Assalam dan Salam 1 Malaysia..
Hari ni nak layan perasaan yang ntah apa-apa jer.. mungkin tak cukup rehat.. atau mungkin angin taufan nak melanda.. aku nih.. sebulan sekali mesti nak kena ada angin atau gelombang perasaan.. ayat skema kan...
Hm... tak pe laa.. semalam tetiba je aku rasa sedih.. menangis tak tentu pasal.. tapi tak kuat la.. mungkin kerana tekanan yang sedia ada, dengan keadaan kewangan keluarga aku yang tak stabil, kerja di pejabat berlonggok-longgok yang tak tau bila nak surutnya... ntah laa.. tapi aku bersyukur.. Allah masih memberi aku kekuatan, ketenangan.. walau kadang-kadang aku hampir berputus harap... memang Allah sayangkan aku,
Alhamdulillah.. semua musibah yang aku terima aku terima dengan hati yang terbuka dan redha, kata-kata semangat dari teman-teman menjadi pendorong dan sumber kekuatan aku.. walaupun ada segelintir dari mereka tidak memberi jalan penyelesaian, atau kata semangat, hanya menambah masalah yang ada.. tak mengapa.. aku faham.. mereka tidak pernah berada ditempatku.. mereka hanya tahu bercakap.. dan cakap-cakap mereka itu hanya omong kosong.. tiada nilai untuk diterima...
Suami dan anak-anakku merupakan sumber kekuatan.. tanpa mereka disisi.. aku mungkin tidak setabah ini atau sekuat ini.. dan semasa aku menaip entry ni pun... air mataku mula menitis mencari kekuatan untuk terus meluahkan apa yang terpendam..
Abah.. biar susah mana pun kita.. kita tetap akan bersama, biarlah kita diuji dengan apa pun bentuk ujian, selagi kita bersama... Insya Allah.. kita kan berjaya mengharunginya..
Kepada rakan-rakan.. doakan kami sekeluarga agar diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Hari Ahad lepas, kitorang makan burung puyuh ni kat umah Bapak.. suppliernyer dekat kg. seblah jer.. Ok laa aku nak kongsi resepinye ngan ko...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan