26 Jun 2009

Dilema Seorang Ibu...( Aku Laa tuh..)

Bismillah.....

Hampir setiap hari aku di dalam dilema... meninggalkan anak aku atau keluar bekerja....

Bukan apa... sejak berpindah rumah... Syahid seolah-olah tak mahu berpisah dengan aku. Bila dia jaga je dari tido.. perkara pertama yang dia buat ialah... menangis... merayu agar aku tidak bekerja... "Ummi.... Jangan kerja... Abah je kerja... kita jalan-jalan umah Tok Moh je..." masa mula-mula tu aku pujuk-pujuk jugak laa... cakap aku kerja sebab nak tolong Abah dia.. nak tolong Abah beli diapers dia, susu dia... dengan harapan dia akan faham...

Tapi lama- kelamaan... aku buat tak tau jer.. dah lali.. Alhamdulillah... sekarang ni dah kurang tangisnya... kalau nangis pun, sekejap jer... cuma sayu hati ni bila dia cakap "nak salam... nak cium..." dalam tangisan...

Memang laa kalau boleh aku nak duduk kat umah jer... tak yah nak antar ke nurseri setiap hari...

Pagi-pagi, abah dia akan hantar, bila balik pulak, aku yang akan ambik... biasanya dia akan mintak pegi kedai... ada masa aku layan... itu pun kalau aku ada nak beli barang... tapi most of the time.. aku tak layan sangat.. aku akan ubah topik...

2 ulasan:

  1. semua ibu pun ade perasaan mcm ni..

    BalasPadam
  2. sedih kan..saya dah 10 bln jd suri rumah tak cukup masa ni, TERPAKSA kena kerja balik untuk membantu ekonomi keluarga..pun rasa serba salah nak kerja/tak.. risau gak nak lepas anak kat org/pengasuh..yer lah selalu 24jam kita yg jaga dia kan..

    anyway salam perkenalan dari ibu arifa

    BalasPadam

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...