat... pujuk dia supaya bertahan... bila semua dah selesai.. atuk dia tanya, nak urut lagi tak.... dia cuma anggukkan kepala dalam tangisan.. kesian anak Ummi.. lepas tu aku gorengkan telur.. nak umpan dia makan nasi.. alhamdulillah... banyak la jugak suap yang ditelannya...
Dalam pukul 9.40, kami bertolak pulang... sampai rumah... aku terus beri antibiotik kerana masanya telah sampai. iaitu jam 10.25 malam... lepas tuh.. aku pujuk dia tido.. "Ummi, nak buai...." alamak..!!! nak buai pulak... kena laa buatkan buai.. layan jer laa.. badan tengah tak sihat kan... tak lama lepas tuh.. mintak nak tido bilik pulak... so aku angkat dia dari buaian.. bawak laa masuk bilik...

Langgan:
Catatan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...