09 April 2012

Bakal Berpindah Lagi...

Assalam... Salam 1 Malaysia...

Nak citer dari mana yer.. Ok la... pada penghujung Mac yang lalu, Abah Syahid telah berjumpa dengan tuan rumah untuk membayar sewa seperti biasa. Tapi.. bila dia balik dari bayar sewa... dia kata ada berita buruk.. aku pun tertanya-tanya apa beritanya? Rupa-rupanya tuan rumah nakkan rumahnya semula.. kami diberi tempoh hingga bulan lima... hhmmmh.. nak buat camne.. terima jer laa..

Kami mula bertanya-tanya pada jenjiran kami kalau-kalau ada lagi rumah kosong yang hendak disewakan... atau yang hendak menjual.. kami sanggup membeli. Langkah terakhir.. mohon kuarters.. dan borang kuarters telah dihantar ke Pengurusan Kompleks KDN.. Aku diberitahu, kuarters dah penuh.. so permohonan aku dalam 'waiting list'. Sampai sekarang tengah tunggu keputusan dari Pengurusan Kompleks KDN. Kalau tak dapat nak buat camno... terima jer laa... Kalau dapat, alhamdulillah..

Hari Jumaat yang lepas, kawan Abah Syahid ada call, dia kata biras dia nak jual rumah sebab ada masalah dengan bank, kebetulan rumah yang hendak dijual tu dalam taman yang sama... dan Abah Syahid ada jumpa dengan tuan rumah.. namun belum ada kata putus.. kalau ikut kelayakan aku, boleh kot beli rumah tu.. tapi apa-apa pon, kena laa jugak tengok rumah tu.. katanya dah diubahsuai so harganya mungkin lebih tinggi  takpe la.. yang penting tak terlalu tinggi dan membebankan kami... harap2 masih boleh dirunding.. So sekarang ada dua option, satu, beli rumah, yang kedua duduk kat kuarters.. hmmmh.. masih belum ada kata putus lagi...

Eksaited ada, sedih pon ada.. eksaited sebab nak pindah rumah baru, sedih sebab kena tinggalkan jenjiran yang baik hati dan aku dah anggap macam sedara sendiri...

hmm k lah.. Semoga aku dan keluarga dapat menggharungi ujian ni.. Insya Allah.. Salam ceria dan kasih sayang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...