03 November 2022

Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua


Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat...

Sekarang ni banyak projek personal yang pending dan ada a few yang on going..

Antara yang sedang berjalan Projek Shawl Elmi... dan Projek blanket Irsyad... yang pending, alas meja kuning, Beg Biru, Blanket Aku,

Yang tak tau bila nak start tu.. Sling Bag, projek tepi tudung, projek bantal + sarung kotak tisu kereta, Blanket Darwisy, scrunchies for nieces. latest... sarung botol air Kak Nita.. Mungkin yang kecik-kecik tu.. boleh buat secara sambilan kot..

Nanti aku update lagi post ni dengan gambar..


ok.. cukup laa aku membebel..


Salam penuh kasih sayang..


Che Mah




16 Ogos 2022

Kisah Ku Hari Ini

 Assalammualaikum...

Diam tak diam.. dah 4 tahun aku kat AADK HQ ni... banyak perkara yang berjadi sepanjang aku kat sini dari penghujung 2018 hingga sekarang... dari sebelum pendemik hingga sekarang ni dah endemik... 

Iya..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin kawan-kawan hanya mampu mengucapkan rasa kasihan, bila nampak aku struggle untuk survive kat sini sorang-sorang, tapi alah bisa tegal biasa.. selagi aku bernafas.. in sya Allah, aku akan terus berusaha tak akan putus asa. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku serahkan segala-galanya kepada Dia. Aku ikhlaskan segala-galanya yang berlaku Lillaahi Taala. Apa yang berlaku nilah yang membentuk aku sekarang, yang membentuk anak-anak aku jadi lebih berdikari.  

Bukan tak sayang kat famili, tapi inilah pengorbanan yang aku dan anak-anak demi kesihatan mental aku. Mana yang tahu tu.. tahu lah bagaimana aku struggle kat tempat lama, aku mengalami simptom anxiety sehingga trigger gastrik aku jadi lebih teruk. Aku juga mengalami simptom kemurungan. Anak-anak pun kadang-kadang aku tak hiraukan. Masa nilah suami aku banyak membantu. Memberi aku sokongan. Walaupun pada mulanya dia tak sokong aku untuk pindah keluar dari Johor. Tapi aku takde pilihan lain masa tu. Sama ada aku stay dan hulur leher aku, atau aku lari untuk selamatkan kewarasan mental aku dan mulakan semula ditempat baharu. So bila kau rasa dah tak rasa selamat dan selesa kau pindah je ke tempat baharu, hijrah. 

Alhamdulillah, sepanjang aku kat AADK ni persekitaran kerja dan lingkungan kawan-kawan yang baik membantu aku dalam memulihkan semula semangat dan diri aku. Walaupun jauh dari famili aku masih boleh survive. Suami aku pun sentiasa memberi kata-kata semangat di saat aku down kat sini. Terutama sepanjang masa lock down dan rentas negeri tidak dibenarkan. Air mata tu takyah laa nak citer, korang pun paham-paham laa kan, orang pompuan ni macam mana bila rasa down tu datang.

Sekarang ni.. anxiety aku pun terkawal, jarang-jarang kena dah. Cuma part emosi tak stabil tu, jangan laa ada yang trigger, memang masing-masing nak kena dengan aku. Sedih bila kadang-kadang tu termarah kat kawan-kawan. Segan pun ada jugak. Tapi nak buat macam mana, bukan senang nak tahan rasa yang membuak-buak nak meletup bila ada yang trigger. Last-last aku tak bercakap dengan orang yang aku marah tu. Dan aku rasa, aku dah tak boleh nak bercakap dengan orang tu macam dulu lagi.  Masa mula-mula kat sini aku pesan siap-siap, selagi aku marah boleh membebel tu.. kira ok lagilah tu. Jangan aku marah sampai aku tak bercakap dengan korang, tu tanda aku dah terlampau marah. Tapi biasanya orang yang ku marah tu pun tak perasan yang aku marah kat dia. sebab masih berhubung untuk jalankan tugas-tugas harian yang diberi.

Memang bukan senang bila berjauhan dengan anak-anak dan suami. Aku cuma ada hujung minggu jer untuk bersama dorang. Itu pun dua minggu sekali aku balik, tapi kadang-kadang tu sampai tiga minggu baru aku balik Johor. Bila suami sakit, anak-anak tak ke sekolah. Belum lagi kalau anak sakit, nak nak periksa, aku cuma boleh harapkan suami dan anak aku yang sulung untuk pantau.

Korang terus doakan aku ye, supaya terus kuat, dapat balik Johor semula bersama famili aku. Tanpa doa dari mak bapak, famili dan kawan-kawan, aku pun tak akan sekuat ini. 


Salam penuh kasih sayang.. 

Che Mah



18 Mac 2021

BABY BLANKET

Assalammualaikum semua.. hari ni aku nak share Baby Blanket yang aku buat untuk cucu sedara aku.. Dayyan..  guna Granny Stitches jer.. boleh tahan besar jugak.. jenuh laa jugak nak siapkan.. tapi bila dah siap, rasa amat puas hati.. Alhamdulillah.. 

 




Sekarang ni tengah siapkan Baby Blanket tempahan kawan dari pejabat lama..
 

07 Disember 2020

Resepi Kacang Kuda Masak Kari - Versi Che Mah

 Assalammualaikum..


Hari ni nak share sikit resepi Kacang Kuda Masak Kari, tapi versi aku laa.. okey first off all bahan-bahannya..

100 gm kacang kuda (rendam semalaman) dan rebus sampai empuk

2 ulas bawang putih - dicincang halus

sedikit halia -dicincang halus

sebiji bawang besar - cincang kasar

200 gm ayam cincang (terpulang tak nak ayam pun boleh)

2-3 sudu besar serbuk kari 

1 sudu teh biji sawi

2 tangkai daun kari

sebiji tomato

garam secukup rasa

sedikit minyak masak untuk menumis


Okey.. bahan dah set, sekarang cara membuatnya pulak..

Mula-mula tumiskan bawang putih dan halia sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang besar, daun kari dan biji sawi. tumiskan lagi sehingga wangi.

Bila dah naik bau wangi tu, masukkan kari yang dah dibancuh dengan air.  Kacau selalu untuk elakkan kari tu hangus sehingga naik minyak 

Kemudian, masukkan ayam, lepas tu masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato tadi lembut. 

Akhir sekali, masukkan kacang kuda. Tambahkan air dalam 1 cawan,  jangan lupa tambahkan garam secukup rasa...Tutup dan biarkan mereneh sehingga kering sedikit. sambil-sambil tu.. lenyek-lenyekkan kacang tadi supaya kuah pekat, terpulang laa.. kalau suka sebiji-sebiji.. takyah laa nak lenyek sangat. 

Dah siap.. boleh makan mcam tu aje atau pun boleh je makan dengan roti atau pun wrap.. 


Sekian, untuk kali ini, salam kasih sayang...

04 Disember 2020

Projek Mengait terbaru - Mini Dress Crochet




Ni projek terbaru aku... comey tak? walaupun tak berapa nak kemas.. tapi boleh laa untuk hasil tangan pertama kali.. rasa-rasa ada ke yang berminat?


Jenuh juga nak membuatnya.. sebab bendanye kecik beno.. huhuhui.. anyway.. really proud of my handwork..


 

03 Disember 2020

CARA MOHON RENTAS NEGERI DALAM TEMPOH PKPB (Pasangan berjauhan)

Assalammualaikum semua..

Hari ni  aku nak share sikit pasal Rentas Negeri Semasa PKPB. Nape tiba-tiba jer aku nak share pasal perkara ni?  Firstly sebab aku ada pengalaman mohon rentas negeri sepanjang tempoh PKPB ni.. Maklum laa aku kerja kat Selangor, suami dan anak-anak aku kat Penghujung Benua Asia, memang laa kena mohon kebenaran untuk rentas negeri. Alhamdulillah.. setakat ni tiada sebarang masalah. dan sebab yang kedua.. ada ramai kawan-kawan yang tanya kat aku macam mana nak rentas negeri.. 

Kebenaran rentas negeri ni hanya untuk mereka yang ada urusan kesihatan, urusan pekerjaan, kes kecemasan dan juga untuk pasangan suami isteri yang terpisah. Isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni.  Sertakan sekali dokumen sokongan korang.  Boleh juga dapatkan di Balai Polis berhampiran.

Biasanya aku akan hantar borang dua hari atau sehari awal dari tarikh aku bergerak. Jadi pada hari kejadian nanti, aku terus je gerak. Takyah susah-susah nak pegi balai polis lagi. 


Untuk pasangan yang berjauhan macam aku, korang kena sertakan dokumen-dokumen di dalam DUA salinan.

1. Surat Mohon Kebenaran Rentas Negeri (dari aku kepada Ketua Balai)

2. Borang Permit Pergerakan PKPB

3. Surat Pengesahan Majikan ( Surat dari Bos aku yang mengesahkan aku bertugas Jabatan ni)

4. Bukti tempat tinggal (salinan Bil api/air tempat tinggal sekarang dan tempat tinggal suami/ isteri)

5. Salinan Kad Pengenalan Suami/ Isteri


Bagi urusan-urusan lain, isi Borang Permit Pergerakan PKPB ni sertakan sekali dokumen sokongan yang berkaitan. Dokumen ni pun buat DUA salinan siap-siap, mudahkan kerja pegawai polis bertugas. In sya Allah.. Allah mudahkan urusan korang.


Sebarang kemusykilan boleh tanya je pada pegawai polis yang bertugas.. In sya Allah, dorang akan bantu.Ok tu je aku nak share.. apa-apa pun.. bersabar dan bertabahlah dengan ujian ni.. Semoga kita berjaya harungi ujian ni..

#kitajagakita

#stayathomestaysafe

Salam kasih sayang..


08 Oktober 2020

Projek Terkini - Hand Santizer Holder


Assalammualaikum.. 
Hari ni aku update kan latest projek aku.. Hand Sanitizer Holder...


  
        

ni aku buat.. kasi kat kawan2.. untuk suka2 jer..


ni aku jual RM10.00 satu

 

21 Julai 2020

Hasil kaitan


Assalammualaikum semua.. hari ni nak tunjuk sikit hasil kaitan aku buat..



Ni Bodywrap yang aku buat masa naik bas dari Pontian ke TBS.


Ni Baby Blanket untuk baby boy yang sedang disiapkan..






ni pulak adalah FMC yang aku buat..

23 Jun 2020

KISAH AKU DAN CROCHET

Assalammualaikum..

Lama tak update... ok laa.. sekarang ni dah bizi mengait.. atau pun crochet. setakat ni dah buat 3 projek blanket, 2 scarf, 3 kopiah

Projek Blanket
1. Baby Blanket untuk Pn. Nina
2. Blanket  Khatan Syahmi
3.Baby Blanket untuk Pn. Azrimah

Projek Scarf
1.  Stripe Scarf
2. Hearty Scarf untuk Kaira

Projek Kopiah
1. Kopiah Icad
2. Kopiah Adam
3. Kopiah Kasyif

Projek yang masih pending pun boleh tahan juga banyaknya.

1. Projek Granny Square
2. Projek Beg Ngaji Kak Minah
3. Projek Alas Meja Kuning

Projek yang akan datang

1. Baby Blanket - Biru
2. Blanket Mini Force Theme
3. Baby Blanket Pelangi
4. Baby Blanket
5. Chair Back Sofa Opis

So sekarang ni, sementara tunggu benang yang diorder sampai.. kita kait dulu FMC..

26 September 2019

MULAKAN SEMULA MENGAIT





SAssalammualaikum dan Salam Sejahtera..


Ada sesiapa yang suka mengait ke? aku nak kongsi laa sikit pasal mengait ni atau crochet.. sebab ada lagi satu istilah mengait  ni.. knitting. Apa beza crochet dengan knitting ni.. Crochet ni guna satu je jarum kait atau hook,  dan knitting ni yang guna dua batang kayu tu..


Image result for knitting

ni knitting


Image result for crochet
ni crochet

So sekarang ni dah faham beza diakan.. sebab dalam bahasa melayu kedua-duanya mengait. 

Sebenarnye sebelum ni aku pernah mengait, tapi yang asas jer laa..  dan baru-baru ni, ternampak sorang sedara aku ni upkan patern diagram crochet kat FB.. macam best aje.. ish tak boleh jadi ni.. so biasalah aku kalalu terjumpa benda-benda yang menarik minat akau, aku tanya je Mr. Google. 

Yang menariknya bila ada video tutorial crochet untuk orang mengidal. Baru tau ada single crochet, double crochet, slip stich. Yang aku tau dulu chain atau tali air dan batang pinang atau double crochet laa kot. Itu pun kakak aku ajar. Dia guna tangan kanan dan aku ni tangan kiri. susah laa jugak nak adapt kan. Tapi boleh laa.. Lepas tu... bila tengok patern diagram tu mula dari sebelah kanan. tapi aku mula dari sebelah kiri. so bila habis satu projek tu, aku tak teruskan. 

Lebih dari lima tahun aku tak mengait, mana jarum mengait tu pun tak tau. Sekarang ni baru mula semula nak mengait. Banyak tengok video tutorial, dan mula faham lebih jelas. dan projek sekarang ni alas meja kopi kat rumah. Tapi benang pun dah nak abis.. so aku stop kejap. Aku dah order benang dan hook untuk projek kedua, Baby Blanket. Yang ni benangnye lebih kasar dari biasa dan hook yang lebih besar. Jadi tak laa lama sangat  nak siapkan projek ni nanti. Tunggu barang sampai jer nanti. Agak-agak sempat tak siap sebelum bulan 12 nanti. Harap-harap kali ni berterusan. Kalau ada order lepas ni pun mungkin aku akan ambik. but it depends jugak pada masa aku.

Dah laa cukup dulu aku membebel, lain kali kita jumpa lagi,

Salam penuh kasih sayang..







10 September 2019

PROJEK ITU INI

Assalammuaalikum dan Salam Sejahtera ...

Hari ni nak membebel pasal Projek dalam minda ni.. nampak orang  ber'tangle' kita pun nak ber'tangle' .. orang ber'crochet' kita pun nak ber'crochet' jugak pada masa yang sama nak jugak belajar jahit, projek memanik dah lama tertangguh dan maniknye banyak lagi. Ingat lagi siap amik online course masa tu. Mana nak buat projek roti boyan frozen lagi. Nampak tak betapa tamaknye aku.


Hmm... Sampai nak mula mana dulu pun tak pasti.. yang pasti semuanya aku nak cuba buat, tapi bila nak startnye ni. Semua aku suka buat.. more suka belajar sebenarnya.. bila dah tau buat dah laa.. sekadar utk belajar.

Sebenarnya banyak ada lagi projek-projek kecil-kecilan yang lain yang tergendala. antaranya baking.. aku suka baking. Nak belajar buat deco2 yang cantik-cantik.. tapi yang pasti kena laa ngadap guru. Setakat guru kat youtube, kurang laa sket impaknya.

So sekarang ni kena fokus nak buat mana dulu.. apa yang boleh dicapai, dan mana yang akan memberi impak kepuasan yang tinggi.. kena buat pemilihan guna rajah pokok ke? macam KIK pulak dah. Sapa kerja gomen tau laa KIK tu apa. 

Hai.. dilema betul ni. Apa-apa pun tunggu update aku untuk projek yang dah dipilih nanti k..


Salam ukhuwah dan kasih sayang..


27 Ogos 2019

Ber Bullet Journal

Assalammualaikum.. Salam Ukhuwah semua..

Sejak duduk Solo kat Bangi ni.. kita ada sikit free time untuk diri sendiri.. Nak share sikit pasal BUJO, Tangle dan Mandala

Sebelum tu.. Apa BUJO ni.. ia dalah singkatan dari Bullet Journal.. Bullet Journal merupakan satu sistem untuk kita track setiap task yang perlu dilaksanakan... Selain itu juga ia boleh digunakan sebagai panduan untuk kita bentuk habit baru.. contohnya..  kita  nak baca Quran setiap hari. so.. kita buat satu tracker, di mana kita rekod tarikh, surah apa dan ayat ke berapa.. tapi ini pun bergantung pada diri sendiri.. secara tak langsung ia akan meningkatkan disiplin diri.. mula-mula memang slow laa.. mungkin pada bulan pertama cuma dapat buat 5-10 kali jer baca quran.. tapi.. bila kita keep on tracking dan tanpa kita sedari.. kita akan berazam lebih kuat untuk buat lebih lagi untuk bulan hadapan... takkan laa nak azam tu jadi azam sahaja.. work on it.. and at the end of the day.. lebih istiqamah dan seronok bila kita tengok tracker kita penuh.

    Selain dari itu.. dalam BUJO ni korang boleh je tambah mood tracker.. ini adalah salah satu favourite tracker aku.. dari sini.. aku dapat track mood korang untuk bulan tu.. biasanya aku guna color coding.. macam bawah ni

Image result for mood tracker
contoh mood tracker. Credit to Pinterest

Sebelum aku mulakan BUJO ni.. aku banyak juga check kat Mr GOOGLE, Pinterest. Youtube.. Terima kasih kat Kakyong Habibah Yahaya yang perkenalkan aku kat BUJO ni.. Masa mula-mula tu ada jugak tertinggal.. tapi mood tracker aku update hari-hari.. sebab masa tu aku rasa emosi aku tak ok. Jadi aku dapat track mental health aku.  Gratitude log pun aku update hari-hari.. Jadi walau teruk macam manapun hari tu aku rasa.. aku akan cari sekecil-kecil perkara untuk aku tulis dalam gratitude log ni.. sentiasa bersyukur dengan apa yang diberiNya.. itu yang aku belajar dari BUJO ni.. Dalam kesukaran pasti ada kesenangan... 

Mula-mula tu aku guna buku latihan anak aku.. Tengok kat Youtube.. ada buku grid dot.. aku cari kat shopee n lazada.. dapat jugak.. bila tengok orang punya BUJO cantik-cantik.. teringin jugak nak hias nak kaler-kaler.. beli laa pen kaler-kaler.. mungkin pada orang aku ni membazir masa ngn duit jer.. tapi pada aku.. it makes my life on track.. bukan laa selama ni jauh dari landasan kehidupan sebenar.. tapi ajar aku untuk planning hidup aku n follow apa yang aku dah rancang.. more organize.. lebih tersusun.. walau pun simple je contohnye, esok nak buat apa aje.. esok aku nak update jadual bos aku, nak print dokumen, nak basuh baju, kemas bilik. Bila dah selesaikan task ni.. aku tanda selesai. Mana yang pending, aku akan bawa ke hadapan maksudnya tugasan tu akan dilaksanakan keesokan harinya. Oleh yang demikian, aku akan cuba untuk selesaikan semua tugasan hari ini pada hari yang sama sebab tak nak workload esok bertambah. Jadi secara tak langsung tak adalah kerja-kerja tertinggal. Semua ada catatan.

Even kat opis pun aku guna sistem yang sama. Setiap hari sebelum balik, aku akan catatkan tugasan apa yang tak selesai lagi untuk hari tu. Jadi aku akan masukkan dalam tugasan untuk esok. Mana yang selesai aku tanda tick.. mana yang belum.. aku akan carry forward esoknya. 

Macam tu laa sikit- sikit pasal BUJO yang aku buat.. kalau korang rasa nak info lagi pasal BUJO ni.. boleh jer cari kat Pinterest. google.. keyword Bullet Journal atau BUJO..

ok laa cukup dulu aku membebel pasal BUJO ni.. jumpa lagi di lain kelapangan..

Salam ukhuwah, penuh kasih sayang..




15 April 2019

Dalam Kesukaran, Pasti Ada Kemudahan

Assalammualaikum dan Salam Ceria..


Alhamdulillah.. sudah  empat bulan hidup di perantauan. Iya walaupun balik kampung setiap hujung minggu.. menjalankan amanah sebagai isteri dan ibu hanya pada hujung minggu sahaja. Pengorbanan yang menuntut banyak jiwa yang perlu dikorbankan. Namun, apakan dayaku.. inilah percaturan ujian untukku.

Alhamdulillah..  Aku dipertemukan dengan kawan-kawan yangp positif. Syikin.. tuan rumah yang aku tinggal sekarang ni dan maid dia Seri namanya. Kami dipertemukan dibawah satu bumbung. Syikin ni kawan adik aku, tetapi cara berfikir lebih matang. Mungkin sebab dah berumah tangga dan dah ada anak.Setiap orang berbeza ujiannya. Aku diuji dengan berjauhan dari keluarga, sumber kewangan yang terhad, dia berjauhan dengan suami, menguruskan beberapa perniagaan dan anak2 yang sedang membesar sendiri. Seri pula terpaksa meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki disini dan bapanya baru meninggal dunia bulan Oktober 2018 yang lalu, anak-anaknya diamanahkan kepada adik dan ibunya di kampung halaman. "Kita jalani sahaja la kak" itulah ungkapannya saat aku bersedih bila berjauhan dengan keluarga. Dalam kesukaran, pasti ada kemudahan yang Allah beri..

Ditempat kerja baru pula, kawan-kawan yang positif.. bukan jenis yang suka mengata dan mengutuk orang lain, jauh sekali memburuk-burukkan staff sendiri. Dapat bos yang penyayang.. menegur staff dengan cara yang terbaik, tidak pernah meninggikan suara..  bukan mudah nak sesuaikan diri ditempat baru.. tapi dengan semua yang bersifat positif, aku rasa tenang bekerja di sini. Rasanya nak kerja lama kat sini tapi keluarga pula jaun nun di Johor. Berapa lama boleh bertahan macam ni.. Hanya Dia yang tahu.. aku serahkan semuanya pada DIA yang Maha Mengetahui.. Perancang sebaik-baik Perancang..

Bukan mudah.. iya ibarat kata Seri, Kita Jalani Aja Kak..

Salam khuwah penuh kasih sayang..

PENGKISAHAN BUDAYA KELUARGA KIYAI HAJI ABDUL JABBAR BERKAITAN HANTARAN BOTOK2 DAN NASI GOLONG DENGAN BAKUL CETING...




Oleh : HAJI ABDUL SALAM BIN HAJI AHMAD SHAH (G2)





Pengkesahan urutan Sejarah :





1) Mengikut cerita yang di kisahkan daripada arwah bapak saya Haji Ahmad Shah da juga daripada arwah ibu saya Hajah Khadijah dan juga di perkukuhkan oleh abang saya arwah Haji Abdul Mokti, bahawa kita semua ini adalah keturunan daripada orang hebat2 belaka. Mereka terdiri daripada pahlawan2 besar dan juga ahli2 sufi yang ternama. Kebanyakan mereka memang ahli sufi ternama, pendakwah hebat, dan juga pahlawan yang handal.









2) Tempat : Di Tanah Jawa.

Kita semua daripada Tanah Jawa. Kita anak Jawa. Pada zaman Belanda, sebelum Indonesia mencapai kemerdekaan, di mana orang2 Jawa sudah mula berani mengangkat senjata menentang habis-habisan tentera Belanda dengan semangat untuk membebaskan Indonesia daripada penjajah, penindasan dan penaklukan tanah air mereka, Indonesia. Telah muncul di kalangan ulama’2 sufi unggul di pulau Jawa mengetuai pahlawan2 watan melawan, menyerang, berperang dengan Belanda. Salah seorang daripada ulama’2 sufi yang menjadi ketua , atau general dalam bahasa moden sekarang adalah datuk moyang kita yang bernama “AL-FATRUNA”. (Al Fatruna adalah berketurunan ARAB).





3) Dalam satu pertempuran dengan askar2 Belanda, kumpulan berkuda yang dia mengepalai tidak ramai tetapi yang berjalan kaki pula ramai. Pada ketika itu, pahlawan2 peribumi anak2 watan yang berjalan kaki yang hanya bersenjatakan panah, parang panjang, tombak, keris dan lain2 senjata traditional yang mereka dapat adakan telah menunjukkkan tanda2 hendak kalah. Mereka kena mengundur dahulu untuk berkumpul semula dan menyusun strategi baru untuk menyerang kembali. Kalau tidak mereka berbuat demikian, mungkin lebih ramai lagi akan mati dan mereka akan kalah teruk. Al Fatruna telah mengarahkan pejuang2nya berundur. Mereka menyeberang satu jambatan kayu merentasi sungai yang agak lebar juga dimana kuda2 mereka tidak boleh melompatnya sekiranya tidak ada jambatan. Sedang pahlawan2 berjalan kakinya menyeberang dengan berlari laju, Al Fatruna ternampak jambatan kayu itu hendak patah dua di bahagian tengah. Dia terjun daripada kudanya dan terjun ke dalam sungai dan menahan jambatan itu sehingga semua pahlawan2nya selamat menyeberang jambatan itu. Askar2 Belanda yang mengejar telah terhenti di tebing sungai sebelah sana tidak dan dapat menyeberang sungai itu kerana jambatan itu sudah roboh. Pahlawan2 peribumi sudah selamat pergi jauh daripada tebing sungai itu kerana askar2 Belanda lengkap dengan bersenjata api seperti senapang dan sebagainya boleh menembak mereka kiranya mereka dekat. Askar2 Belanda menunggu di tebing sungai itu buat beberapa ketika sehingga mereka pun balik ke markas. Bagi pahlawan2 peribumi, mereka telah balik ke tempat mereka dan menyangka bahawa Al Fatruna telah mati di timpa jambatan ke dalam sungai. Lagi pun mereka takut hendak ke sungai kerana ada askar Belanda.





4) Beberapa minggu sesudah kejadian itu, seorang perempuan penjual makanan tempatan telah sampai ke tempat itu. Dia hendak menyeberang tetapi tidak boleh melintas kerana jambatan sudah roboh. Dia pun duduk di tebing sungai itu buat seketika untuk berehat. Dia letakkan gendongannya ke tanah, sebuah bakul ceting yang di dalamnya terdapat beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, sebilah keris ( ada yang mengatakan pisau panjang) sebagai senjatanya untuk mempertahankan dirinya daripada diganggu oleh orang2 jahat (dan pisau itu juga boleh digunakan untuk memotong sesuatu). Sambil ia duduk mengesat peluhnya dengan kain selendang pelanginya ( kain ini dugunakan untuk mengendong bakul ceting tadi), pandangannya terhala ke dalam sungai yang berlumpur itu. Macam tidak percaya, dia melihat jari tangan terkeluar daripada permukaan air. Mungkin pada ketika itu air kering sedikit. Dia bergegas turun ke bawah dan dengan begitu susahnya telah dapat mengeluarkan Al Fatruna daripada terbenam dalam sungai buat beberapa minggu lamanya. Dia membersihkan muka Al Fatruna dan mendapati Al Fatruna masih bernyawa, bernafas, masih hidup. Al Fatruna sedar kembali. Perempuan itu telah merawatnya dengan memberi dia makan nasi golong yang berlaukkan botok2.





5) Al Fatruna kembali sihat dan segar. Dia bersumpah, kiranya anak2 perempuannya dari keturunan lelakinya apabila anak2 perempuannya akan dikahwinkan, maka hantaran pihak lelaki selain barang2 yang lain mestilah disertai dengan bakul ceting yang di gendong dengan kain pelangi yang mana di dalam bakul ceting itu ada beberapa bungkus botok2, beberapa bungkus nasi golong, satu senjata, seperti keris , pisau, dan sebagainya.





6) INGATAN : Coretan di atas adalah sekadar cerita orang tua2 sahaja. Ia bukan syariat islam. Sesiapa di kalangan anak cucu lelaki keturunan Al Fatruna, termasuk Kiyai Haji Abdul Jabbar dan juga Kiyai Haji Ahmad Shah yang rasa seronok meneruskan tradisi keluarga yang unik ini, sila teruskan. Sesiapa yang tidak mahu meneruskan tradisi ini, itu adalah pilihan mereka sendiri.





7) Sekian. Wassalam.











[01/02/2011 bersamaan 27 safar 1432 H (Selasa Keliwon)]









Wokeh...da siap da salah satu hal yang diperbincangkan semasa majlis Hari Keluarga KHAJ nie...pada saya tradisi nie unik sangat..n my cousin ada yang da wat pon...n kalo nak tahu BOTOK2 tue sedap yer!!!!!! Hehehehehe...

















Nie KAIN PELANGI













BOTOK2...ulam-ulaman + ikan + sambal special








NASI GOLONG







Nie la name nyer BAKUL CETING
CARA MENGGENDONG BAKUL CETING







Nie salah satu pasangan family KHAJ

12 April 2019

Bila Diri Disayangi..

Assalamualaikum dan salam ceria..

Bersua lagi di ruangan ini.. dah jarang-jarang nak update story kat blog ni.. ada kekangan yang tak dapat dielakkan. 

Alhamdulillah.. still stay strong.. walaupun kadangkala hampir sahaja aku rebah.. tak mampu rasanya meneruskan perjuangan hidup ini.. rasa hampir putus asa.. tapi sentiasa ingatkan diri.. aku masih ada keluarga.. mak.. bapak.. suami dan anak-anak.. berkat doa mereka buat aku bangun semula..  macam bait-bait lirik lagu ni.. 

Lagu: Bila Diri Disayangi
Penyanyi - Ukays
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir

(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

bila aku rasa down.. rasa sunyi..aku ingat semula lirik lagu ni..  sebab.. kadangkala kita terlupa orang disekeliling kita yang menyayangi kita.. yang paling penting.. Allah sayangkan kita... fahami dan dalami lirik tu.. korang akan faham maksud disebalik lagu tu.. dan korang akan rasa lebih kuat lepas dah faham maksud yang tersembunyi.. in sya Allah.. 

Cukuplah untuk hari ni Che Mah membebel.. jumpa lagi di lain waktu.. in sya Allah.

Salam Ukhuwah penuh kasih sayang..

22 Oktober 2018

It' me Again

Assalammualaikum..

It's me again.. been a while since last time updating this blog..
And a lot of ups and down in life. After all the incidents I've been through..
One thing I realise that..  in every hardship, there's an ease.. Inna ma'al 'usri yusro..

Alhamdulilah.. up till now Allah has given me His Grace dan with His Mercy.. And with that I'll keep on going to continue being strong in every test He's giving me.. Although sometimes I feel so helpless.. But I always remember that He always by my side.


With Love..

16 November 2016

JUST ME...

Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah..


Alhamdulillah masih diberi nafas dan kesempatan untuk terus bersiaran lagi.

Seksa KIK dan selesai.. Family Day pun telah berlalu.. sepatutnya stress pun berkurang laa kan..

Tapi namanya pun kehidupan, ada sahaja ujian. Semalam baru lepas Pemeriksaan Aset Jabatan, walaupun tak telibat secara langsung, namun, terkena juga tempiasnya. Kawan-kawan lain yang stress, aku tumpang rasa tempiasnya. 

Hmm.. biarlah apa orang nak kata.. pesan aku jangan dipijak-pijak dan direndah-rendahkan kami golongan bawahan ni. Walau kami ni cuma pencacai, kami pun punya maruah dan harga diri. tanpa kami, tiada kamu di atas sana. tanpa kami kat bawah ni.. pincanglah organisasi.. tanpa kami tak bergerak pejabat ni. 

Sekadar luahan hati.. perasaan yang kian lama kian membusung dan membusuk... bersama aura negatif yang telalu banyak... sampai aku tak mampu meneutralkannya dengan sikap positif yang sedia ada.. aku cuma mohon agar Allah memberikan aku kekuatan, kesabaran dan keihklasan. 

Iya memang aku berdoa setiap hari agar semua urusanku dipermudahkan. Kadangkala aku mengalami breakdown emosi.. bila semuanya datang bertimpa-timpa. Mujur ada kawan-kawan yang sentiasa memahami dan menyokong. terima kasih semua.. tanpa kalian disisi, pasti sekarang ni bukan disini lagi tempatku.

Sekian luahan hatiku.. Salam ukhuwah penuh kasih sayang.




06 November 2016

Rombongan Pra Sekolah Syahmi Isyraf

Assalammualaikum dan Salam Ukhuwah..

Tak mampu untuk update semingu sekali.. salam bersiaran untuk semua.

Nak share pengalaman mengikut rombongan Syahmi ke Kidzania Kuala Lumpur

Kami bertolak dari Sekolah Batu 24 kira-kira jam 6.45 pagi. Tiba di Kidzania dalam pukul 12.30 tengahari. Di sambut oleh Staff Kidzania dan diberi taklimat ringkas mengenai perjalanan dan pengembaraan yang bakal ditempuhi  anak-anak pra di Kidzania ini.





 Antara aktiviti yang Syahmi sertai.. bertugas sebagai polis dan juga bekerja di makmal vitagen..



Pengembaraan berakhir pada jam 5.00 petang.. semua ibu bapa yang mengikuti rombongan amat berpuashati.. terutama mak jemah-mak jemah ni.. kak watie, kak odah.. erma.. aku.. memang terbaik. 

Kemudian kami singgah di Masjid Putrajaya, makan malam dan bertolak pulang.





Ribuan terima kasih dan tahniah buat Cikgu Rahimah dan Pn. Zaili kerana berjaya menganjurkan Program rombongan ini. harap-harap tahun depan cikgu tak serik ajak kami lagi walaupun dah tak ada anak kat pra.. Kami selamat tiba di Sekolah Batu 24 sekitar jam 12.30 pagi.. alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.


Sekian, salam penuh kasih sayang..



19 Oktober 2016

Kisahku lagi

Assalammualaikum, salam ukhuwah..

Lama sangat rasanya tak bersiaran di media ini.. sebenarnya ada masalah teknikal nak masuk blogger ni.. alhamdulillah.. dah boleh masuk.. dan sekarang akan cuba update sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Beberapa minggu kebelakangan ini aku sibuk sikit.. urusan kerja dan famili.. syukur alhamdulillah.. suami dan anak-anak memahami tanggungjawab aku sebagai penjawat awam. Hampir setiap hujung minggu terpaksa dikorbankan demi mencapai KPI Jabatan, dan dah tercapai pun KPI tu. Badan ni usah cerita laa.. naik lunyai rasanya hanya Allah yang tahu.. kelelahan mengejar dunia, stress bekerja yang kadangkala terbawa-bawa ke rumah. 

Kasihan anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayangku... suami tercinta yang tak pernah merungut atau marah-marah setiap kali aku lambat sampai rumah. terima kasih sayang.. menjaga permata hati kita dengan sabar dan prihatin semasa ketiadaan saya di rumah. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan Abang, doakan saya sentiasa diberi kesabaran, keihlasan, kekuatan dan ketenangan untuk menghadapi ujian di dunia ini, perjalanan kita masih jauh..


Sepuluh tahun melayari bahtera rumah tangga, banyak ujian dan cabaran diharungi, alhamdulillah.. berkat doa mak, bapak, keluarga semuanya dapat di atasi. Walau kadangkala hampir putus asa... namun keyakinan Allah bersama aku.. Allah uji, sebab Allah sayang, Allah tak nak aku lupakan Dia.. tersemat dalam minda dan hati. Laailaa ha illa anta subhaanaka innikuntummizzolimeen... ucapan ini sahaja yang menjadi pembantu dikala aku keresahan, pohon keampunanNya, diringankan beban ujian. Sekadar perkongsian pengalaman seorang manusia yang pernah diuji dengan kepayahan hidup.. 

setakat ini dulu, lain kali kita cerita lagi...


Projek Crochet Aku

 Salam Sayang untuk semua Hari ni aku nak membebel pasal projek kait mengait yang aku sedang dan akan buat... Sekarang ni banyak projek pers...