25 Jun 2010

Aku Yang Terkeciwa....

Bunyinya macam sedih jer entry kali nih... sebenornya aku nak buat pada hari isnin lepas, tapi dek sibuk dengan urusan kerja aku terpaksalah simpan dulu... memandangkan hari ni waktu rehatnya agak panjang... so aku pun ambil kesempatan untuk meng'update' kisah yang tak berapa nak sedih nih..
Kan ari minggu yang lepas aku ada ikuti Program Bersama Kementerian Dalam Negeri di Taman Sri Lambak, Kluang, Johor atau lebih glamor dengan gelaran T- 6. Inilah first time aku join program nih.. Masa nak pegi tu dalam hati ni dah berangan dan.. adala can jumpa Menteri.
Tapi kitakan hanya merancang, tunggu punya tunggu.. mana laa Menteri nih tak siap-siap lagi bermesyuarat...Beliau sepatutnya round booth kitorang dalan pukul 12 tengahari... tup tup kitorang dapat tau wakil menteri jer yang turun... alaaa hai.. melepas laaa nak jumpa Menteri.
Lepas tu, diorang kata Menteri akan turun sekali lagi dalam pukul 3.00 petang... kitorang pon tunggu lagi... namun kiorang cuma dapat melihat lambaian nya sahaja.... alaaa.... tak dapat jumpa lagi...nak buat camno... dah bukan rezeki laa kan.. sabo jer laa.. aku pon tau Menteri sibuk.. tak sempat nak gi round booth kitorang... tapi aku rasa terkilan laa kan.
Tapi lain kali hopefully aku dapat juga bersua dengan Menteri.. bukan senang weh nak jumpa orang besar-besar nih.
Masa kat Kluang ari tu.. banyak laa susu yang kena buang.. walaupun sedih, terpaksa ku buang begitu saja.. kerana tiada peti ais untuk aku simpan susu yang aku perah. Kesian Syahmi.. malam tak dapat nak "ngempeng". Semakin petang.. terasa semakin rindu aku pada Syahmi. Maklum laa sebelum ni mana pernah aku tinggalkan Syahmi pada waktu malam.
Kitorang bergerak dalam pukul 4 petang. Aku sampai rumah hampir jam 7 malam.
setakat ini dulu kengkawan... nti len kali aku sambung lagi.

18 Jun 2010

Wajah Baru dan Berita Terkini

Apa kabar kengkawan sume.... suka tak dengan wajah baru blog ni? kalau korang suka... alhamdulillah... tapi kalau tak suka... terima jer la yer.. memang dah lama tak updatekan blog nih.. bukannya apa aku sibuk siket dengan kerja yang tak sudah nih.. nak buat lagu mana.. dah makan gaji..

Esok aku ngan kengkawan opis kene pegi ke Taman Sri Lambak di Kluang, Johor. Ada Program KDN bersama Rakyat. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein akan turun pada hari Ahad. So kitorang nih kenalah datang mengambil bahagian. Ceddih laa sebab kene tinggalkan Syahmi :(
Macam nak cuti jer ari senin nih...

Nti pada 3 Julai 2010, Jabatan kitorang buat satu Majlis Penyampaian Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang baru diluluskan. Majlis nih berlangsung di MPC Wilayah Selatan, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. So sekarang nih tengah tunggu jawapan dari peserta yang dijemput, sama ada hadir atau tidak. Sekarang nih aku tengah buat surat Jemputan untuk VIP dan Press.

Next week aku nak buat surat jemputan untuk Kursus Pengurusan Pertubuhan pulak..
memang laa tak sudah-sudah.

Setakat ini dulu kengkawan.. cau cin cau.....

27 Mei 2010

Pemakanan semasa Laktasi

Dapat idea untuk entry ni masa nak perah susu kat opis... bukannya apa susu badan ni tak laa banyak mana... tapi kalau diperah tu dapat la dalam 5 oz... so aku cari laa bahan tentang pemakanan yang perlu oleh ibu yang menyusukan anak... aku petik sumber ni dari Portal Myhealth.Klik disini http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/pemakanan.

so... layan jer laa apa yang aku copy n paste nih...

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :

- Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
- Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
- Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
- Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi

Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?
Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :


- Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
- Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur ? sayuran, buah ? buahan dan bijirin penuh.
- Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
- Aktiviti - Mengseiimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras Piramid Makanan
Contoh Sumber Makanan Bagi Satu Hidangan

Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari

Satu hidangan Bijirin :
½ cawan nasi
½ cawan mi/mihun/pasta
½ tosai
⅓ capati
1 keping roti (putih/gandum)
1 cawan bubur nasi kosong
3 biskut tawar
3 sudu makan oat (tidak dimasak)


Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari

Satu hidangan Sayur :
(3 - 4 hidangan) /sehari
½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah :
(3 - 4 hidangan) /sehari
1/2 biji jambu, mangga
1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
1 potong betik, nenas, tembikai
3 biji kurma
4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari

Satu hidangan Susu dan Produk Susu
1 gelas susu (250 ml)
4 sudu makan susu tepung
1 cawan dadih
1 keping keju

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?
Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :

Kalsium
Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A
Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna oren

Vitamin B Kompleks
Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)

Vitamin C
Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?
Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi. Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap. Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.


Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?
87 % daripada susu ibu adalah air .Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh dengan banyak semasa cuaca panas.


Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?
Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :
Makanan 'sejuk' -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
Makanan 'panas' - telur, ayam, daging, organ dalaman
Makanan 'berangin' - teh, sayuran berkanji
Makanan 'tajam' - nanas
Makanan beracun - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan
Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.


Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja. Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

07 Mei 2010

Ahli Keluarga Baru 2

... Sambungan n3 yang lepas...




Sebenornya... pada hari Jumaat tu waktu siangnye aku ke Putrajaya sebab nak tandatangan Opsyen Tukar Skim Perkhidmatan...perjalanan masa yang panjang diantara 4 hingga 5 jam perjalanan membuatkan aku kepenatan, sehingga hilang selera makan... menyebabkan aku kurang tenaga semasa melahirkan Syahmi.. hampir saja dia kelemasan... dan akibatnya.. Syahmi ditahan di wad kanak-kanak pada hari berikutnya... dan aku bermalam lagi di hospital...


Petang itu, setelah aku check out dari wad bersalin, aku ke wad kanak-kanak pula untuk menjaga Syahmi untuk satu malam lagi... dan ia adalah satu malam yang panjang.... dengan tidak berbengkung dan berurut... badanku mula sakit-sakit. Aku makan laa pil tahan sakit yang dibekalkan bagi mengurangkan kesan sakit...


Keesokan harinya... setelah doktor melihat keadaan Syahmi dan berpuashati.. kami akhirnya dibenarkan balik... Alhamdulillah.....

Sampai sahaja dirumah... berseri-seri mak aku menyambut kepulangan kami... tapi Abang Sayang aku bagi tau yang bapak mertuaku juga mahu menjagaku.. alamak.... camno nih... hmmh merajuk laa orang tua tu kat aku... so aku suggest laa kat abang sayang... nti dah duploh ari.. kita balik sana plak.... Diorang nih... buat aku dalam dilema... itu laa yang aku rasa sepanjang aku berpantang. bukan senang nak jaga ati orang kan.

Pejam celik, pejam celik, dah duploh hari aku kat umah mak aku.. sampai masa aku ke rumah mertua pulak.. dah kuat laa jugak badan nih..... kalau sempat, aku tolong masak... kalau tak.. aku tolong laa buat keje lain plak... kemas umah ke, basuh pinggan ker.. dah menompang... pandai-pandai la jaga diri.... cover line beb.. :) baju aku ngan baju baby aku basoh sendri... takde laa nak kasi Abang Sayang basoh sume aku buat sendiri.. kan aku ni independence..(betul ke ejaan tu.. hamtam saja laaa )

Tak sabar rasanya nak balik rumah sendiri.Aku menghitung hari... bila boleh balik umah kat Pekan Nanas. Si Syahid pon dah sibuk ajak balik umah Pekan akhirnya setelah lebih tiga minggu aku kat umah mertua aku.... masa yang dinanti pon sampai.. hari aku balik ke rumah sendiri... Yes!!! kata orang tuh.. kalau senyum.. dah sampai ke telinga... :)





06 Mei 2010

Ahli Keluarga Baru....

Hari ini aku nak kenalkan ahli terbaru dalah keluarga kami....


Muhammad Syahmi Isyraf
Semasa gambar ini diambil, Syahmi baru 14 hari. Dilahirkan pada 5 Mac 2010. Berat semasa dilahirkan 2.8 kg. Sama berat dengan Abangnya masa lahir dulu.
Pengalaman bersalin kali ini agak berbeza dari si Abang. Syahmi hampir lemas kerana aku tak kuat nak teran... nasib baik Abang Sayang datang tepat pada masanya.. memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk aku ... alhamdulillah.. setelah hampir satu jam berjuang... lahirlah seorang Putera ke dunia.


03 Mac 2010

Tukar Skim Perkhidmatan

Baru dapat surat dari Ibu Pejabat tadi, aku diminta hadir ke Taklimat dan Majlis menandatangani Opsyen Pertukaran Pelantikan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, N22, N32 ke Skim Perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N17, N22, N27/N28, N32 dan N36 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 27 tahun 2009.
Hari Jumaat, pukul 9 pagi.... di Ibu Pejabat.
Memang laa dalam dilemma... dengan due yang dah dekat nih... nak tak nak kena laa hadir..
sebab nak tandatangan Opsyen tu. Nasib laa kalau "terbersalin" kat sana.
Sila klik link ini untuk melihat Pekeliling Perkhidmatan tersebut.
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/27/pp272009(1).pdf

17 Februari 2010

Kelengkapan bersalin


Sekadar Gambar Hiasan

Mulai hari ni, aku dah stat bawak baju baby ke tempat kerja... bukan apa... untuk standby.. maklum la.. antara rumah dan tempat kerja kan jauh.. so kalau rasa nak bersalin tu dah datang, tak laa kalut sangat... ada laa bawak baju baby sepasang, lampin pakai buang 4 keping, , kain bedung sehelai, tuala baby sehelai, kain batik sehelai dan tuala wanita pakai buang untuk bersalin 4 keping... (yang kain batik ngan tuala wanita pakai buang tu aku punya...)

Sebenornya aku buat dua set.. satu set lagi aku letak dalam kereta... takut dan rasa ngeri tu tetap ada... walaupun dah keluar sorang.

10 Februari 2010

Limau, Limau dan Limau lagi



Entry kali nih mesti laa berkaitan dengan Tahun Baru Cina.... tengok Tajuk je korang pon dah dapat agak kan.... bukannya apa... setakat hari nih dah berkotak-kotak limau yang Jabatan aku dapat.

Semuanya dibagi sama rata dikalangan kakitangan Jabatan ni. Kalau sorang dapat dua biji.. semua pon dapat dua biji.. even bos aku pon dapat jumlah yang sama..

Semalam dah bawak 7 biji balik umah.. ari nih dapat lagi 5 bijik.. naik penuh peti ais aku... tu tak termasuk yang bos aku beri satu kotak, sebenornya dia bagi kat semua staff pon sekotak... tak de pilih-pilih kasih... mana nak sumbat weh...Tapi tak per laaa nti aku bagi-bagi kat jiran-jiran yang ramai anak...

Yang satu kotak tu aku bawak laa sikit-sikit. Takkan laa aku nak bawak satu kotak... tak larat laaa weh.... dengan perut aku yang dah ke depan nih... jangan buat hal...

Semalam naik sebu perut kengkawan makan limau mandarin banyak sangat.. kalau tekak nih tak tahan pon tidak digalakkan makan banyak sangat.. boleh kena batuk-batuk....

Abang Sayang aku pulak tahun ni cuma dapat 4 biji jer... tak macam tahun-tahun lepas, kilang dia beri sorang sekotak. Tak pe laa bang... saya punya nih pon tak terabis kita makan anak beranak....

01 Februari 2010

Bebelan seorang Wanita 2

Bismillah...

Ari nih adalah antara hari yang membosankan dan meletihkan aku...

Anak kat dalam perut nih asik mengeras jer... sampai senak perut dibuanya... Sabar ye nak... tak lama lagi bebas laa...

Letihnya tu bila kejap-kejap gi bilik air... kejap-kejap gi bilk air.. letih wooo...
tapi tak per laaa.. sabor je laa kan... dah itu bahagian kita.. nak buat lagu mana...

Ntah ler dah petang-petang gini tetiba jer rasa bosan tahap dewa... nak sambung keja macam dah abis mood.. so nih yang buat entry nih...sambil jengah-jengah blog kengkawan...

Sambil taip, fikiran ni melayang apakah lauk yang nak dimasak untuk makan malam nanti... susah-susah... aku goreng telur jer... pastuh tumiskan bawang ngan lada curah kicap... dah jadi... telur masak kicap.. hmmm.. ok gak.. pastu buat bening kentang jer.. malas laa nak singgah kedai nak bli sayur...

ok laa stakat ni dulu bebelanku...... jumpa dilain masa... Insya Allah...

15 Januari 2010

Bebelan Seorang Wanita


Bismillah....

Hari nih tak de apa-apa sangat nak di share sebenornya... sesajer jer.. nak abiskan masa yang terluang...

So.. ni laa nak share citer aku naik bas dan dah masuk dua ari... Ini bermakna dah dua ari jugaklah Abang Sayang aku tak OT.. letihnya.............. Tuhan jer yang tahu.. Ini adalah disebabkan kawan yang aku tumpang tuh amik cuti dua ari...

Pagi semalam aku naik bas dari pukul 6.40 pagi sampai opis 8.30 pagi, bayangkan... hampir dua jam aku kat perut bas.Kalau nak keta.. tak sampai pon satu jam. Pukul tujuh dari umah, sampai opis pukul 7.40 pagi..

Tapi jangan laa suruh aku drive sendiri.. tak larat rasanya.. dengan jalan yang jammed, duit minyak lagi... dengan ngantuknya lagi.. tak larat laa weh lagi pon kan bahaya bawak keta ngantuk-ngantuk ... lain laa kalau ada kawan.. ngantuk-ngantuk pon ada kawan kat seblah neman.. so better naik bas.. jimat, dan selamat..

Balik pulak.. dari opis pukul 5 petang, sampai umah pukul 7 petang.. sampai umah.. anak dah tunggu depan pintu.. kesian dia... Aku terus jerang air sementara air mendidih... aku sempat tengok citer Cinta Balqis. Bila air dah panas.. aku terus bawak masuk bilik air.. whooa.. syok laa mandi air panas... lega rasa urat-urat yang tegang nih... lapi pon semalam kat bas tu aircon dia sejuk.... So petang ni pon nak mandi air panas lagi laaa....

Tadi Pagi pulak.. aku naik bas pukul 7 lebih.. sampai opis pon lebih kurang jugak... tido... bangun.. tido... bangun.. alamak nape tak sampai lagi nih... jalan jammed gila.. jalan jammed yang gila.. yang hantar n3 ni tak gila lagi yer..

Erm.. nak masak apa yer petang nih.. ikan ada lagi kat fridge, nti boleh goreng.. sayur aku masak bening jer.. kalau sempat, aku tumbukkan sket cili api ngan ikan bilis goreng.. jadi laa sambal ketuk.. cukup laa..

Dah laa dulu aku membebel.. nti lain kali kita cerita lagi...

* Nota:
Masak bening = Masak air

22 Disember 2009

Permata Ayah Bonda.....

Lagu ni mengingatkan aku pada zaman persekolahan... masa tuh ada Kursus Motivasi. Mengalir airmata nih... bila aku hayati liriknya... syahdu... dan lagu inilah juga ku tujukan khas buat anak-anak aku... aku nak mereka tahu yang mereka itu adalah permata kami yang paling berharga.......

Permata Ayah Bonda - Firdaus

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa

Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
C/O
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

C/O

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya

Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

C/O

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda….
Maaf laa yea... tak sempat nak cari lagu dia.. cuma liriknya aje..

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...