24 Disember 2012

Kembali ke Sekolah..

Assalam dan Salam Satu Malaysia..

Macam mana dengan persiapan korang untuk anak-anak yang nak mula bersekolah minggu depan... Alhamdulillah.. Semalam dah siapkan kelengkapan uniform Syahid Ilham.. sedikit eksaited sebab.. baru masuk darjah satu. Kami belikan dia baju kemeja , dua pasang, kasut baru sepasang, stokin baru, beg baru dan tali pinggang baru. Seluar kaki tak belikan sebab... seluar masa dia ke Tabika KEMAS dulu masih elok dan muat. Kena laa ajarkan dia guna selagi boleh sejak kecik-kecik nih.. bukan apa.. tak nak membazir.. baju melayu untuk sekolah agama, ada dua pasang, satu Wak Minah beri, yang sepasang lagi Mama Gimah yang buatkan. tapi apa pon, kitorang ada tempah dua pasang lagi.. bukan apa, kalau kat Johor ni ada sekolah agama, dan kita tak tahu macam mana budak ni jaga baju dia sampai ke petang.

Kalau sebelum ni, Syahid Ilham belajar di Pra Sekolah, dia tak pakai kasut dalam kelas, waktu rehat pon tak ke kantin.. tak ada nak bermain-main di luar kelas, tapi, nanti bila dah darjah satu, waktu rehat mesti laa ke kantin, mesti bermain di luar kelas.. So harap-harap dia dapat jaga kebersihan diri dan jaga diri dari dibuli oleh kawan-kawan yang lebih besar. Maklumlah Syahid Ilham ni kecik orangnya, dia jug tak berapa berani.

Minggu depan, ada sesi pendaftaran untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Sesi orientasi untuk sekolah kebangsaan. Dah bagi tau awal-awal kat Bos, 31 Disember nanti nak amik cuti bagi mendaftarkan Syahid Ilham. Hope everything will go smoothly.. Insya Allah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...