13 November 2009

Lelaki ke Pompuan...

"Dah scan?" itulah antara soalan dari kengkawan bila diorang tahu aku mengandung lagi...

"Tak yah laa scan-scan. Lelaki ke, pompuan ke, tak kisah... asalkan sihat, sempurna anggota badannya, akal fikirannya.. itu dah cukup..." jawabku mudah.

Ntah laa aku ni simple minded orangnya.. tak nak amik pusing sangat hal-hal yang macam tuh.. anak lelaki ke anak perempuan ke... pada aku sama sahaja... semua ada kelebihan dan kekurangannya...

Bukannya apa, zaman sekarang nih... bukan tak boleh anak lelaki ke dapur... so aku akan didik anak lelaki aku buat kerja-kerja rumah, biar abah dia ajarkan buat kerja-kerja lelaki... macam... bertukang ke, berkebun ke... Kalau anak perempuan pulak, hal yang sama akan diturunkan kepada mereka.. Aku nak anak-anak aku serba boleh...tak kira lelaki atau perempuan.. yang penting pandai berdikari dan tak bergantung pada orang lain.

Hai... tingginya cita-cita Mak si Syahid nih.. mampu ke??
Insya Allah.. kita doa sama-sama ye.. semoga anak-anak kita jadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin.....

2 ulasan:

  1. Kadang2 kita tak mintak nak tau jantina pun, doktor terramah bgitau...huhuhu tai sllnya saya rahsiakan aje..tiap kali doktor bgtau pun my husband hanya tau selepas beranak :)

    BalasPadam

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...