Tak mampu untuk update semingu sekali.. salam bersiaran untuk semua.
Nak share pengalaman mengikut rombongan Syahmi ke Kidzania Kuala Lumpur
Kami bertolak dari Sekolah Batu 24 kira-kira jam 6.45 pagi. Tiba di Kidzania dalam pukul 12.30 tengahari. Di sambut oleh Staff Kidzania dan diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan dan pengembaraan yang bakal ditempuhi anak-anak pra di Kidzania ini.
Antara aktiviti yang Syahmi sertai.. bertugas sebagai polis dan juga bekerja di makmal vitagen..
Pengembaraan berakhir pada jam 5.00 petang.. semua ibu bapa yang mengikuti rombongan amat berpuashati.. terutama mak jemah-mak jemah ni.. kak watie, kak odah.. erma.. aku.. memang terbaik.
Kemudian kami singgah di Masjid Putrajaya, makan malam dan bertolak pulang.
Ribuan terima kasih dan tahniah buat Cikgu Rahimah dan Pn. Zaili kerana berjaya menganjurkan Program rombongan ini. harap-harap tahun depan cikgu tak serik ajak kami lagi walaupun dah tak ada anak kat pra.. Kami selamat tiba di Sekolah Batu 24 sekitar jam 12.30 pagi.. alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.
Sekian, salam penuh kasih sayang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan