Assalammualaikum dan Salam Ceria..
Alhamdulillah.. sudah empat bulan hidup di perantauan. Iya walaupun balik kampung setiap hujung minggu.. menjalankan amanah sebagai isteri dan ibu hanya pada hujung minggu sahaja. Pengorbanan yang menuntut banyak jiwa yang perlu dikorbankan. Namun, apakan dayaku.. inilah percaturan ujian untukku.
Alhamdulillah.. Aku dipertemukan dengan kawan-kawan yangp positif. Syikin.. tuan rumah yang aku tinggal sekarang ni dan maid dia Seri namanya. Kami dipertemukan dibawah satu bumbung. Syikin ni kawan adik aku, tetapi cara berfikir lebih matang. Mungkin sebab dah berumah tangga dan dah ada anak.Setiap orang berbeza ujiannya. Aku diuji dengan berjauhan dari keluarga, sumber kewangan yang terhad, dia berjauhan dengan suami, menguruskan beberapa perniagaan dan anak2 yang sedang membesar sendiri. Seri pula terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki disini dan bapanya baru meninggal dunia bulan Oktober 2018 yang lalu, anak-anaknya diamanahkan kepada adik dan ibunya di kampung halaman. "Kita jalani sahaja la kak" itulah ungkapannya saat aku bersedih bila berjauhan dengan keluarga. Dalam kesukaran, pasti ada kemudahan yang Allah beri..
Ditempat kerja baru pula, kawan-kawan yang positif.. bukan jenis yang suka mengata dan mengutuk orang lain, jauh sekali memburuk-burukkan staff sendiri. Dapat bos yang penyayang.. menegur staff dengan cara yang terbaik, tidak pernah meninggikan suara.. bukan mudah nak sesuaikan diri ditempat baru.. tapi dengan semua yang bersifat positif, aku rasa tenang bekerja di sini. Rasanya nak kerja lama kat sini tapi keluarga pula jaun nun di Johor. Berapa lama boleh bertahan macam ni.. Hanya Dia yang tahu.. aku serahkan semuanya pada DIA yang Maha Mengetahui.. Perancang sebaik-baik Perancang..
Bukan mudah.. iya ibarat kata Seri, Kita Jalani Aja Kak..
Salam khuwah penuh kasih sayang..
15 April 2019
PENGKISAHAN BUDAYA KELUARGA KIYAI HAJI ABDUL JABBAR BERKAITAN HANTARAN BOTOK2 DAN NASI GOLONG DENGAN BAKUL CETING...
Oleh : HAJI ABDUL SALAM BIN HAJI AHMAD SHAH (G2)
Pengkesahan urutan Sejarah :
1) Mengikut cerita yang di kisahkan daripada arwah bapak saya Haji Ahmad Shah da juga daripada arwah ibu saya Hajah Khadijah dan juga di perkukuhkan oleh abang saya arwah Haji Abdul Mokti, bahawa kita semua ini adalah keturunan daripada orang hebat2 belaka. Mereka terdiri daripada pahlawan2 besar dan juga ahli2 sufi yang ternama. Kebanyakan mereka memang ahli sufi ternama, pendakwah hebat, dan juga pahlawan yang handal.
2) Tempat : Di Tanah Jawa.
Kita semua daripada Tanah Jawa. Kita anak Jawa. Pada zaman Belanda, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, di mana orang2 Jawa sudah mula berani mengangkat senjata menentang habis-habisan tentera Belanda dengan semangat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajah, penindasan dan penaklukan tanah air mereka, Indonesia. Telah muncul di kalangan ulama’2 sufi unggul di pulau Jawa mengetuai pahlawan2 watan melawan, menyerang, berperang dengan Belanda. Salah seorang daripada ulama’2 sufi yang menjadi ketua , atau general dalam bahasa moden sekarang adalah datuk moyang kita yang bernama “AL-FATRUNA”. (Al Fatruna adalah berketurunan ARAB).
3) Dalam satu pertempuran dengan askar2 Belanda, kumpulan berkuda yang dia mengepalai tidak ramai tetapi yang berjalan kaki pula ramai. Pada ketika itu, pahlawan2 peribumi anak2 watan yang berjalan kaki yang hanya bersenjatakan panah, parang panjang, tombak, keris dan lain2 senjata traditional yang mereka dapat adakan telah menunjukkkan tanda2 hendak kalah. Mereka kena mengundur dahulu untuk berkumpul semula dan menyusun strategi baru untuk menyerang kembali. Kalau tidak mereka berbuat demikian, mungkin lebih ramai lagi akan mati dan mereka akan kalah teruk. Al Fatruna telah mengarahkan pejuang2nya berundur. Mereka menyeberang satu jambatan kayu merentasi sungai yang agak lebar juga dimana kuda2 mereka tidak boleh melompatnya sekiranya tidak ada jambatan. Sedang pahlawan2 berjalan kakinya menyeberang dengan berlari laju, Al Fatruna ternampak jambatan kayu itu hendak patah dua di bahagian tengah. Dia terjun daripada kudanya dan terjun ke dalam sungai dan menahan jambatan itu sehingga semua pahlawan2nya selamat menyeberang jambatan itu. Askar2 Belanda yang mengejar telah terhenti di tebing sungai sebelah sana tidak dan dapat menyeberang sungai itu kerana jambatan itu sudah roboh. Pahlawan2 peribumi sudah selamat pergi jauh daripada tebing sungai itu kerana askar2 Belanda lengkap dengan bersenjata api seperti senapang dan sebagainya boleh menembak mereka kiranya mereka dekat. Askar2 Belanda menunggu di tebing sungai itu buat beberapa ketika sehingga mereka pun balik ke markas. Bagi pahlawan2 peribumi, mereka telah balik ke tempat mereka dan menyangka bahawa Al Fatruna telah mati di timpa jambatan ke dalam sungai. Lagi pun mereka takut hendak ke sungai kerana ada askar Belanda.
4) Beberapa minggu sesudah kejadian itu, seorang perempuan penjual makanan tempatan telah sampai ke tempat itu. Dia hendak menyeberang tetapi tidak boleh melintas kerana jambatan sudah roboh. Dia pun duduk di tebing sungai itu buat seketika untuk berehat. Dia letakkan gendongannya ke tanah, sebuah bakul ceting yang di dalamnya terdapat beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, sebilah keris ( ada yang mengatakan pisau panjang) sebagai senjatanya untuk mempertahankan dirinya daripada diganggu oleh orang2 jahat (dan pisau itu juga boleh digunakan untuk memotong sesuatu). Sambil ia duduk mengesat peluhnya dengan kain selendang pelanginya ( kain ini dugunakan untuk mengendong bakul ceting tadi), pandangannya terhala ke dalam sungai yang berlumpur itu. Macam tidak percaya, dia melihat jari tangan terkeluar daripada permukaan air. Mungkin pada ketika itu air kering sedikit. Dia bergegas turun ke bawah dan dengan begitu susahnya telah dapat mengeluarkan Al Fatruna daripada terbenam dalam sungai buat beberapa minggu lamanya. Dia membersihkan muka Al Fatruna dan mendapati Al Fatruna masih bernyawa, bernafas, masih hidup. Al Fatruna sedar kembali. Perempuan itu telah merawatnya dengan memberi dia makan nasi golong yang berlaukkan botok2.
5) Al Fatruna kembali sihat dan segar. Dia bersumpah, kiranya anak2 perempuannya dari keturunan lelakinya apabila anak2 perempuannya akan dikahwinkan, maka hantaran pihak lelaki selain barang2 yang lain mestilah disertai dengan bakul ceting yang di gendong dengan kain pelangi yang mana di dalam bakul ceting itu ada beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, satu senjata, seperti keris , pisau, dan sebagainya.
6) INGATAN : Coretan di atas adalah sekadar cerita orang tua2 sahaja. Ia bukan syariat islam. Sesiapa di kalangan anak cucu lelaki keturunan Al Fatruna, termasuk Kiyai Haji Abdul Jabbar dan juga Kiyai Haji Ahmad Shah yang rasa seronok meneruskan tradisi keluarga yang unik ini, sila teruskan. Sesiapa yang tidak mahu meneruskan tradisi ini, itu adalah pilihan mereka sendiri.
7) Sekian. Wassalam.
[01/02/2011 bersamaan 27 safar 1432 H (Selasa Keliwon)]
Wokeh...da siap da salah satu hal yang diperbincangkan semasa majlis Hari Keluarga KHAJ nie...pada saya tradisi nie unik sangat..n my cousin ada yang da wat pon...n kalo nak tahu BOTOK2 tue sedap yer!!!!!! Hehehehehe...
Nie KAIN PELANGI
BOTOK2...ulam-ulaman + ikan + sambal special
NASI GOLONG
![]() |
| Nie la name nyer BAKUL CETING |
CARA MENGGENDONG BAKUL CETING
Nie salah satu pasangan family KHAJ
12 April 2019
Bila Diri Disayangi..
Assalamualaikum dan salam ceria..
Bersua lagi di ruangan ini.. dah jarang-jarang nak update story kat blog ni.. ada kekangan yang tak dapat dielakkan.
Alhamdulillah.. still stay strong.. walaupun kadangkala hampir sahaja aku rebah.. tak mampu rasanya meneruskan perjuangan hidup ini.. rasa hampir putus asa.. tapi sentiasa ingatkan diri.. aku masih ada keluarga.. mak.. bapak.. suami dan anak-anak.. berkat doa mereka buat aku bangun semula.. macam bait-bait lirik lagu ni..
Lagu: Bila Diri Disayangi
Penyanyi - Ukays

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
bila aku rasa down.. rasa sunyi..aku ingat semula lirik lagu ni.. sebab.. kadangkala kita terlupa orang disekeliling kita yang menyayangi kita.. yang paling penting.. Allah sayangkan kita... fahami dan dalami lirik tu.. korang akan faham maksud disebalik lagu tu.. dan korang akan rasa lebih kuat lepas dah faham maksud yang tersembunyi.. in sya Allah..
Cukuplah untuk hari ni Che Mah membebel.. jumpa lagi di lain waktu.. in sya Allah.
Salam Ukhuwah penuh kasih sayang..
22 Oktober 2018
It' me Again
Assalammualaikum..
It's me again.. been a while since last time updating this blog..
And a lot of ups and down in life. After all the incidents I've been through..
One thing I realise that.. in every hardship, there's an ease.. Inna ma'al 'usri yusro..
Alhamdulilah.. up till now Allah has given me His Grace dan with His Mercy.. And with that I'll keep on going to continue being strong in every test He's giving me.. Although sometimes I feel so helpless.. But I always remember that He always by my side.
With Love..

16 November 2016
JUST ME...
Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah..
Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesempatan untuk terus bersiaran lagi.
Seksa KIK dan selesai.. Family Day pun telah berlalu.. sepatutnya stress pun berkurang laa kan..
Tapi namanya pun kehidupan, ada sahaja ujian. Semalam baru lepas Pemeriksaan Aset Jabatan, walaupun tak telibat secara langsung, namun, terkena juga tempiasnya. Kawan-kawan lain yang stress, aku tumpang rasa tempiasnya.
Hmm.. biarlah apa orang nak kata.. pesan aku jangan dipijak-pijak dan direndah-rendahkan kami golongan bawahan ni. Walau kami ni cuma pencacai, kami pun punya maruah dan harga diri. tanpa kami, tiada kamu di atas sana. tanpa kami kat bawah ni.. pincanglah organisasi.. tanpa kami tak bergerak pejabat ni.
Sekadar luahan hati.. perasaan yang kian lama kian membusung dan membusuk... bersama aura negatif yang telalu banyak... sampai aku tak mampu meneutralkannya dengan sikap positif yang sedia ada.. aku cuma mohon agar Allah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan keihklasan.
Iya memang aku berdoa setiap hari agar semua urusanku dipermudahkan. Kadangkala aku mengalami breakdown emosi.. bila semuanya datang bertimpa-timpa. Mujur ada kawan-kawan yang sentiasa memahami dan menyokong. terima kasih semua.. tanpa kalian disisi, pasti sekarang ni bukan disini lagi tempatku.
Sekian luahan hatiku.. Salam ukhuwah penuh kasih sayang.
06 November 2016
Rombongan Pra Sekolah Syahmi Isyraf
Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah..
Tak mampu untuk update semingu sekali.. salam bersiaran untuk semua.
Nak share pengalaman mengikut rombongan Syahmi ke Kidzania Kuala Lumpur
Antara aktiviti yang Syahmi sertai.. bertugas sebagai polis dan juga bekerja di makmal vitagen..
Pengembaraan berakhir pada jam 5.00 petang.. semua ibu bapa yang mengikuti rombongan amat berpuashati.. terutama mak jemah-mak jemah ni.. kak watie, kak odah.. erma.. aku.. memang terbaik.
Kemudian kami singgah di Masjid Putrajaya, makan malam dan bertolak pulang.
Tak mampu untuk update semingu sekali.. salam bersiaran untuk semua.
Nak share pengalaman mengikut rombongan Syahmi ke Kidzania Kuala Lumpur
Kami bertolak dari Sekolah Batu 24 kira-kira jam 6.45 pagi. Tiba di Kidzania dalam pukul 12.30 tengahari. Di sambut oleh Staff Kidzania dan diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan dan pengembaraan yang bakal ditempuhi anak-anak pra di Kidzania ini.
Antara aktiviti yang Syahmi sertai.. bertugas sebagai polis dan juga bekerja di makmal vitagen..
Pengembaraan berakhir pada jam 5.00 petang.. semua ibu bapa yang mengikuti rombongan amat berpuashati.. terutama mak jemah-mak jemah ni.. kak watie, kak odah.. erma.. aku.. memang terbaik.
Kemudian kami singgah di Masjid Putrajaya, makan malam dan bertolak pulang.
Ribuan terima kasih dan tahniah buat Cikgu Rahimah dan Pn. Zaili kerana berjaya menganjurkan Program rombongan ini. harap-harap tahun depan cikgu tak serik ajak kami lagi walaupun dah tak ada anak kat pra.. Kami selamat tiba di Sekolah Batu 24 sekitar jam 12.30 pagi.. alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.
Sekian, salam penuh kasih sayang..
19 Oktober 2016
Kisahku lagi
Assalammualaikum, salam ukhuwah..
Lama sangat rasanya tak bersiaran di media ini.. sebenarnya ada masalah teknikal nak masuk blogger ni.. alhamdulillah.. dah boleh masuk.. dan sekarang akan cuba update sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Beberapa minggu kebelakangan ini aku sibuk sikit.. urusan kerja dan famili.. syukur alhamdulillah.. suami dan anak-anak memahami tanggungjawab aku sebagai penjawat awam. Hampir setiap hujung minggu terpaksa dikorbankan demi mencapai KPI Jabatan, dan dah tercapai pun KPI tu. Badan ni usah cerita laa.. naik lunyai rasanya hanya Allah yang tahu.. kelelahan mengejar dunia, stress bekerja yang kadangkala terbawa-bawa ke rumah.
Kasihan anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayangku... suami tercinta yang tak pernah merungut atau marah-marah setiap kali aku lambat sampai rumah. terima kasih sayang.. menjaga permata hati kita dengan sabar dan prihatin semasa ketiadaan saya di rumah. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan Abang, doakan saya sentiasa diberi kesabaran, keihlasan, kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi ujian di dunia ini, perjalanan kita masih jauh..
Sepuluh tahun melayari bahtera rumah tangga, banyak ujian dan cabaran diharungi, alhamdulillah.. berkat doa mak, bapak, keluarga semuanya dapat di atasi. Walau kadangkala hampir putus asa... namun keyakinan Allah bersama aku.. Allah uji, sebab Allah sayang, Allah tak nak aku lupakan Dia.. tersemat dalam minda dan hati. Laailaa ha illa anta subhaanaka innikuntummizzolimeen... ucapan ini sahaja yang menjadi pembantu dikala aku keresahan, pohon keampunanNya, diringankan beban ujian. Sekadar perkongsian pengalaman seorang manusia yang pernah diuji dengan kepayahan hidup..
setakat ini dulu, lain kali kita cerita lagi...
26 Oktober 2014
Syahmi yang merajuk...
Satu hari, nak dijadikan kesah.. Syahmi Isyraf merajuk dengan aku. Haru betul.. takmo balik umah.. nak tido umah Ibu.. camno nih? Aku tinggalkan dia kat rumah Ibu dulu, sesampainya aku di rumah, Cik Abang Sayang tanye.. Cami mana? aku pun jawab, "Dia merajuk dengan Ummi, takmo balik.." Emmh.. takpe la nanti lepas mangrib Abah amik dia" balas Cik Abang Sayang. Sesudah maghrib, Cik Abang Sayang pon pergilah ambil anak yang sorang tu. Dengan hati yang berbunga-bunga nampak diorang sampai, tetapi rupa-rupanya nak ambik baju dan susu si Cami.. hmm.. nak buat camno.. dah abahnye beri kebenaran.. ikutkan ajer laa..
15 September 2014
Dilema.. Dilema..
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia
Orang kata.. sambung la belajar.. kan nanti senang.. terus naik pangkat, ambik biasiswa pun boleh.. bukannya aku tak nak sambung belajar.. tapi sekarang ni, aku selesa dengan suasana yang macam ni.. takde laa nak rush kejar dateline.. kat rumah, boleh lepak-lepak dengan anak-anak, tak stress..
Sebenarnya, bapak pon ada offer kat aku untuk sambung belajar, bila-bila aje.. dia sanggup support aku. kalau boleh sebelum bapak meninggal.. itu pesan dia. Aku jawab.. kalau bapak meninggal dulu sebelum aku sambung belajar, maknanya itu bukan rezeki aku dan aku terima itu sebagai satu ketentuanNya.
Entahla.. aku mungkin takut untuk ambil langkah pertama.. aku takut masa aku dengan anak-anak terganggu.. biarlah diorang besar sikit.. nanti bila diorang dah faham dan boleh urus diri.. masa tu mungkin aku akan sambung belajar. tapi boleh ke otak aku yang dah berkarat ni nak belajar semula?? teknik belajar pon dah banyak lupa.. hai.. nanti-nanti lah ye..
setakat ini dulu.. salam ukhuwah dan kasih sayang...

04 September 2014
Dalam Musibah Ada Rezeki
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia... Hari ni macam biasalah.. aku bersiap pergi kerja, lepas hantar Syahid ke sekolah, aku patah balik ke Taman Emas Merah, isi minyak. Kat tangan ada RM20.00, so aku isilah Rm15.00. Dapat baki RM5.00, aku terus berdesup ke tempat kerja. Dah nak sampai Plaza Tol Perling, aku baru teringat, yang baki Touch N Go aku tinggal Rm1.90. Alamak!! camne nih? Aku korek-korek beg tangan aku.. cari duit terselit-selit.. pon tak ada... last-last aku nekad.. redah ajelah..
Kat tol gate aku hulur laa RM5.00 ngan kad Touch N Go aku. budak tol tu bagi tau, "tak boleh top up lima ringgit kak, kena sepuluh ringgit. Aku cakap, akak tak bawak cash ni, macam mana? "akak cuba tanya kereta kancil belakang tu pinjan kad dia, sebab kena selang satu kereta, tak boleh swipe kad dua kali berturut-turut" aku turun kereta cepat-cepat mintak tolong dari budak kereta kancil yang dimaksudkan. Budak kereta kancil tu pun nak top up jugak rupanya.. dalam aku mencari bantuan tu.. tiba-tiba ada sorang abang dari lane sebelah yang naik kereta kancil menghulurkan bantuan dengan selamba dia mengeluarkan RM10.00, "nah ambik ni" aku mengucapkan terima kasih kat Abang tu terus aku ke kereta dan bayar top up.. ingatkan nak mintak nombor telefon ke.. nak bayar laa balik duit yang diberi.. tapi bila tengok -tengok dia dah berlalu.. Semoga Allah memudahkan segala urusan abang dan murahkan rezeki Abang... Amin..
Alhamdulillah.. satu ujian yang Allah beri, dan Allah juga yang beri penyelesaiannya. Sepanjang jalan, bibir ni tak lekang mengucapkan Alhamdulillah.. dalam musibah, Allah masih selitkan rezeki.

Langgan:
Catatan (Atom)
Projek Crochet Aku
Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...
-
SAssalammualaikum dan Salam Sejahtera.. Ada sesiapa yang suka mengait ke? aku nak kongsi laa sikit pasal mengait ni atau croc...
-
Untuk makluman semua..... pada 20 Julai yang lalu... aku telah menjalani ujian ini. Ujian ini wajib diambil bagi tujuan pengesahan jawatan P...