13 Januari 2011

Menu malam ini...

Selamat malam dan salam satu Malaysia..

malam ni kitorang makan ayam masak ungkep ... ngan sayo campo jer..




Untuk ayam masak ungkep ni.. bahan2 yang diperlukan

Bahan A
Segenggam ketumbar
sedikit jintan
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sedikit halia
sesudu serbuk kunyit/ kunyit hidup
sebatang serai

Bahan B
Ayam (agak2 cukup untuk hidangan 4 orang)
Sebiji kentang - terpulang samada mahu di tambah atau tidak.
Minyak masak- dalam 2 sudu makan
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya pula...

1. Mula -mula tumbukkan bahan- bahan A hingga lumat.
2. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi. Tumis
hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan biarkan sehingga separuh masak. Tambahkan air, garam dan sedikit
gula dan sedikit asam keping dan kentang, kemudian tutup sehingga masak.
4. Hidangkan.




Selamat menjamu selera.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...