09 Mei 2012

Balik Kampung....

Assalam dan Salam 1 Malaysia...

Tengok tajuk pon macam biasa laa kan.. balik kampung... tapi bagi aku, balik kampung dengan barang2 satu lori bukan laa balik kampung yang biasa..  ceritanye camni...

Ari Jumaat yang lepas, aku dikejutkan dengan panggilan dari Abang... dia kata tuan rumah marah-marah nak kitorang keluar dari rumah yang kitorang sewa... aku terkejut sebab setahu aku, tuan rumah tu cakap dia bagi kitorang masa sampai ujung bulan lima ni.. Ini baru  4 aribulan.. Kalau ikut plan, petang tu kitorang memang nak jumpa tuan rumah.. nak mintak extend lagi samapai bulan enam.. Tapi belum sempat jumpa tuan rumah, dia dah datang marah-marah. Kalau ikutkan deposit kami.. memang dah tamat tempoh.. tapi tak wajarlah dia buat kitorang macam nih.. sedih pon ada jugak.. tak boleh ke tanye elok2... bila nak keluar ke.. dah dapat rumah ke belum...  ini main redah jer... nasib baik Abang dapat lori petang tu jugak... lepas maghrib, kami mula isi barang ke lori..  jenjiran pon terperanjat. Diorang cakap tak tau pon nak pindah.. aku pon jawab.... saya pon tak tau saya nak pindah. Paking-packing.. sampai clear rumah tu.. malam tu dalam pukul 10 malam kitorang sampai kampung dengan barang-barang yang satu lori... Pagi Sabtu tuh, aku ngan Abang pegi semula ke rumah sewa amik balik tikar getah kitorang.. bersihkan lebih kurang.. pastu baru balik kampung semula.

Ari Sabtu dan Ahad, kitorang kemas barang kat umah kampung plak... letih woo.... sampai demam-demam badan nih. Susun semula perabot kat umah kampung Abang. Bukan tak nak balik kampung aku, cumanye tak nak nyusahkan mak. Mak aku tu bukanlah sihat sangat.. kang tekejut dia.. makin teruk sakit dia. Kalau aku kat kampung Abang, at least ada orang jaga Syahmi. Sekarang ni Syahid Ilham kena bangun awal.. seawal 6.00 pagi.. kesian pon ada jugak.. tapi masa ni laa nak ajar anak idup susah. Bila dapat kesenangan kelak, harap-harap dia akan hargai kesenangan tu.

Sekarang nih aku berulang dari Ayer Baloi ke Kempas setiap pagi.. letih laa jugak.. hampir dua jam perjalanan. Semalam aku kena demam.. tak larat nak angkat kepala nih.. semua sendi-sendi ni sakit, macam kena chikungunya semula. telan panadol 2 biji.. alhamdulillah.. lega laa sket... cuma kepala nih masih rasa berat.

Walaupun perkara ni terjadi.. aku bersyukur Allah beri aku kelapangan dan rasa tenang. Tak tension.. Tak tertekan. Alhamdulillah... famili Abang pon terima kami dengan tangan terbuka.. Bapak pon suka sebenarnya kitorang balik kampung. Ada cucu yang boleh diajak gurau. Tapi kitorang tak lama kat kampung... paling lama pon dalam tempoh 2 bulan. Sementara urusan pembelian dan ubahsuai rumah kami selesai.

Semoga kami tetap tabah menghadapi ujian ini.. Insya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...