Hmm.. dihari yang mulia ini, hari Isnin, 16 Mei 2011, say ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengajar dan mendidik saya hingga ke tahap ini... kalau dikenang-kenangkan masa sekolah dulu.. hari guru adalah antara hari-hari yang ditunggu-tunggu.. ada persembahan dari setiap kelas untuk Cikgu-cikgu, antaranya sketsa, sajak, nyanyian.. tapi yang paling best kan... ari ni tak ada kelas... ;)... jangan marah Cikgu... senyum... senyum..
Hmm... lagi masa saya jadi Cikgu sandaran dulu.. saya terima banyak hadiah dari anak murid.. best laa gak perasaan tu kan.. sekarang nih.. tak de laa tapi sememangnya untuk menjadi seorang guru yang baik memang tugas yang berat... mesti sanggup berkorban masa, tenaga malah wang ringgit. Oleh yang demikian.. buat adik-adik yang masih bersekolah, hargailah jasa dan pengorbanan guru.. sentiasa doakan kesejahteraan mereka, kerana tanpa mereka.. kita mungkin tidak boleh berjaya dalam hidup... merekalah yang mengenalkan kita dengan ABC dan 123, itulah asas membaca dan mengira..
Kepada semua cikgu di Sekolah Kebangsaan Parit Rambai... Batch 1986-1991, Sekolah Menengah Telok Kerang, Batch, 1992-1996 dan Sekolah Dato' Penggawa Barat, Batch 1997-1998...............
TERIMA KASIH CIKGU.......................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan