18 Ogos 2011

Tinggal Kenangan....

Assalam... bila nengok gambar-gambar lama... nih.. teringat pulak masa keja kat TJB.. ini adalah pemandangan seharian ketika pulang dari kerja...



Pembinaan fly over depan HSA baru bermula..
hmm..  jalan memang laa jem... tapi tak laa lama sangat... sekarang nih dah siap ke blom ye??  Harap2 siap laa fly over nih.. mesti makin besar jalan kat depan spital tuh..




Encik Man yang baik hati...
Ni Encik Man.. masa keja kat TJB, aku tumpang keta dialah.. tapi.. kengkadang bila dia takde.. aku tumpang keta Kak Mim dia ni salah seorang penumpang keta encik Man.. kalau dua-dua takde.. tarpaksala aku tumpang Encik Bas....huhuhu...
 
Kat sinilaa aku menunggu Encik Man..

Belakang Menara Tabung Haji

Warong Batu..
  Kat sini laa kitorang lunch.. or breakfast. tapi aku tak selalu pegi laa kan.. kerana gak jauh dari opis..

Tempat keja aku...



Bangunan Sultan Ismail
Gambar nih diambil masa tengah tunggu Kak Wati... dia keja kat Menara Ansar, dia juga salah seorang penumpang kereta Encik Man ..
Rindu pada suasana itu.. walau most of the time aku membuta... kesian Encik Man kena drive sorang-sorang walau yang menumpangnya ramai... .. iya laa sekarang nih kan aku drive sendiri....huhuhu...

Hmm.. apa kabar laa agaknyer diorang ye.. moga-moga mereka sentiasa bahagia dan sentiasa di rahmati Allah.. Amin...

Itulah secebis kenangan.. sebuah kehidupan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...