21 November 2011

Hujung Minggu di Pekan Nanas

Assalam dan Salam 1 Malaysia....

Hmm... camner hujung minggu korang?? Seronok cuti dua hari...? Minggu ni kirorang pakat tak balik mana-mana kampung... so stay jer laa kat Pekan Nanas. Kalau nak diikutkan perancangan, kitorang nak bawak anak-anak ke taman permainan berhampiran semalam, tapi memandangkan hari hujan, terpaksalah tunda sehingga diberitahu kelak.. Semalam anak-anak Ibu datang umah.. petang baru aku buatkan sandwich untuk bebudak tuh.. sandwich simple jer.. tapi belum sempat nak snap, dah licin dah.. nak buat camno.. tak per laa.. nti lain kali aku share ngan korang cerita pasal sandwich nih..

Semalam aku rasa ralat laa jugak bila hempon aku tak berfungsi dengan sempurna, kata makna lain, rosak da.. meragam laa pulak.. kita boleh dengar suara orang yang menalipon kita, tetapi orang yang menalipon tak dapat dengar suara kita.. so berhelo-helo laa aku semalam.. sedih betul laa.. nak buat macam mana nih.. nak hantar gi kedai, poket dah tipis nih.. so aku nekad guna sms jer la... pagi tadi, aku dapat idea, cuba laa offkan dulu hempon nih.. pastu cuba on balik... bila on balik, aku cuba call officemate, alhamdulillah... ok laa pulak. pas tu tak puas hati, aku cuba call Ibu.. berjaya!! maknanya, hempon aku dah ok... mungkin semalam dia pening kot.. bila Syahid dok main game jer.. hampon aku demam laa sekejap. Bila dah direset balik, ok laa jadinya.. So aku rasa kita pon macam tuh.. kengkadang tuh badan ni rasa lemah-lemah jer, demam laa.. Itu tandanya badan kita memberi isyarat untuk kita berehat... rehat sehingga sembuh.. tapi bukan laa bermakna bila kita demam, tak perlu buat sebarang kerja... buat sekadar ikut kemampuan. Kalau tak mampu, rehat laa..

Lagi satu, bila dah tension buat kerja-kerja kat opis, apa kata, berehat seketika... buat benda lain dulu.. Jangan pandang dulu kerja-kerja yang mendatangkan tension... nanti semakin banyak salah atau semakin tak tentu hala jadinya. Take five dulu.. tarik nafas panjang-panjang... lepas tu baru sambung kerja.. Insya Allah... bila dah kurang tension tuh.. barulah boleh selesaikan tugas.

Hmm.. ok laa.. setakat ini dulu. berjumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...

18 November 2011

Jumaat yang Ceria

Assalam... dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah... hari ni sekadar ingin berkongsi cerita dan emosi... Sebenarnya tak lah luar biasa sangat perasaan nih.. tapi hari nih aku rasa tenang.. bahagia dan hati berbunga-bunga.. Nak ucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Negara yang berjaya menjaringkan gol.. dan juga semua atlet negara yang telah berjuang sehabis baik di Palembang dan Jakarta.. Tahniah kepada yang telah menymbangkan pingat.. dan yang tidak berjaya, jangan putus asa.. usaha lebih gigih lagi untuk masa akan datang.

Hari ni kerja tak tension, takde tekanan dan agak relaks memandangkan bos tak masuk opis ari nih.. bukan dia curi tulang ok... dia ada meeting semalam n ari ni..  So aku yang kat opis ni agak relaks laa.. tapi tak laa terlalu santai.. ada kerja laa jugak, cuma tak la terkejar-kejar...

Hari ni mood ok.. walaupun ada sedikit gangguan di awal pagi tadi.. tapi dah selesai masalah tu.. alhamdulillah.. Oh ye.. cuti sekolah dah bermula.. ni yang best nih.. macam laa aku yang dapat cuti.. takpe laa aku tumpang eksaited jer.. budak-budak yang dapat cuti.. mak bapaknye yang eksaited seh.. Syahid dah mula cuti ari nih.. malam ni projek pertama cuti sekolah bermula.. ajak Daniel, anak ibu tido rumah.. so kena laa sediakan menu untuk esok... hmm.. nti laa beli lauk sket.. Daniel ni suka sandwich yang aku buat.. so antara menu sarapan esok pagi sandwich, roti bakar or yang berat sikit, mee hoon goreng.. tengok laa yang mana sempat..

Kalau ada sempat, nak cuba jugak oven yang baru dibeli tempoh hari. Belum keluar dari kotak lagi... Walau dah hampir dua minggu diperolehi. Takpe.. nti akan aku guna jugak... don't worry k..  lepas nih banyak projek baking-membaking..  

15 November 2011

Review Novel Janji Julia

Assalam.. Dan Salam 1 Malaysia... Kabare??  Aku tak berapa sihat sebenarnya.. demam dan selsema.. semalam dah MC.. dapat 1 ari jer.. so nak tak nak ari ni kena laa jugak pegi kerja.. walau kepala masih lagi senoning.. ku gagahi jua.. chewah..


Hmm.. ok laa.. Kita sambung citer Tajuk kat atas.. Kisah bermula apabila satu virus baru telah menyerang negara.. dan Julia adalah seorang pelajar di salah satu Universiti tercanggih sedang membuat penyelidikan bagi mencari penawar untuk Virus tersebut. namun demikian, pada masa yang sama satu pemberontakan berlaku dan Julia telah berjanji dengan teman baiknya Mimi untuk menghantar Mimi  pulang ke pangkuan keluarga.. Namun demikian, dalam perjalan pulang ke kampung halaman Mimi, mereka telah diserang oleh sekumpulan pemberontak. Ini menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan, dan semasa di dalam hutan, mereka telah berjumpa dengan dua orang penyelidik yang mencari sejenis herba bagi mencari penawar virus yang sama. Berbagai onak dan ranjau diharungi oleh empat sahabat ini bagi mempertahankan herba tersebut dan Julia bagi menunaikan janjinya pada Mimi. Tapi biasa laa selepas semua kesukaran pasti ada hepi ending.. begitu juga cerita ni.. tapi kalau nak rasa 'thrill' kena laa baca sendiri.. pengalaman semasa membaca novel ni memang laa puas hati.. berbaloi dengan nilai harga buku nih.. so apa kata para pencinta novel.. pakat ramai-ramai beli novel ni.. boleh terus hubungi terus penulisnya melalui email pnmaria1@gmail.com. Kalau korang beli terus melalui Puan Maria, korang dapat novel yang siap diautograf..  tapi apa-apa pun keputusan di tangan korang..

Akhir kata.. salam berbahagia dan selamat membaca...  ;  )

01 November 2011

Novel Janji Julia Dah Sampai..

Assalammualaikum.. dan Salam Satu Malaysia..


Novel Janiji Julia
Penulis: Maria Kajiwa

Alhamdulillah.. novel yang aku order online dah sampai. Kata Ibu, Novel ni sampai ari Sabtu lagi.. tapi memandangkan aku dah balik kampung, so semalam la dia kirim kat Syahid.. Alamat surat-menyurat  memang aku guna alamat Ibu... bukan apa, rumah Ibu sentiasa ada orang.. so bila posmen hantar.. kompem ada yang menerimanya...

Bila nampak Syahid bawak balik bungkusan tu aku memang dah dapat agak.. Syahid n Syahmi pon eksaited sama... sibuk nak tolong bukak. Bila dah bukak bungkusan tu..Syahmi pulak sibuk nak tompang baca.. aku ni bukannya apa, risau buku tu terkoyak ke .. maklumla.. aku belum rasmikan lagi. Terpaksalah aku bagi buku lain kat Syahmi, nasib baik dia terima buku gantian tuh.. kalau tak.. haru woo..

Malam tadi jugak aku abiskan baca.. tapi aku tebuk tengah-tengah laa...sebab aku dah baca sebahagiannya secara online.. huhuhu.. best, jalan cerita yang menarik. hmm.. nti laa bila ada masa lapang, aku cerita sikit pasal novel nih.Oh ye.. kalau korang nak baca kisahnye secara online, boleh klik sini

Ok.. setakat ini dulu.. Salam penuh kasih sayang dan semoga ceria selalu.... ;)

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...