Assalam dan Salam 1 Malaysia....
Pada hari Isnin yang lepas, iaitu paa 5 Mac 2012, genaplah umur Cami dua tahun... Alhamdulillah... Aku cuma dapat buatkan bubur merah.. Majlis sambutan hari ulangtahun nanti... akan disambut bersama dengan hari lahir abang pada 28 April 2012. Insya Allah... Semoga Cami sentiasa sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh... amin....
07 Mac 2012
18 Februari 2012
Sandwich Telur Simple
Assalam... dan salam 1 Malaysia...
Bila citer pasal sandwich telur nih..sebenornye inilah sarapan paling mudah di buat dan berkhasiat.. terutama sekali untuk anak-anakyang kurang berat badan ... macam Syahid dan Syahmi....
Ok..
Mula-mula sediakan bahan-bahannya...
2 biji telur
1 sudu besar mentega
3 sudu mayonis
sos cili (kalau anak-anak nak pedas)
Roti secukupnya
3 helai kobis - untuk dibuat coleslaw
Cara membuatnya pula...
Membuat coleslaw:
Racik halus-halus daun kobis dan ambil 1 sudu mayonis. gaul sehingga rata. (boleh taburkan sedikit garam kalau suka, tapi saya tak tambah sebab mayonis tu dan cukup rasa.)
Membuat sandwich:
1. Mula-mula panaskan kuali... cairkan mentega.. selepas itu,
2. Masukkan telur, masak sambil hancurkan... macam buat scramble egg laaa..
3. Dah masak, angkat, dan campurkan mayonis tadi... gaul sehingga rata. Boleh juga letak lada hitam kalau suka.
4. Ratakan campuran telur dan mayonis tadi ke atas sekeping roti dan tambahkan sos cili. (Sos cili ni terpulang mengikut selera masing-masing.)
5. Kemudian, letak coleslaw atas sos cili tadi dan
6. Tangkupkan dengan sekeping roti yang lain..
hhmm.. boleh paham tak nih? mudah jer... selamat mencuba.... : )
Bersantai di Taman Rekreasi Pantai Rambah II
Assalam dan Salam 1 Malaysia....
Hmm .... ari nih nak kongsi sebahagian lagi gambar yang ambil semasa di Pantai Rambah...
Hmm. ok laaa setakat ini dulu.... salam penuh kasih sayang
Hmm .... ari nih nak kongsi sebahagian lagi gambar yang ambil semasa di Pantai Rambah...
![]() |
| Abang: Yeah.. sampai bawah.. |
Mula-mula Syahid teragak-agak nak turun ke bawah ni ..
![]() |
| Abang: Jom Dik, amik gambar... |
![]() |
| Adik: Abang... tunggu adik... |
![]() |
| Adik: Abang.. tunggu adik laa... |
![]() |
| Abang: Cepat laa.... nak gi taman ni... |
![]() |
| Posing lagi.. |
![]() |
| Naik tangga...... |
![]() |
| Turun..... |
![]() |
| Alamak... nape niarap nih.... Adik: Style baru laa Ummi.... |
![]() |
![]() |
| Muka budak takmo balik |
Hmm. ok laaa setakat ini dulu.... salam penuh kasih sayang
09 Februari 2012
Bersantai di Taman Rekreasi Pantai Rambah
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..
Ada gambar lain akan menyusul... tunggu...
Nak share sket aktiviti kami sekeluarga pada hujung minggu semasa Tahun Baru Cina....
![]() |
| Antara pemandangan yang menyambut kami.... abaikan mamat yang kat bawah pokok tu yer.. |
![]() |
| Syahid Ilham |
![]() |
| Syahid Ilham kat tepi Pantai Rambah.. |
12 Januari 2012
My First Baking Project...
Assalam... dan salam 1 Malaysia....
hmm.. hari ni nak citer laa ngan korang pasal Projek mem'baking' yang pertama.. sori ye bahasa bercampur campur..
layan jer laa gambo-gambo kat bawah nie yea...
hmm.. hari ni nak citer laa ngan korang pasal Projek mem'baking' yang pertama.. sori ye bahasa bercampur campur..
layan jer laa gambo-gambo kat bawah nie yea...
| Inilah oven yang baru tu.. ;) |
| Abang Ayed dan tak sabar nak tolong.. bertungkus-lumus membantu Umminye... |
| Ini muffin Coklat Cip yang belum dibakar |
| Ini setelah ditabur coklat cip ngan gula warna-warni |
| Anak-anak Ibu dan anak-anak aku.. menikmati hasil percudaan muffin yang pertama |
Sekian, salam sayang dan ceria.....
30 Disember 2011
Orientasi Pra Sekolah - Syahid
Assalammualaikum..
Selain dari itu, kami juga dimaklumkan sekiranya ada ibu bapa yang berhajat untuk menyambut ulangtahun anak2 di Sekolah, hendaklah memaklumkan kepada pihak Pra Sekolah melalui Cikgu Rahimah, ini kerana beliau yang akan mengaturkan program-program tersebut.
Alhamdulillah... semalam dengan rasminya Syahid Ilham menjadi sebahagian dari warga Sekolah Kebangsaan Batu 24, Pekan Nanas bila telah didaftarkan di Pra Sekolah.. pagi semalam setelah membayar yuran.. ada program orentasi dan taklimat untuk ibu bapa... belum apa-apa Syahid dah ujan bila aku tinggalkan dia sekejap.. pas tu kitorang masuk balik ke dalam bilik Pra Sekolah tu. dan dia masih lagi ujan.. sampai kena tegur ngan guru besar... aku perati jer... saja tak nak dia nampak aku..
| Masa ni Syahidtak prasan aku lagi.. dok melayan air mata... |
| Antara ibu bapa yang hadir.. Khusyuk mendengar taklimat Guru Besar |
Then, budak-budak di panggil ke belakang kelas, diberi permainan. Ibu bapa bermesyuarat untuk melantik AJK Badan Permuafakatan Pra Sekolah.. ni macam PIBG laa, tapi hanya peringkat Pra Sekolah sahaja. Namun demikian menurut Cikgu Rahimah, guru Pra Sekolah, jika ada mesyuarat semua ibu dan bapa pelajar akan dipanggil agar keputusan dapat diterima sebulat suara.
| hmm.. adik pon nak join.. huhuhu.. |
Program Oreintasi ni berakhir lebih kurang jam 10.30 pagi.. hmm.. setakat ini dulu...
Salam kasih sayang...
21 November 2011
Hujung Minggu di Pekan Nanas
Assalam dan Salam 1 Malaysia....
Hmm... camner hujung minggu korang?? Seronok cuti dua hari...? Minggu ni kirorang pakat tak balik mana-mana kampung... so stay jer laa kat Pekan Nanas. Kalau nak diikutkan perancangan, kitorang nak bawak anak-anak ke taman permainan berhampiran semalam, tapi memandangkan hari hujan, terpaksalah tunda sehingga diberitahu kelak.. Semalam anak-anak Ibu datang umah.. petang baru aku buatkan sandwich untuk bebudak tuh.. sandwich simple jer.. tapi belum sempat nak snap, dah licin dah.. nak buat camno.. tak per laa.. nti lain kali aku share ngan korang cerita pasal sandwich nih..
Semalam aku rasa ralat laa jugak bila hempon aku tak berfungsi dengan sempurna, kata makna lain, rosak da.. meragam laa pulak.. kita boleh dengar suara orang yang menalipon kita, tetapi orang yang menalipon tak dapat dengar suara kita.. so berhelo-helo laa aku semalam.. sedih betul laa.. nak buat macam mana nih.. nak hantar gi kedai, poket dah tipis nih.. so aku nekad guna sms jer la... pagi tadi, aku dapat idea, cuba laa offkan dulu hempon nih.. pastu cuba on balik... bila on balik, aku cuba call officemate, alhamdulillah... ok laa pulak. pas tu tak puas hati, aku cuba call Ibu.. berjaya!! maknanya, hempon aku dah ok... mungkin semalam dia pening kot.. bila Syahid dok main game jer.. hampon aku demam laa sekejap. Bila dah direset balik, ok laa jadinya.. So aku rasa kita pon macam tuh.. kengkadang tuh badan ni rasa lemah-lemah jer, demam laa.. Itu tandanya badan kita memberi isyarat untuk kita berehat... rehat sehingga sembuh.. tapi bukan laa bermakna bila kita demam, tak perlu buat sebarang kerja... buat sekadar ikut kemampuan. Kalau tak mampu, rehat laa..
Lagi satu, bila dah tension buat kerja-kerja kat opis, apa kata, berehat seketika... buat benda lain dulu.. Jangan pandang dulu kerja-kerja yang mendatangkan tension... nanti semakin banyak salah atau semakin tak tentu hala jadinya. Take five dulu.. tarik nafas panjang-panjang... lepas tu baru sambung kerja.. Insya Allah... bila dah kurang tension tuh.. barulah boleh selesaikan tugas.
Hmm.. ok laa.. setakat ini dulu. berjumpa lagi di lain masa.. Insya Allah...
18 November 2011
Jumaat yang Ceria
Assalam... dan Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah... hari ni sekadar ingin berkongsi cerita dan emosi... Sebenarnya tak lah luar biasa sangat perasaan nih.. tapi hari nih aku rasa tenang.. bahagia dan hati berbunga-bunga.. Nak ucapkan tahniah kepada Pasukan Bola Sepak Negara yang berjaya menjaringkan gol.. dan juga semua atlet negara yang telah berjuang sehabis baik di Palembang dan Jakarta.. Tahniah kepada yang telah menymbangkan pingat.. dan yang tidak berjaya, jangan putus asa.. usaha lebih gigih lagi untuk masa akan datang.
Hari ni kerja tak tension, takde tekanan dan agak relaks memandangkan bos tak masuk opis ari nih.. bukan dia curi tulang ok... dia ada meeting semalam n ari ni.. So aku yang kat opis ni agak relaks laa.. tapi tak laa terlalu santai.. ada kerja laa jugak, cuma tak la terkejar-kejar...
Hari ni mood ok.. walaupun ada sedikit gangguan di awal pagi tadi.. tapi dah selesai masalah tu.. alhamdulillah.. Oh ye.. cuti sekolah dah bermula.. ni yang best nih.. macam laa aku yang dapat cuti.. takpe laa aku tumpang eksaited jer.. budak-budak yang dapat cuti.. mak bapaknye yang eksaited seh.. Syahid dah mula cuti ari nih.. malam ni projek pertama cuti sekolah bermula.. ajak Daniel, anak ibu tido rumah.. so kena laa sediakan menu untuk esok... hmm.. nti laa beli lauk sket.. Daniel ni suka sandwich yang aku buat.. so antara menu sarapan esok pagi sandwich, roti bakar or yang berat sikit, mee hoon goreng.. tengok laa yang mana sempat..
Kalau ada sempat, nak cuba jugak oven yang baru dibeli tempoh hari. Belum keluar dari kotak lagi... Walau dah hampir dua minggu diperolehi. Takpe.. nti akan aku guna jugak... don't worry k.. lepas nih banyak projek baking-membaking..
15 November 2011
Review Novel Janji Julia
Assalam.. Dan Salam 1 Malaysia... Kabare?? Aku tak berapa sihat sebenarnya.. demam dan selsema.. semalam dah MC.. dapat 1 ari jer.. so nak tak nak ari ni kena laa jugak pegi kerja.. walau kepala masih lagi senoning.. ku gagahi jua.. chewah..
Hmm.. ok laa.. Kita sambung citer Tajuk kat atas.. Kisah bermula apabila satu virus baru telah menyerang negara.. dan Julia adalah seorang pelajar di salah satu Universiti tercanggih sedang membuat penyelidikan bagi mencari penawar untuk Virus tersebut. namun demikian, pada masa yang sama satu pemberontakan berlaku dan Julia telah berjanji dengan teman baiknya Mimi untuk menghantar Mimi pulang ke pangkuan keluarga.. Namun demikian, dalam perjalan pulang ke kampung halaman Mimi, mereka telah diserang oleh sekumpulan pemberontak. Ini menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan, dan semasa di dalam hutan, mereka telah berjumpa dengan dua orang penyelidik yang mencari sejenis herba bagi mencari penawar virus yang sama. Berbagai onak dan ranjau diharungi oleh empat sahabat ini bagi mempertahankan herba tersebut dan Julia bagi menunaikan janjinya pada Mimi. Tapi biasa laa selepas semua kesukaran pasti ada hepi ending.. begitu juga cerita ni.. tapi kalau nak rasa 'thrill' kena laa baca sendiri.. pengalaman semasa membaca novel ni memang laa puas hati.. berbaloi dengan nilai harga buku nih.. so apa kata para pencinta novel.. pakat ramai-ramai beli novel ni.. boleh terus hubungi terus penulisnya melalui email pnmaria1@gmail.com. Kalau korang beli terus melalui Puan Maria, korang dapat novel yang siap diautograf.. tapi apa-apa pun keputusan di tangan korang..
Akhir kata.. salam berbahagia dan selamat membaca... ; )

01 November 2011
Novel Janji Julia Dah Sampai..
Assalammualaikum.. dan Salam Satu Malaysia..
Alhamdulillah.. novel yang aku order online dah sampai. Kata Ibu, Novel ni sampai ari Sabtu lagi.. tapi memandangkan aku dah balik kampung, so semalam la dia kirim kat Syahid.. Alamat surat-menyurat memang aku guna alamat Ibu... bukan apa, rumah Ibu sentiasa ada orang.. so bila posmen hantar.. kompem ada yang menerimanya...
Bila nampak Syahid bawak balik bungkusan tu aku memang dah dapat agak.. Syahid n Syahmi pon eksaited sama... sibuk nak tolong bukak. Bila dah bukak bungkusan tu..Syahmi pulak sibuk nak tompang baca.. aku ni bukannya apa, risau buku tu terkoyak ke .. maklumla.. aku belum rasmikan lagi. Terpaksalah aku bagi buku lain kat Syahmi, nasib baik dia terima buku gantian tuh.. kalau tak.. haru woo..
Malam tadi jugak aku abiskan baca.. tapi aku tebuk tengah-tengah laa...sebab aku dah baca sebahagiannya secara online.. huhuhu.. best, jalan cerita yang menarik. hmm.. nti laa bila ada masa lapang, aku cerita sikit pasal novel nih.Oh ye.. kalau korang nak baca kisahnye secara online, boleh klik sini
Ok.. setakat ini dulu.. Salam penuh kasih sayang dan semoga ceria selalu.... ;)
Novel Janiji Julia
Penulis: Maria Kajiwa

21 Oktober 2011
Kurangkan Bercakap...
Assalammualaikum... dan Salam 1 Malaysia...
Korang suka bercakap? Aku pon suka bercakap.. Percakapan adalah salah satu bentuk komunikasi atau perhubungan. Kenapa laa mak cik nih nak ngomel pasal bercakap ni? Bukannya apa.. sedar tak korang.. sebenarnya makin banyak korang bercakap, tanpa korang sedar makin banyak laa korang tunjukkan kelemahan diri korang.. ni terutama bagi orang-orang yang nak tunjuk pandai laa.. semakin terlihat kebodohan dan kedunguan korang.. setuju tak?? tapi kalau korang tak setuju pon tak per.. cuma cuba perhatikan kawan-kawan ke sedara mara yang banyak bercakap... ada betulnya apa yang aku cakap nih.
Lagi satu.. bila banyak bercakap, tanpa disedari korang telah melukakan hati orang-orang disekeliling kamu. Ni lagi satu.. cakap.. cakap.. cakap.. alih-alih jer kawan tu blah..or matanya tiba-tiba berair.. laa korang dah tersalah cakap kot.. kan haru tuh.. last sekali minta maaf.. tapi sudi ke orang tu maafkan korang??
Pasal cakap nih.. aku nak pesan jangan cerita keburukan orang lain atau senang cakap.. jangan mengumpat laa yer... mengata pon jangan.. dosanye besar.. hukumnya macam makan daging saudara sendiri. Ini sume orang tahukan.. Sebolehnye elakkan memburukkan orang lain.. Bila korang citer keburukan orang.. Insya Allah.. orang jugak akan ceritakan keburukan kita. sebab pada aku.. kalau kita sembunyikan aib orang.. Insya Allah, Allah akan sembunyikan aib kita.. Unless kita yang dok ceritakan aib kita pada orang. Mesti ada buat silap kat mana-mana.. bila dah seronok bercakap.. tanpa di sedari.. kita membuka pekung didada.. So mulai sekarang... kurang-kurangkanlah bercakap.. aku ni pon bukan laa sempurna sangat.. tapi mulai sekarang aku akan kurangkan bercakap.. kerana takut akan menjadi beban di akhirat kelak.. akhir kata.. hayati kata-kata ini...
Langgan:
Catatan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...
-
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)