25 Mei 2011

Perasaan Ini...

Assalam dan Salam 1 Malaysia..

Hari ni nak layan perasaan yang ntah apa-apa  jer.. mungkin tak cukup rehat.. atau mungkin angin taufan nak melanda.. aku nih.. sebulan sekali mesti nak kena ada angin atau gelombang perasaan.. ayat skema kan...

Hm... tak pe laa.. semalam tetiba je aku rasa sedih.. menangis tak tentu pasal.. tapi tak kuat la.. mungkin kerana tekanan yang sedia ada, dengan keadaan kewangan keluarga aku yang tak stabil, kerja di pejabat berlonggok-longgok yang tak tau bila nak surutnya... ntah laa.. tapi aku bersyukur.. Allah masih memberi aku kekuatan, ketenangan.. walau kadang-kadang aku hampir berputus harap... memang Allah sayangkan aku,

Alhamdulillah.. semua musibah yang aku terima aku terima dengan hati yang terbuka dan redha, kata-kata semangat dari teman-teman menjadi pendorong dan sumber kekuatan aku.. walaupun ada segelintir dari mereka tidak memberi jalan penyelesaian, atau kata semangat, hanya menambah masalah yang ada.. tak mengapa.. aku faham.. mereka tidak pernah berada ditempatku.. mereka hanya tahu bercakap.. dan cakap-cakap mereka itu hanya omong kosong.. tiada nilai untuk diterima...

Suami dan anak-anakku merupakan sumber kekuatan.. tanpa mereka disisi.. aku mungkin tidak setabah ini atau sekuat ini..  dan semasa aku menaip entry ni pun... air mataku mula menitis mencari kekuatan untuk terus meluahkan apa yang terpendam..

Abah.. biar susah mana pun kita.. kita tetap akan bersama, biarlah kita diuji dengan apa pun bentuk ujian, selagi kita bersama... Insya Allah.. kita kan berjaya mengharunginya..

Kepada rakan-rakan.. doakan kami sekeluarga agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini....

19 Mei 2011

Eksiden Lagi....Nasib.. Nasib...

As salam... semoga semua berbahagia hendaknya.. cuma aku jer yang kurang berbahagia... pagi-pagi lagi dilanda musibah.. kereta yang aku pandu tiba-tiba hilang kawalan.. aku langgar belakang kereta orang..
hai.. nasib-nasib.. nasib baik pemandu tu tak melenting.. ye laa.. mana tau mood orang pagi-pagi nih.. memang laa nasib..kan..  ni antara gmbo yang dapat diupload.. macamnye nak tolak jer keta nih.. tapi tak tau laa.. pegi balaibuat repot, claim insuran...






Terima kasih pada Zul, sepupu abang dan kawannya Hudson yang banyak membantu.. tak lupa juga pada Dr. Akashah... yang memberi kerjasama.. Dokter ni laa yang aku langga belakang keretanya.. tapi tak laa seteruk kereta aku.. dia bawak keta Honda  Accord.. so memang laa keta aku yang hancur... so moral of the story.. kalau driving tu.. fokus laa.. jgn dok khayal...nti jadi macam aku....he..he..he..

Akhir kata.. drive safely ;)

16 Mei 2011

Selamat Hari Guru... TERIMA KASIH CIKGU...

As salam dan salam satu Malaysia...

Hmm.. dihari yang mulia ini, hari Isnin, 16 Mei 2011, say ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya hingga ke tahap ini... kalau dikenang-kenangkan masa sekolah dulu.. hari guru adalah antara hari-hari yang ditunggu-tunggu.. ada persembahan dari setiap kelas untuk Cikgu-cikgu, antaranya sketsa, sajak, nyanyian.. tapi yang paling best kan... ari ni tak ada kelas... ;)...  jangan marah Cikgu... senyum... senyum..

Hmm... lagi masa saya jadi Cikgu sandaran dulu.. saya terima banyak hadiah dari anak murid.. best laa gak perasaan tu kan.. sekarang nih.. tak de laa tapi sememangnya untuk menjadi seorang guru yang baik memang tugas yang berat... mesti sanggup berkorban masa, tenaga malah wang ringgit. Oleh yang demikian.. buat adik-adik yang masih bersekolah, hargailah jasa dan pengorbanan guru.. sentiasa doakan kesejahteraan mereka, kerana tanpa mereka.. kita mungkin tidak boleh berjaya dalam hidup... merekalah yang mengenalkan kita dengan ABC dan 123, itulah asas membaca dan mengira..

Kepada semua cikgu di Sekolah Kebangsaan Parit Rambai... Batch 1986-1991, Sekolah Menengah Telok Kerang, Batch, 1992-1996 dan Sekolah Dato' Penggawa Barat, Batch 1997-1998...............


TERIMA KASIH CIKGU.......................

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...