15 November 2011

Review Novel Janji Julia

Assalam.. Dan Salam 1 Malaysia... Kabare??  Aku tak berapa sihat sebenarnya.. demam dan selsema.. semalam dah MC.. dapat 1 ari jer.. so nak tak nak ari ni kena laa jugak pegi kerja.. walau kepala masih lagi senoning.. ku gagahi jua.. chewah..


Hmm.. ok laa.. Kita sambung citer Tajuk kat atas.. Kisah bermula apabila satu virus baru telah menyerang negara.. dan Julia adalah seorang pelajar di salah satu Universiti tercanggih sedang membuat penyelidikan bagi mencari penawar untuk Virus tersebut. namun demikian, pada masa yang sama satu pemberontakan berlaku dan Julia telah berjanji dengan teman baiknya Mimi untuk menghantar Mimi  pulang ke pangkuan keluarga.. Namun demikian, dalam perjalan pulang ke kampung halaman Mimi, mereka telah diserang oleh sekumpulan pemberontak. Ini menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan, dan semasa di dalam hutan, mereka telah berjumpa dengan dua orang penyelidik yang mencari sejenis herba bagi mencari penawar virus yang sama. Berbagai onak dan ranjau diharungi oleh empat sahabat ini bagi mempertahankan herba tersebut dan Julia bagi menunaikan janjinya pada Mimi. Tapi biasa laa selepas semua kesukaran pasti ada hepi ending.. begitu juga cerita ni.. tapi kalau nak rasa 'thrill' kena laa baca sendiri.. pengalaman semasa membaca novel ni memang laa puas hati.. berbaloi dengan nilai harga buku nih.. so apa kata para pencinta novel.. pakat ramai-ramai beli novel ni.. boleh terus hubungi terus penulisnya melalui email pnmaria1@gmail.com. Kalau korang beli terus melalui Puan Maria, korang dapat novel yang siap diautograf..  tapi apa-apa pun keputusan di tangan korang..

Akhir kata.. salam berbahagia dan selamat membaca...  ;  )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...