27 Julai 2009

Ujian ISAC (IT Skill Assessment and Certification)

Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan Pembantu Tadbir )Kesetiausahaan) N17. Ia mengandungi dua bahagian, iaitu, Bahagian Pertama - Pengetahuan (40 Soalan Objektif) , Bahagian Kedua - Kemahiran (3 soalan)

Bagi Bahagian Pertama - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :
i) Koridor Raya Multimedia
ii) Kerajaan Elektronik
iii) Pengetahuan asas komputer dan perkembangan ICT
iv) Pakej/alat produktiviti umum
v) Internet dan email


Bagi Bahagian Kedua - Menilai kemahiran dalam :
i) Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
ii)
Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
iii) Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.


PERSIJILAN

Calon akan diberi sijil pengiktirafan sekiranya lulus kedua-dua bahagian dalam satu ujian yang sama


Untuk maklumat lanjut, sila layari link ini. http://www.intanbk.intan.my/cda/m_services/ser_isac.php

Keputusan hanya akan diketahui sebulan dari tarikh ujian diambil.

3 ulasan:

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...