18 Februari 2012

Sandwich Telur Simple

Assalam... dan salam 1 Malaysia...


Ini adalah menu sarapan kami tiga beranak pagi ni... Sandwich telur ngan roti kaya... bersama air teh O...

Bila citer pasal sandwich telur nih..sebenornye inilah sarapan paling mudah di buat dan berkhasiat.. terutama sekali untuk anak-anakyang kurang berat badan ... macam Syahid dan Syahmi....

Ok..

Mula-mula sediakan bahan-bahannya...

2 biji telur
1 sudu besar mentega
3 sudu  mayonis
sos cili (kalau anak-anak nak pedas)
Roti secukupnya
3 helai kobis - untuk dibuat coleslaw

Cara membuatnya pula...

Membuat coleslaw:

Racik halus-halus daun kobis dan ambil 1 sudu mayonis. gaul sehingga rata. (boleh taburkan sedikit garam kalau suka, tapi saya tak tambah sebab mayonis tu dan cukup rasa.)

Membuat sandwich:

1. Mula-mula panaskan kuali... cairkan mentega.. selepas itu,
2. Masukkan telur, masak sambil hancurkan... macam buat scramble egg laaa..
3. Dah masak, angkat, dan campurkan mayonis tadi... gaul sehingga rata. Boleh juga letak lada hitam kalau suka.
4. Ratakan campuran telur dan mayonis tadi ke atas sekeping roti dan tambahkan sos cili. (Sos cili ni terpulang mengikut selera masing-masing.)
5. Kemudian, letak coleslaw atas sos cili tadi dan
6. Tangkupkan dengan sekeping roti yang lain..


hhmm.. boleh paham tak nih? mudah jer... selamat mencuba....  : )

3 ulasan:

  1. Salam Cik Mah,

    Sedap ungguh sandwich yang terhidang, akan mencuba dengan respi yg cik mah beri tu. Terima kasih daun keladi... he..he..

    BalasPadam
  2. senang nya nk buat lah macam ni .........boleh x ?????????????

    BalasPadam
  3. boleh lah nak bt mcm ni sebab kene bt aktiviti utk koko............

    BalasPadam

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...