12 Jun 2011

Annversary... Yang ke-6

Assalam...

Ehsan En. Gugel

Semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang keenam.. diam tak diam dah enam tahun kami bersama... banyak suka dan duka ditempuh bersama.. susah dan senang juga bersama.. alhamdulillah.. setakat ini kami masih mamppu bertahan... kerana ada pengikat kasih kami.. Syahid Ilham dan Syahmi Isyraf... merekalah pendorong kami supaya menjadi kuat dan tabah.. mereka juga menjadikan kami lebih bertanggungjawab.

Sebagai ibu dan bapa, kami berharap dan berdoa agar mereka menjadi insan berguna dan berilmu...sedikit sebanyak ilmu dunia dan akhirat diberi sedikit demi sedikit.. nilai-nilai murni diterapkan dalam kehidupan seharian...

Kepada Cik Abang Sayang... enam tahun perkahwinan kita ni, banyak ilmu yang saya dapat.. terutama untuk mejadi seorang yang lebih bersabardan tabah.. namun dalam mengharungi onak dan ranjau perkahwinan ini.. kadangkala ada ujian yang terlalu berat untuk diharungi.. sehingga terasa seolah-olah saya seorang yang menghadapinya.. saya terlupa yang awak juga mengalami masalah itu bersama-sama saya.. maafkan kekhilafan diri saya ye... semoga pengalaman ini menjadikan kita manusia yang lebih matang dan semoga kita berjaya mendidik anak-anak kita....

Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Keenam... semoga jodoh kita berpanjangan... Amin....

2 ulasan:

  1. selamat ulang tahun perkahwinan...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...

    akak doakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

    BalasPadam

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...