16 Ogos 2022

Kisah Ku Hari Ini

 Assalammualaikum...

Diam tak diam.. dah 4 tahun aku kat AADK HQ ni... banyak perkara yang berjadi sepanjang aku kat sini dari penghujung 2018 hingga sekarang... dari sebelum pendemik hingga sekarang ni dah endemik... 

Iya..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin kawan-kawan hanya mampu mengucapkan rasa kasihan, bila nampak aku struggle untuk survive kat sini sorang-sorang, tapi alah bisa tegal biasa.. selagi aku bernafas.. in sya Allah, aku akan terus berusaha tak akan putus asa. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku serahkan segala-galanya kepada Dia. Aku ikhlaskan segala-galanya yang berlaku Lillaahi Taala. Apa yang berlaku nilah yang membentuk aku sekarang, yang membentuk anak-anak aku jadi lebih berdikari.  

Bukan tak sayang kat famili, tapi inilah pengorbanan yang aku dan anak-anak demi kesihatan mental aku. Mana yang tahu tu.. tahu lah bagaimana aku struggle kat tempat lama, aku mengalami simptom anxiety sehingga trigger gastrik aku jadi lebih teruk. Aku juga mengalami simptom kemurungan. Anak-anak pun kadang-kadang aku tak hiraukan. Masa nilah suami aku banyak membantu. Memberi aku sokongan. Walaupun pada mulanya dia tak sokong aku untuk pindah keluar dari Johor. Tapi aku takde pilihan lain masa tu. Sama ada aku stay dan hulur leher aku, atau aku lari untuk selamatkan kewarasan mental aku dan mulakan semula ditempat baharu. So bila kau rasa dah tak rasa selamat dan selesa kau pindah je ke tempat baharu, hijrah. 

Alhamdulillah, sepanjang aku kat AADK ni persekitaran kerja dan lingkungan kawan-kawan yang baik membantu aku dalam memulihkan semula semangat dan diri aku. Walaupun jauh dari famili aku masih boleh survive. Suami aku pun sentiasa memberi kata-kata semangat di saat aku down kat sini. Terutama sepanjang masa lock down dan rentas negeri tidak dibenarkan. Air mata tu takyah laa nak citer, korang pun paham-paham laa kan, orang pompuan ni macam mana bila rasa down tu datang.

Sekarang ni.. anxiety aku pun terkawal, jarang-jarang kena dah. Cuma part emosi tak stabil tu, jangan laa ada yang trigger, memang masing-masing nak kena dengan aku. Sedih bila kadang-kadang tu termarah kat kawan-kawan. Segan pun ada jugak. Tapi nak buat macam mana, bukan senang nak tahan rasa yang membuak-buak nak meletup bila ada yang trigger. Last-last aku tak bercakap dengan orang yang aku marah tu. Dan aku rasa, aku dah tak boleh nak bercakap dengan orang tu macam dulu lagi.  Masa mula-mula kat sini aku pesan siap-siap, selagi aku marah boleh membebel tu.. kira ok lagilah tu. Jangan aku marah sampai aku tak bercakap dengan korang, tu tanda aku dah terlampau marah. Tapi biasanya orang yang ku marah tu pun tak perasan yang aku marah kat dia. sebab masih berhubung untuk jalankan tugas-tugas harian yang diberi.

Memang bukan senang bila berjauhan dengan anak-anak dan suami. Aku cuma ada hujung minggu jer untuk bersama dorang. Itu pun dua minggu sekali aku balik, tapi kadang-kadang tu sampai tiga minggu baru aku balik Johor. Bila suami sakit, anak-anak tak ke sekolah. Belum lagi kalau anak sakit, nak nak periksa, aku cuma boleh harapkan suami dan anak aku yang sulung untuk pantau.

Korang terus doakan aku ye, supaya terus kuat, dapat balik Johor semula bersama famili aku. Tanpa doa dari mak bapak, famili dan kawan-kawan, aku pun tak akan sekuat ini. 


Salam penuh kasih sayang.. 

Che Mah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...