Bismillah....
Alhamdulillah... Syahid dah ok... tapi semakin nakal.. sikit-sikit merajuk, mengamuk... hai.. pening betul kepala Ummi dibuatnya. Macam kak siti cakap... rasa kalau dah boleh jadi hulk... rasa-rasanya dah lama rumah tu hancur.. tak pun jadi ultraman... fire!fire! huhuhu.... kesitu pulak... macam lari dari tajuk kan??
tak pe laa.. kita tinggalkan cerita Syahid dulu.. ari nih nak cerita asal usul, nenek moyang aku.. kita cerita sebelah bapak aku dulu laa yea...
Arwah Yai (atuk), berasal dari Demak.. which part of Demak tak pasti... merantau ke Tanah Melayu (masa tu Tanah melayu laa sebab belum merdeka) sebab nak menuntut ilmu dari seorang Kiyai... nama Kiyai tu Kiyai Abdul Jabbar (Moyang aku laa tuh..)... kebetulan Kiyai Abdul Jabbar nih ada seorang anak perempuan yang belum berkahwin sebab uzur sikit.. (Abang Adir, kalau salah tolong betulkan yea...) lalu dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Ramlah atau Nyai(Nenek) Ram yang berdarah Bagelan.
Mereka kemudiannya dikurniakan lima cahayamata... yang sulung Wak Zaiton, kedua, Abdul Qahar (Wak Dol), ketiga Mohidin (bapak aku) keempat Md.Yasin dan kelima Latifah (Bik Pah). Wak Zaiton dan Paman Yasin meninggal semasa muda.. Wak Dol pulak meninggal dunia selepas aku abis SPM. Jadi sekarang cuma tinggal Bapak aku dengan adik perempuan dia iaitu Bik Pah.
Kisah asal usul bapak aku dah citer.. sekarang aku nak citer pulak sebelah mak aku...
Mak aku berdarah Ponorogo.. sebab Embah Lanang iaitu Embah Salam (atuk lelaki) dan Embah Wedok (atuk perempuan) Embah Sinok dari Ponorogo Indonesia... mereka datang keTanah Melayu untuk membuka tanah. Mereka juga dikurniakan lima cahayamata.. iaitu.. yang sulung.. Salaton (Wak Salaton), yang kedua Jamal (Wak Jamal), ketiga Jaisnaton (mak aku) keempat Zainuddin (Paman Odin) dan yang akhir sekali.... Murni (Bik Mor)....
Mak bapak aku berkahwin atas pilihan orang tua.. dan alhamdulillah... hubungan mereka kekal sehingga hari ini... walaupun kadangkala ada ribut taufannya.. tapikan itu lumrah berumah tangga...
So begitulah asal usul keturunanku.... semoga Allah merahmati roh-roh mereka yang telah meninggal dunia dan diangkat darjatnya.. amin....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...
Salam,
BalasPadamDemak tu kat maner? Sumatera ker?
Ponorogo tu SUmatera jugak ker?
nama2 tempat yang agak asing..
atok teman org Batu Bara, Sumatera Utara.
jemput datang ke blog amik hadiah..
BalasPadamDemak tu.. tak tau laa kat seblah mana... Ponorogo tu pun tak pasti.. cuma tau gitu-gitu jer... kecian kan saya... tak tau kat belah mana asal usul nenek moyang saya... nti laa saya cuba cari lagi banyak info pasal tempat2 nih k..
BalasPadamsalam Ummu syahid
BalasPadamelok juga kita amik tahu mana asal kita.. nanti boleh gak citer kat anakcucu.. kakyong pun ingat nak buat entry mcm ni.. tapi kena buat research dulu ler... heheh..
Salam Ummu Syahid,
BalasPadamSaya nak minta email google awak sb saya dah set saya pnya blog as a 'private'.time kasih :)
Anda telah di Tag! Sila amik Tag di blog saya yer...
BalasPadam